sambil kita membuka PC yang mungkin sudah hampir seminggu kita abaikan
sambil kita renung-renung nota dan fail-fail yang hampir seminggu kita tinggalkan
cuba fikirkan sedikit tentang Mac yang bakal mendatang
Bacaan ke 2 Rang Undang2 Cukai barang bakal dibacakan di dewan rakyat
kalau tak silap selepas bacaan ke dua ada bacaan ketiga sebelum diserahkan untuk perkenan yang dipertuan Agong...
Sasaran kerajaan pertengahan 2011 undang2 ini boleh dilaksanakan
jumlahnya 4%
seperti biasa kata Kerajaan ia tidak akan membebankan rakyat
(barangkali yang membayar cukai ini mungkin pendatang haram atau babi-dan lembu yang diternak rakyat agaknya)...
Logiknya...apa apa cukai akan membawa kepada penambahan pengeluaran wang
dan biasanya pengguna adalah rangkaian akhir dan penggunalah yang akan bayar cukai ini
Tak percaya?
pergilah ke mana-mana restoren makanan segera
5% cukai sapa yang bayar?
aku masih tertanya2..apa agaknya yang bakal dicukai kerajaan nanti?
kadangkala aku terfikir....
betapa mewah warga asing di sini...
semua yang diperuntukan untuk kita (hospital, bas, petrol dan lain2) digunakan tanpa perlu bayar cukai...
kita juga..sebagai rakyat yang 'setia' masih menjadi 'hamba' pada pemerintah yang kononnya membawa kesejahteraan kepada kita semua...
Wallahualam....
No comments:
Post a Comment