Pagi ini tenang..sejuk dan damai...kerana malam tadi hujan...ya..setelah berminggu-minggu cuaca panas mencengkam hingga menimbulkan kegusaran tentang bakal berlakunya krisis air...malam tadi hujan turun mencurah-curah...syukur padaMu ya Allah...
Namun, hakikatnya..hujan yang turun hanya menyejukkan bumi, tidak diri aku...Seperti yang pernah aku tuliskan sbelum ini, dan akan aku ulangi lagi di sini bahawa ini adalah blog aku. blog yang menggambarkan apa yang ada dalam pemikiran aku...aku tulis kerana aku percaya bahawa menulis ini adalah satu cara untuk aku meluahkan perasaan..sama ada pembaca suka atau tidak, percaya atau tidak, setuju atau tidak aku tidak pernah ambil pusing kerana ini bukan blog yang menjual barang2an secara online yang memerlukan peminat yang ramai...jika tiada siapa yang membaca...cukuplah sekurang-kurangnya aku dapat lontarkan apa yang ada dalam perasaan dan minda ku ketika ini....
Hakikatnya kebanyakan entri yang aku tulis di blog adalah hakikat perkara yang berlaku dan bermain serta menghantui diri dan fikiranku saban hari...
pagi-pagi yang tenang ini aku terasa agak bengang... kenapa?
tentulah ada sesuatu yang menggangu emosi dan jiwa aku...
aku hormat pada orang-orang tua zaman lalu...mereka belajar dari pengalaman dan berdasarkan pengalam maka diciptakan pelbagai pepatah yang seharusnya diambil berat dalam kehidupan seharian...'Gunting dalam lipatan', 'api dalam sekam' dan 'tikam belakang' adalah beberapa pepatah (?) yang ada kaitannya dengan kehidupan...maklumlah..dalam kehidupan ..kita sering diperdaya...dan amat menyedihkan bila orang yang memperdaya itu adalah orang yang agak hampir dengan kita...
Satu ketika dahulu aku memang peminat gusti dan karektor yang paling aku minat ialah STone Cold Steve Austin...Stone Cold membawa satu falsafah iaitu 'Dont Trust Anybody' (DTA) kerana padanya sesiapa sahaja boleh belot dan mengenakan anda atas sebab-sebab tertentu hatta orang tersebut adalah rakan baik anda...pagi ini kata lain, petang lain pula katanya. Hari ini janji lain, esok lain pula berlakunya...
nah....apa kaitannya stone cold dengan pepatah melayu lama?
ada satu ikatan yang mengikat kedua-dua ini iaitu berhati-hati dalam setiap perbuatan anda...
hari ini mungkin ada yang terbaik kata mereka namun hari petang nanti besar kemungkinan akan sebaliknya...
jadi ini sebagai peringatan..sbb itu stone cold kata 'DTA' sebab kalau kita percaya pada seseorang kita mungkin akan berbincang banyak perkara dengannya dan barang kali banyak perkara yang dibincangkan itu akhirnya dijadikan 'peluru' untuk menyerang kita di kemudian hari...
sebenarnya, semakin saya tulis entri ini, semakin kurang kemarahan saya...sebab itu saya percaya menulis merupakan satu terapi...
tuan tuan nak baca tau tidak itu bukan masalah bagi saya...
tentang siapa yang saya marahkan? itu bukan masalah bagi tuan-tuan...
sekurang-kurangnya buat hari ini dan mungkin hari-hari mendatang saya ..akan terngiang-ngiang kata-kata stone cold di telinga saya..."Dont Trust Anybody...thats the bottom line..cause stone Cold Say So !!!!"
ketika aku menyudahkan entri ini..aku terkenangkan kawan yang jauh..biarlah aku sendiri yang tahu...mengapa..

No comments:
Post a Comment