manusia tidak berhak, untuk mengambil nyawa manusia lain walau dengan apa sahaja sebab dan alasan...
namun saya percaya...
setiap kejadian itu ada hikmah yang terselindung...
jika semalam kita baca berita dengan nada sedih kerana kematiannya hari ini kita baca berita dengan nada yang agak mual bila mengetahui latarbelakang ibunya...
kita tidak berhak menghukum sesiapa...
namun dengan latar belakang sebegitu (yang bersekedudukan) selama enam tahun...
apa yang boleh anda harapkan? Allah maha mengetahui atas apa yang terjadi.... namun pada saya tidak akan berlaku sesuatu itu tanpa ada apa-apa sebab...
pasti ada sebab dan hikmah disebalik kejadian....
Syafiah alami kecederaan parah (Mingguan Malaysia Online 28 Feb 2010)
(sambungan..).......
Dalam pada itu, kematian Syafiah Humairah yang begitu kejam turut membongkar rahsia perhubungan haram antara ibu kanak-kanak itu dan teman lelakinya sejak enam tahun lalu..Ibu kanak-kanak itu yang masih bersuami, disangkakan telah berkahwin dengan suspek kerana mereka memiliki seorang anak lelaki berusia setahun enam bulan, malah, wanita itu kini sedang hamil empat bulan.
Namun, rahsia perhubungan mereka yang hanya menyamar sebagai suami isteri itu terbongkar selepas siasatan polis mendapati pasangan itu tidak boleh berkahwin kerana wanita itu masih mempunyai suami.
Difahamkan, bapa kanak-kanak malang itu yang hanya dikenali sebagai Sahari ditahan di Penjara Sungai Buloh kerana didakwa terbabit dalam kes bunuh sejak tahun 2006.
Selain berhadapan tuduhan bunuh, suspek yang ditahan reman selama tujuh hari sehingga Khamis depan bakal berhadapan dengan tindakan undang-undang syariah kerana bersekedudukan sehingga melahirkan anak luar nikah.
1 comment:
sedih ya..
Post a Comment