"...dan boleh jadi kamu benci akan sesuatu, sedang ia lebih baik bagimu, dan boleh jadi kamu kasihi akan sesuatu, sedang ia melarat bagimu. Dan Allah mengetahui, tetapi kamu tiada mengetahui"
(Al Baqarah:216)

Monday, February 22, 2010

Aku Insaf...

Tiada orang baca buku di Stesen LRT, tren, komuter, bas dan tumpuan umum

SETAKAT mana perumpamaan buku sebagai gedung segala ilmu masih relevan? Ini kerana pemantauan Unit Khas Utusan Malaysia mendapati rakyat Malaysia tidak membaca. Pendek kata, mereka tidak suka buku.

Pemantauan di beberapa lokasi tumpuan umum di Lembah Klang baru-baru ini mendapati membaca tidak menjadi suatu budaya di kalangan masyarakat negara ini.

Siasatan wartawan, ROSALINDA MD.SAID serta jurugambar MUHAMMAD SYAFIQ IQBAL dan MOHD HATIM MAZLAN mendapati tidak sampai 10 peratus orang ramai di lokasi umum atau di dalam pengangkutan awam yang membaca buku.

Malah paling menyedihkan, Perpustakaan Negara Malaysia, perpustakaan negeri, daerah dan desa juga lengang. Hanya 10 hingga 30 orang mengunjungi gedung-gedung ilmu itu dalam sehari.

Tidak hairanlah profil kajian membaca di Malaysia tidak bergerak, cuma purata dua naskhah buku dibaca setiap rakyat setiap tahun.


SUASANA di dalam LRT Putra di laluan KL Sentral-Klana Jaya, baru-baru ini.


KUALA LUMPUR 21 Feb. - Rakyat Malaysia yang kini berjumlah 28 juta orang memang tidak sukakan buku! Hanya sebilangan kecil yang gemar membaca.

Jika statistik pada 1997 menunjukkan rakyat hanya membaca satu muka surat buku dalam setahun, ia hanya 'meningkat' kepada dua muka surat pada 2002.

Walaupun statistik terbaru belum dilakukan, namun profil kajian terdahulu itu masih relevan dengan situasi hari ini.

Siasatan Unit Khas Utusan Malaysia juga mengesahkan kajian profil membaca di Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) pada 2005 bahawa rakyat Malaysia hanya membaca dua naskhah buku sepanjang tahun.

Walaupun memeranjatkan namun itulah hakikat yang dikutip oleh penyiasat Unit Khas Utusan Malaysia di sekitar Lembah Klang baru-baru ini.

Tinjauan ke beberapa perpustakaan, universiti dan tempat awam mendapati rakyat Malaysia lebih gemar membuang masa begitu sahaja tanpa dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya dengan membaca buku.

Pelbagai inisiatif dijalankan bagi membudayakan amalan membaca misalnya 'Kempen Membaca Kebangsaan' dan Membaca 1Malaysia 'Jauh Perjalanan Luas Pengetahuan' anjuran PNM dan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB).

Terbaru, kempen Baca@LRT dilancarkan menghubungkan lebih 100 peminat buku dan pembaca tegar menerusi laman sosial Facebook.

Namun, kempen itu tidak membawa kesan dan gagal menambat hati rakyat Malaysia untuk terus mewujudkan budaya membaca buku.

Yang pasti, rakyat negara ini terlalu sibuk dengan urusan seharian sehingga tiada masa membaca buku, apatah lagi mengunjungi perpustakaan.

Hasil siasatan di beberapa lokasi tumpuan umum di bawah ini menceritakan bagaimana rakyat Malaysia masih jauh untuk mencapai penguasaan ilmu menerusi pembacaan buku seperti penduduk negara maju.

TREN LRT

Siasatan di stesen perkhidmatan transit aliran ringan (LRT), RapidKL, Putra, Star dan KTMB baru-baru ini mendapati tidak sampai 10 peratus pengguna perkhidmatan tren tersebut membaca buku, sama ada ketika menunggu atau menaikinya.

Bagi LRT Putra, siasatan selama sejam melibatkan perjalanan Stesen KL Sentral-Klana Jaya-KL Sentral. LRT Star pula dari Stesen Chan Sow Lin-Titiwangsa-Tasik Selatan.

Manakala KTM Komuter membabitkan perjalanan dari Stesen Serdang-KL Sentral dan KL Sentral-Bank Negara dan Bank Negara-Serdang.

Penyiasat Utusan Malaysia berjalan dari koc depan sehingga ke koc belakang untuk memeriksa berapa orang yang membaca buku.

