Semakin bercerita tentang ramadhan, semakin aku teringat zaman kanak-kanak dulu. Ya lah zaman yang penuh kegembiraan. Tak perlu fikir apa-apa. Tiada tanggung jawab, tidak perlu fikirkan hal kerja, tidak perlu fikirkan hal hutang, belanja dan lain-lain. Apa yang aku tahu ialah bila masuk bulan Ramadhan aku kena berpuasa dan sebelah malamnya berseronok main bunga api.
Kisha yang aku nak kongsi kali ini berlaku lama. Lama sangat, sebelum kerajaan mengharamkan mercun dan bunga api.
Seingat aku, apabila masuk bulan ramadhan, maka ramailah kanak-kanak dan remaja di kampung aku ke bengkel Ah Heng. Tujuannya hanya satu. Mencari dan mengambil plak motorsikal yang sudah tidak boleh digunakan lagi.
Untuk apa? Untuk bermain permainan yang kami glar "Baling Plak"
Plak yang dah dikutip di patahkan bahagian hujungnya dan bahagian dalam sebelah atas dikosongkan. Kemudian kami ambil skru yang muat-muat untuk bahagian atas tersebut dan diikiat dengan kawat/dawai. bahagian bawah plak diikat dgn kain.
Maka, setelah melalui pelbagai proses (aku tak ceritakan di sini kerana khuatir ia akan jadi ikutan) plak tersebut sudah siap untuk broperasi. Hanya reload belerang bunga api ke dalam ruang yang tertentu di plak tersebut dan dengan memegang kain yang menjadi ekor plak , plak tersebut dilambungkan (ia dimainkan di atas jalanraya bertar). sebaik sahaja kepala plak mencecah jalan maka ia akan meletup dan ketika itulah keseronokan sebenarnya bermula
Lama juga permainan plak ini aku dan kawan-kawan mainkan dan syukur Alhamdulillah kerana sepanjang 'penglibatan' kami dalam permainan ini tiada siapa pun yang cedera fizikal.
Jika ada hanya cedera mental akibat 'maki hamun' orang-orang kampung terutamanya yang ada anak kecil kerana kami main plak biasanya waktu tengah malam yang sunyi...jadi bila ia meletup..bukan hanya budak kecil, bapak budak pun akan terperanjat.....
hari ini, aku tak nampak budak-budak main plak lagi sewaktu musim perayaan, baguslah, disamping membahayakan keselamatan ia juga dapat mengurangkan pencemaran bunyi.......
No comments:
Post a Comment