Tiap-Tiap Yang Hidup Pasti Merasai Mati...
Kita tidak tahu bila...
namun ia adalah 'janji Allah' yang pasti tiba...
Saya dikejutkan dengan berita 'pemergian' Mohamad Fazli yang mesra di panggil ayie. Berita saya terima dari sahabat baik beliau.
Ayie 'pergi' akibat kemalangan jalanraya sewaktu bekerja
saya tidak mengenali dia dengan rapat..namun kami mesra..dia pernah mengambil dua kursus yang dikendalikan oleh saya. Beliau seorang peramah dan paling baik ialah beliau merupakan seorang ketua kelas yang amat berdedikasi dan amanah.
Maasih terbayang-bayang di ingatan saya wajahnya, gelaknya dan gurauannnya (kerana beliau berbicara dalam bahasa utara yang agak pekat)
Bulan Mac ni dia bakal Konvo dan dia bekerja sambilan sebelum tarikh tersebut menjelang. Sebenarnya, saya tahu beliau dan sahabatnya kerap berada di pekan kecil ini di kala cuti semester...barangkali mencari duit saku...saya kerap terserempak dengan beliau dan rakannya ada ketika di Gym, di pekan dan kadang kala di taman perumahan kami...
Allah lebih menyayanginya...
tambah sahabatnya...beliau disemadikan bersebelahan dengan pusara ayah dan bondanya di kg halamannnya di Kedah...
Al Fatihah buat beliau...moga ditempatkan Allah di kalangan orang yang bertqwa...
Pemandu maut, van rempuh belakang lori dekat Tapah
TAPAH 26 Feb. – Seorang pemandu van terbunuh manakala penumpangnya cedera parah selepas van mereka merempuh belakang sebuah lori di Kilometer 331 Lebuh Raya Utara-Selatan dekat sini hari ini.
Ketua Polis Daerah Tapah, Supt. Roslan Bek Ahmad berkata, mangsa yang terbunuh dalam kejadian kira kira pukul 3 petang tadi dikenali sebagai Mohd. Fazli Mohamad, 27, berasal dari Alor Setar, Kedah.
Mangsa yang mengalami cedera parah di kepala meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Tapah, katanya kepada pemberita.
Roslan berkata, mangsa yang cedera pula dikenali sebagai Mohamad Ramli Zamri, 30, dari Kampung Sri Gala, Hulu Selangor.
Kejadian dikatakan berlaku apabila van tersebut dipandu begitu rapat dengan lori berkenaan, sehingga pada satu ketika merempuh lori itu. – Bernama
No comments:
Post a Comment