Secara purata, di dalam ketiga-tiga perkhidmatan tren yang memuatkan 10,000 hingga 40,000 penumpang bagi setiap perjalanan itu, hanya seorang hingga empat penumpang yang membaca buku di dalamnya.

Rata-rata ulat buku yang menaiki tren pula hanya memilih novel cinta khususnya penumpang Melayu selain novel Inggeris yang menjadi pilihan penumpang kaum Cina dan India.

Kebanyakan penumpang lebih gemar berbual menerusi telefon selain sibuk menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS). Bahkan ramai yang suka tidur dan termenung sementara menunggu tiba ke destinasi.

Penggunaan e-book atau buku elektronik tidak dimanfaatkan sepenuhnya oleh orang ramai.

Aplikasi dengan banyak kelebihan ekoran saiznya yang tidak memerlukan ruang untuk disimpan jika dibandingkan dengan buku-buku cetakan di pasaran, namun perkhidmatan tersebut masih belum mendapat tempat di hati masyarakat.

Besar kemungkinan rakyat Malaysia tidak menyedari kewujudan dan kecanggihan teknologi e-buku itu walaupun hakikatnya banyak perpustakaan menawarkan perkhidmatan tersebut kepada ahli-ahlinya.

PERHENTIAN BAS

Di perhentian-perhentian bas di Lembah Klang menyaksikan fenomena serupa. Sukar untuk melihat orang ramai membaca. Secara purata hanya seorang atau dua orang yang membaca di lokasi umum itu.

Tinjauan di perhentian bas Sunway, Pyramid, Puduraya, Pasar Seni dan Sogo mendapati orang ramai lebih rancak berbual sesama sendiri selain termenung keseorangan.

Banyangkan, sepanjang sejam berada di setiap lokasi tersebut penyiasat Utusan Malaysia hanya seorang remaja yang membaca buku.

Lebih memeranjatkan, tiada seorang pun dilihat membaca buku ketika berada di dalam bas.

UNIVERSITI

Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Universiti Malaya (UM) menjadi lokasi siasatan. Hasilnya, rata-rata pelajar universiti itu juga tidak gemar membaca buku. Kebanyakan mereka sekadar mengepit buku ke kafeteria atau ke tempat-tempat berehat.

Namun mereka tidak menggunakan waktu terluang antara masa kuliah atau semasa menunggu rakan untuk membaca buku.

Budaya membaca di kalangan mahasiswa hanya semata-mata ketika di dalam kelas, ketika menyiapkan tugasan atau untuk peperiksaan.

PUSAT BELI-BELAH

Di pusat beli-belah Sogo di Jalan Tuanku Abdul Rahman dan di Bukit Bintang, tiada seorang pun pengunjung membaca buku sementara menunggu suami, isteri atau anak-anak selesai membeli barangan.

Di tempat bersantai di luar pusat beli-belah tersebut, rata-rata pengunjung pula dilihat lebih gemar melepak, berbual-bual dan menonton orang ramai yang lalu-lalang di sekitar kawasan itu.

AKU TAHU PENULIS ARTIKEL INI TIDAK PERNAH MENJADIKAN AKU SEBAGAI RESPONDEN, NAMUN AKU SEDAR, JIKA KAU MENJADI REPONDEN PADA KETIKA INI...KEPUTUSANNYA TIDAK AKAN APA APA-APA PERUBAHAN...

TERASA DIRI INI MACAM KENA 'SEKEPING' PELEMPANG YANG MAHA DASYAT..

KETIKA DIRI MASIH TERAWANG-AWANGAN..ARTIKEL INI TERBIT SEBAGAI PERINGATAN...

AKU KENA BERPIJAK KE BUMI YANG NYTA...KEMBALI KE MASA LALU..BUKAN KHAYAL TAK TENTU HALA...

NYATA...'PELEMPANG' INI PERIT NAMUN AMAT BERKESAN UNTUK MEMULIHKAN PENYAKIT TERAWANG-AWANGAN INI...


AKU MULA INSAF INI..DAN SINAR KEINSAFAN AKU TUNJUKKAN DENGAN BERGEGAS KE KHUTUB KHANAH DAN MEMINJAM BUKU YANG BERJUDUL 'PELAYARAN ABN BATTUTAH ' TERBITAN IKIM..


MOGA AKU BETUL2 BERUBAH INSYAALLAH...

1 comment:

Zamri Mohamad said...

Jangan bimbang, penyokong Baca@LRT adalaah seramai 3000++ orang. Ada di dalam search Facebook.