Rasanya terlalu banyak yang tersimpan dalam kepala hotak aku yang tak sempat aku luahkan....memandangkan banyak perkara yang tersimpan dan dan tidak tersusun dalam kepala hotak, di tambahkan pula dengan senario wifi yang masih rosak maka aku sukar untuk meluahkan apa yang berketul di hotak ke dalam blog ini.
Dari rasa tidak puas hati terhadap senario gusti semasa, kisah tribute to P Ramlee dan dua tiga perkara lain menyebabkan otak aku sering berdenyut-denyut.
Kesukaran mengubah tabiat untuk masuk kerja lebih awal serta menyiapkan kerja tanpa menangguh-nangguh mengakibatkan otak aku menjadi tepu. Kecintaan pada movie yang makin menggila menjadikan hal ini semakin parah ditambah pula dengan sifat malas untuk bersenam menjadikan badan aku lembab sama seperti otak aku.
Disember semakin lama semakin pantas...Aku kena tuliskan apa yang terketul di kepala hotak ini. kalau tidak pasti aku jadi parah...
aku mesti tulis...
tak peduli sama ada orang nak baca atau tidak
tak peduli sama ada orang suka atau tidak
aku kena tulis dalam blog ini
kalau tidak....otak ini akan lebih beku dan akhirnya aku pasti jadi tolol.....
No comments:
Post a Comment