"...dan boleh jadi kamu benci akan sesuatu, sedang ia lebih baik bagimu, dan boleh jadi kamu kasihi akan sesuatu, sedang ia melarat bagimu. Dan Allah mengetahui, tetapi kamu tiada mengetahui"
(Al Baqarah:216)

Saturday, September 13, 2008

Sudahlah...

Migrasi: Diakibatkan oleh Faktor Tolak dan Tarik
Namun ada ketikanya ada faktor tolak tapi tidak pula wujud faktor tarik...
(Foto Sekadar gambar Hiasan)


Dua tahun lepas
kau sering ucapkan kepada kami
bahawa kau tidak akan lama di sini

Tahun lepas
dengan wajah yang bangga
kau umumkan kepada kami
bahawa kau telah ditawarkan untuk 'ke sana'

Minggu lepas
kau aku temui (dengan tidak sengaja)
sedang mengisi borang untuk 'ke sana'
(hairan juga..katamu 2 tahun lepas kau telah ditawarkan, mengapa perlu mengisi borang? mengapa pula mengisi pada minggu lepas?)

Tiga hari lepas
kau bersuara lantang
bahawa ini lah bulan-bulan terakhirmu di sini

namun kawan....
mengapa semalam
aku dapat berita
yang kau hanya bertukar jabatan
bukannya 'ke sana' seperti yang kau war-warkan bertahun-tahun dulu

aku tidak cemburu
namun
aku sekadar ingin bertanya...
kau tidak mahu pergi?
atau
kau sememangnya tidak pernah diterima 'di sana' ????

No comments: