Entah kenapa agaknya kebelakangan ini gua penat. Badan gua penat, otak gua penat, fikrah gua lembab hinggakan hendak selesaikan kedah memilih sampel bagi soal selisik sisrumah sekalipun gua masih 'sangkut'.
Gua tau, masih banyak yang gua tak selesaikan..namun lag gua paksa lagi gua jadi lemah..entah kenapa puas gua fikirkan...
Ini ada satu lagi masalah....Gua adalah makhluk yang tak pernah percaya pada 'motivasi'. apa lagi motivator..pada gua motivator dalam dunia ni hanya jual air liur kosong saja. kalau tak takkan dr fraud fazley tiba-tiba bleh claim dirinya pakar motivasi dan entah berapa puluh lagi mamat yang guna tittle dr dan Prof tiba-tiba declare jadi pakar motivasi
gua percaya pada research. Gua percaya pada kedinamikan manusia. Gua percaya bahawa manusia tidak sama. Ketidaksamaan itu adalah dari pelbagai sebab. Mungkin sebab budaya..mungkin juga sebab geografi...Oleh itu, gua tak percaya bahawa sistem motivasi boleh membantu menyelesaikan 'kecelaruan' dalam fikiran manusia. Mungkin satu2 kaedah hanya sesuai di satu-satu tempat, di satu2 kelompok manusia, di satu2 tahun sahaja...mungkin ia hanya sesuai untuk seorang sahaja. Lagipun kalau research pun, tak mungkin 100% responden bersetuju/terkesan dengan satu2 kaedah. Kita hanya guna angka yang major. mungkin 51% sahaja...oleh kerana 49% kurang dari 51% maka biasa dikatakan majoriti reponden bersetuju dengan kaedah motivasi ini .....sedangkan hakikat 49% yang tidak bersetuju sering dilupakan...
Gua dah mula melalut...namun apa yang nak gua tegaskan ialah gua bukan makhluk yang percaya pada motivasi..apa lagi motivator...Ini pegangan gua. Lua tak suka itu lu punya pasal...Tapi ...yang menjadikan gua berat kepala ialah entah apa ke majalnya gua kena jadi penceramah ala-ala motivator pada satu majlis minggu depan
Gua tau, gua yakin gua tak percaya pada motivasi
gua tau, gua yakin gua tak pandai bagi ceramah motivasi
dan yang paling gua yakinialah apa yang gua ceramahkan nanti bukanlah ceramah motivasi...
hahahahaha
No comments:
Post a Comment