"...dan boleh jadi kamu benci akan sesuatu, sedang ia lebih baik bagimu, dan boleh jadi kamu kasihi akan sesuatu, sedang ia melarat bagimu. Dan Allah mengetahui, tetapi kamu tiada mengetahui"
(Al Baqarah:216)

Monday, September 22, 2008

Alahai Tok Ali


PETIKAN UTUSAN MALAYSIA ONLINE (22 SEPT 2008)

Awas campur tangan Zionis

KUALA LIPIS 21 Sept. - UMNO percaya pihak tertentu dari Amerika Syarikat (AS) yang mempergunakan pemimpin pembangkang di negara ini untuk memperkotak-katik dan menghuru-harakan Malaysia merupakan pemimpin yang disokong oleh zionis.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam menegaskan, pemimpin zionis terbabit telah lama menyimpan perasaan dengki dengan kemajuan dan kemakmuran Malaysia sebagai sebuah negara Islam terbaik di dunia.

Sehubungan itu, beliau menggesa kerajaan menghantar segera bantahan keras kepada AS supaya menghentikan tindakan pihak tertentu yang mempergunakan pemimpin parti pembangkang terbabit untuk mencampuri hal ehwal dalaman Malaysia.

"Tindakan pihak tertentu dari AS itu jelas boleh menggugat keamanan dan kestabilan negara.

"Apabila ada pemimpin pembangkang negara ini membuat hubungan dengan AS untuk memburuk kepimpinan negara, AS semakin berani mengganggu hal ehwal dalaman negara ini," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan hadiah kepada pemenang Tilawah al-Quran Gerakan Belia 4B Malaysia peringkat kebangsaan di Masjid Sultan Mahmud di sini malam tadi.

Beliau mengulas laporan muka depan Utusan Malaysia semalam bahawa Wisma Putra memperoleh maklumat ada pihak tertentu dari AS mempergunakan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk memperkotak-katik dan menghuru-harakan Malaysia.

Menteri Luar, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, pihaknya dimaklumkan ada rancangan daripada pihak tertentu di AS untuk memastikan Anwar menjadi pemimpin hadapan bagi memudahkan kepentingan negara itu 'masuk' ke Malaysia.

Mengulas lanjut, Mohd. Ali yang juga Ketua Menteri Melaka berkata, bantahan keras itu bertujuan menyekat usaha pihak terbabit daripada terus menggunakan pemimpin pembangkang di negara ini.

"Rakyat tidak wajar percaya dengan hasutan pembangkang untuk merosakkan keamanan dan kedaulatan sebaliknya bersedia menghadapi sebarang kemungkinan yang dilakukan oleh pemimpin pembangkang itu," katanya.

Sementara itu, katanya, pembebasan Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok Suh Sim daripada tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kelmarin perlu dijadikan iktibar oleh pembangkang supaya lebih berhati-hati terutama ketika menggunakan isu yang menyentuh sensitiviti kaum, budaya dan agama.

"Mereka (pembangkang) tidak perlu mencari publisiti murahan dengan menyentuh isu kaum tertentu sehingga menimbulkan rasa tidak senang hati dan boleh menggugat ketenteraman," katanya.

Menurut Mohd. Ali, api permusuhan boleh berlaku jika wakil rakyat terbabit melemparkan fitnah dengan membesarkan isu yang sensitif berkaitan budaya dan agama sesuatu kaum.

"Sepatutnya mereka menggunakan landasan pembangkang untuk mengkritik kerajaan secara membina dan membantu BN membangunkan negara ini, bukan mencari publisiti murahan," tegasnya.

Dalam pada itu, beliau berharap lebih ramai wakil rakyat tampil melaporkan kepada polis jika ada sogokan wang daripada pihak tertentu untuk memujuk mereka supaya lompat parti.

Beliau menambah, kegiatan rasuah itu adalah tidak sihat dan bertentangan dengan amalan demokrasi.

Mohd. Ali bersyukur kerana tidak ada seorang pun wakil rakyat daripada komponen BN lompat parti sejak 16 September lalu.


HEHEHE,

MAKIN DAH DEKAT PEMILIHAN UMNO, MAKIN KERAP TOK ALI KELUAR PAPER, MAKLUMLAH NAIB PRESIDEN YANG DAPAT MAJORITI YANG TERTINGGI

KALAU TOK NAJIB CEPAT-CEPAT JADI PM, TOK ALI PULAK MENANG LAGI KERUSI NAIB PRESIDEN, MUNGKIN DIA BOLEH JADI TPM AGAKNYA HEHEHEHE

TAPI APA-APA PUN ELOK JIKA DIA BELAJAR BERFIKIR SEBELUM BERCAKAP BERBANDING KEADAAN SEKARANG NIE DIA SELALU BERCAKAP LEPAS TU BARU BERFIKIR HEHEHE

No comments: