"...dan boleh jadi kamu benci akan sesuatu, sedang ia lebih baik bagimu, dan boleh jadi kamu kasihi akan sesuatu, sedang ia melarat bagimu. Dan Allah mengetahui, tetapi kamu tiada mengetahui"
(Al Baqarah:216)

Thursday, September 25, 2008

Tima Kasey !!!!


Petikan Utusan Malaysia Online:

Minyak turun 10 sen lagi

PUTRAJAYA 24 Sept. – Kerajaan mengumumkan harga runcit petrol RON97 dan RON92 dikurangkan 10 sen iaitu masing-masing daripada RM2.55 seliter kepada RM2.45 seliter dan RM2.40 seliter kepada RM2.30 seliter berkuat kuasa esok.

Pada masa sama, harga runcit diesel juga dikurangkan 10 sen iaitu daripada RM2.50 seliter kepada RM2.40 seliter.

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, Jemaah Menteri dalam mesyuarat hari ini membuat keputusan itu setelah mengambil kira harga purata minyak dunia sebulan terakhir ini yang mengalami penurunan yang ketara.

Harga minyak di pasaran dunia kini ialah sekitar AS$109 setong berbanding hampir AS$140 setong pada Mei lalu.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini petang ini, Abdullah berkata, harga minyak itu juga diturunkan kerana kerajaan menyedari orang ramai mula pulang ke kampung bagi menyambut Aidilfitri bermula hujung minggu ini.

Beliau berharap penurunan harga petrol dan diesel dapat meringankan beban rakyat.

“Untuk tempoh sebulan terakhir, harga minyak dunia mengalami turun naik ketara. Namun secara purata, ia menurun sedikit berbanding harga purata sebelumnya.

“Namun begitu, nilai ringgit berbanding dolar Amerika pula menyusut sepanjang tempoh yang sama,” ujarnya.

Perdana Menteri berkata: “Dengan mengaplikasikan formula yang diguna pakai oleh kerajaan dalam menentukan harga runcit minyak sebelum ini, pengurangan 10 sen ini ialah nilai pengurangan maksimum yang dapat diberi oleh kerajaan.”

Abdullah memberitahu, keputusan untuk melakukan pelarasan harga petrol dan diesel itu juga dibuat kerana mesyuarat Jemaah Menteri pagi ini adalah yang terakhir untuk September dan sebelum sambutan Aidilfitri pada 1 Oktober ini.

Beliau berkata, harga baru petrol dan diesel itu merupakan pelarasan harga kedua dilakukan oleh kerajaan setelah pelarasan pertama pada 23 Ogos lalu.

Pada Jun lalu, kerajaan menaikkan harga minyak buat pertama kalinya pada tahun ini. Ketika itu harga petrol ditetapkan pada RM2.70 seliter manakala diesel RM2.58 seliter.

Dengan penurunan harga minyak hari ini, ini bermakna dalam tempoh tiga bulan lalu kerajaan telah menurunkan harga petrol sebanyak 25 sen seliter.

HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAH



Wednesday, September 24, 2008

Kenangan Ramadhan: Meriam

Raya makin menjelang, kenangan main kerap mengimbau. Maklumlah zaman kanak-kanak semuanya seronok (kecuali belajar)

Tak dapat dibayangkan keseronokan main meriam
Dari Mula tebang buluh, hingga ke proses mencucuh
Meriam pulak macam-macam jenis-tin, tanah
Tapi yang paling power tentulah meriam buluh
masa main?-sewaktu orang solat terawih tu sesuai sebab ada alasan nak keluar rumah
Alhamdulillah tiada yang cedera..

Aku layari Youtube mencari sesuatu menguatkan, terutamanya bila tonton clip Usop Sontorian ini...

Sama-sama kita tonton (Clip Ihsan http://www.youtube.com/user/ejoy86)






Camno Ekau Buek Kojo ???

Foto: Sekadar Gambar Hiasan

Tarikh Hantar Manuskrip (Dengan Pembaikan): 21 Julai 2007
Tarikh Dihubungi Untuk Makluman Penerimaan: 24 September 2008
Tempoh masa diambil untuk dapat keputusan: Setahun , dua bulan (1 tahun, 2 bulan)
Mesyuarat Untuk Pengesahan Penerimaan Penerbitan: Oktober 2008
Tarikh Di Terbitkan: ???? Wallahualam

Sekarang aku dah rasa sakitnya hati berurusan dengan agensi ini bagi tujuan penerbitan buku...
Ini yang kedua..dan ini Pasti yang terakhir

Apo la kau buek jang
kao rondam den punyo manuskrip lamo-lamo buek apa?
ekau nak buek tompoyak ko?

Hari ini aku faham kenapa ramai yang beralih ke agensi lain untuk tujuan yang sama....


Tuesday, September 23, 2008

Betul Ke?

Foto: Sekadar Gambar Hiasan

Aku tak ingat sumber ini aku baca dari mana.
Namun menurut sumber tersebut, profesion yang pengamalnya banyak cakap bohong/temberang ialah Jurujual dan Peguam.
Sejauhmana kebenaran sumber ini aku tak tahu
tapi semakin aku kerap bersembang dengan 'dia' aku rasa mula nak membenarkan kenyataan yang aku baca itu
Wallahualam

Monday, September 22, 2008

Alahai Tok Ali


PETIKAN UTUSAN MALAYSIA ONLINE (22 SEPT 2008)

Awas campur tangan Zionis

KUALA LIPIS 21 Sept. - UMNO percaya pihak tertentu dari Amerika Syarikat (AS) yang mempergunakan pemimpin pembangkang di negara ini untuk memperkotak-katik dan menghuru-harakan Malaysia merupakan pemimpin yang disokong oleh zionis.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam menegaskan, pemimpin zionis terbabit telah lama menyimpan perasaan dengki dengan kemajuan dan kemakmuran Malaysia sebagai sebuah negara Islam terbaik di dunia.

Sehubungan itu, beliau menggesa kerajaan menghantar segera bantahan keras kepada AS supaya menghentikan tindakan pihak tertentu yang mempergunakan pemimpin parti pembangkang terbabit untuk mencampuri hal ehwal dalaman Malaysia.

"Tindakan pihak tertentu dari AS itu jelas boleh menggugat keamanan dan kestabilan negara.

"Apabila ada pemimpin pembangkang negara ini membuat hubungan dengan AS untuk memburuk kepimpinan negara, AS semakin berani mengganggu hal ehwal dalaman negara ini," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan hadiah kepada pemenang Tilawah al-Quran Gerakan Belia 4B Malaysia peringkat kebangsaan di Masjid Sultan Mahmud di sini malam tadi.

Beliau mengulas laporan muka depan Utusan Malaysia semalam bahawa Wisma Putra memperoleh maklumat ada pihak tertentu dari AS mempergunakan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk memperkotak-katik dan menghuru-harakan Malaysia.

Menteri Luar, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, pihaknya dimaklumkan ada rancangan daripada pihak tertentu di AS untuk memastikan Anwar menjadi pemimpin hadapan bagi memudahkan kepentingan negara itu 'masuk' ke Malaysia.

Mengulas lanjut, Mohd. Ali yang juga Ketua Menteri Melaka berkata, bantahan keras itu bertujuan menyekat usaha pihak terbabit daripada terus menggunakan pemimpin pembangkang di negara ini.

"Rakyat tidak wajar percaya dengan hasutan pembangkang untuk merosakkan keamanan dan kedaulatan sebaliknya bersedia menghadapi sebarang kemungkinan yang dilakukan oleh pemimpin pembangkang itu," katanya.

Sementara itu, katanya, pembebasan Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok Suh Sim daripada tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kelmarin perlu dijadikan iktibar oleh pembangkang supaya lebih berhati-hati terutama ketika menggunakan isu yang menyentuh sensitiviti kaum, budaya dan agama.

"Mereka (pembangkang) tidak perlu mencari publisiti murahan dengan menyentuh isu kaum tertentu sehingga menimbulkan rasa tidak senang hati dan boleh menggugat ketenteraman," katanya.

Menurut Mohd. Ali, api permusuhan boleh berlaku jika wakil rakyat terbabit melemparkan fitnah dengan membesarkan isu yang sensitif berkaitan budaya dan agama sesuatu kaum.

"Sepatutnya mereka menggunakan landasan pembangkang untuk mengkritik kerajaan secara membina dan membantu BN membangunkan negara ini, bukan mencari publisiti murahan," tegasnya.

Dalam pada itu, beliau berharap lebih ramai wakil rakyat tampil melaporkan kepada polis jika ada sogokan wang daripada pihak tertentu untuk memujuk mereka supaya lompat parti.

Beliau menambah, kegiatan rasuah itu adalah tidak sihat dan bertentangan dengan amalan demokrasi.

Mohd. Ali bersyukur kerana tidak ada seorang pun wakil rakyat daripada komponen BN lompat parti sejak 16 September lalu.


HEHEHE,

MAKIN DAH DEKAT PEMILIHAN UMNO, MAKIN KERAP TOK ALI KELUAR PAPER, MAKLUMLAH NAIB PRESIDEN YANG DAPAT MAJORITI YANG TERTINGGI

KALAU TOK NAJIB CEPAT-CEPAT JADI PM, TOK ALI PULAK MENANG LAGI KERUSI NAIB PRESIDEN, MUNGKIN DIA BOLEH JADI TPM AGAKNYA HEHEHEHE

TAPI APA-APA PUN ELOK JIKA DIA BELAJAR BERFIKIR SEBELUM BERCAKAP BERBANDING KEADAAN SEKARANG NIE DIA SELALU BERCAKAP LEPAS TU BARU BERFIKIR HEHEHE

Friday, September 19, 2008

Perjuangan Yang Belum Selesai

PERJUANGAN YANG BELUM SELESAI

Sesungguhnya tidak ada yang lebih menyayatkan
dari melihat bangsaku dijajah
Tidak ada yang lebih menyedihkan
dari membiarkan bangsaku dihina

Air mata tiada ertinya
sejarah silam tiada maknanya
sekiranya bangsa tercinta terpinggir
dipersenda dan dilupakan


Bukan kecil langkah wira bangsa
para pejuang kemerdekaan
bagi menegakkan kemuliaan
dan darjat bangsa
selangkah beerti mara
mengharung sejuta dugaan

Biarkan bertatih
asalkan langkah itu yakin dan cermat
bagi memastikan negara
merdeka dan bangsa terpelihara
air mata sengsara
mengiringi setiap langkah bapa-bapa kita

Tugas kita bukan kecil
kerana mengisi kemrdekaan
rupanya lebih sukar dari bermandi
keringat dan darah menuntutnya

Lagi pula apalah ertinya kemerdekaan
kalau bangsaku asyik mengia dan menidakkan,
mengangguk dan membenarkan,
kerana sekalipun bangganya negara
kerana makmur dan mewahnya,
bangsaku masih melata
dan meminta-minta di negaranya sendiri

Bukan kecil tugas kita
meneruskan perjuangan kemerdekaan kita
kerana rupanya selain memerdekakan,
mengisi kemerdekaan itu jauh lebih sengsara

Bangsaku bukan kecil hati dan jiwanya
bukankah sejak zaman berzaman
mereka menjadi pelaut, pengembara
malah penakluk terkemuka?
Bukankah mereka sudah mengembangkan sayap,
menjadi pedagang dan peniaga

selain menjadi ulama dan
ilmuan terbilang?
Bukankah bangsaku pernah mengharung
samudera menjajah dunia yang tak dikenal
Bukankah mereka pernah menjadi
wira serantau yang tidak mengenal
erti takut dan kematian?
Di manakah silapnya hingga bangsaku
berasa begitu kecil dan rendah diri?
Apakah angkara penjajah?
Lalu bangsaku mulai
melupakan kegemilangan silam
dan sejarah gemilang membina empayar

Tugas kita belum selesai rupanya
bagi memartabat dan
memuliakan bangsa
kerana hanya bangsa yang berjaya
akan sentiasa dihormati

Rupanya masih jauh dan berliku jalan kita
bukan sekadar memerdeka dan mengisinya
tetapi mengangkat darjat dan kemuliaan
buat selama-lamanya

Hari ini, jalan ini pasti semakin berliku
kerana masa depan belum tentu
menjanjikan syurga
bagi mereka yang lemah dan mudah kecewa

Perjuangan kita belum selesai
kerana hanya yang cekal dan tabah
dapat membina mercu tanda
bangsanya yang berjaya

Dr. Mahathir Mohamad
Mei 1996

Mr Perfect

Video Hanya Sekadar Hiasan Sahaja. TQ



Anda pernah dengar tentang Mr Perfect?
Tentang seorang yang benar-benar sempurna
Lengkap serba serbi

Mungkin dalam kehidupan kita seharian, kita cuba untuk menjadi "Mr Perfect" namun hakikat yang perlu kita akui ialah semamngnya manusia itu tiada yang sempurna. Namun begitu kita perlu berusaha untuk mencapai kesempurnaan.

Dalam kehidupan, ramai yang mencari Mr Perfect itu juga tidak dapat dinafikan kerana ramai yang inginkan seseorang yang sempurna

Namun begitu,
amat bahaya bila seseorang itu merasakan bahawa beliau adalah 'Mr Perfect'. Seringkali orang lain akan disalahkan kononnya apa yang dibuat orang semua tak betul. Kononnya apa idea orang lain semuanya tidak bernas. Kononnya apa yang dicakapkan orang tidak sampai ke aras dan tahap pemikirannya.

Orang sebegini amat bahaya, hanya dia sahaja yang betul. hanya dia sahaja yang tepat, hanya dia sahaja yang sempurna.

kata seorang sahabat suasana di tempat kerjanya agak huru-hara bila ada seorang yang merasakan dirinya Mr Perfect, hinggakan urusan untuk tempahan jamuan makan juga terpaksa dirombak berkali-kali semata-mata kerana Mr Perfest tersebut tidak pernah bersetuju dengan apa yang dipersetujui oleh orang lain.

bak kata kawan saya "he is too damn good for us"entahlah susah juga nak komen

Manusia, pelbagai ragam, pelbagai perangai, rambut sama hitam, hati lain-lain

Namun semuanya timbul ada ada perasaan 'bangga diri' yang melampau dan ditambah dengan riak'.

Mana ada Mr Perfect? Dalam Arena gusti pun Mr Perfest (telah mati) pernah tewas beberapa kali dalam perlawannya....

Nah...kita adalah manusia
Selagi nama kita manusia kita tidak akan sempurna
namun..kita perlu berusaha menjadi yang terbaik

Hapuskan riak' dan bangga diri...



Thursday, September 18, 2008

Kenangan Ramadhan: Main Plak (Plug)

Plak: Sekadar Gambar Hiasan


Semakin bercerita tentang ramadhan, semakin aku teringat zaman kanak-kanak dulu. Ya lah zaman yang penuh kegembiraan. Tak perlu fikir apa-apa. Tiada tanggung jawab, tidak perlu fikirkan hal kerja, tidak perlu fikirkan hal hutang, belanja dan lain-lain. Apa yang aku tahu ialah bila masuk bulan Ramadhan aku kena berpuasa dan sebelah malamnya berseronok main bunga api.

Kisha yang aku nak kongsi kali ini berlaku lama. Lama sangat, sebelum kerajaan mengharamkan mercun dan bunga api.

Seingat aku, apabila masuk bulan ramadhan, maka ramailah kanak-kanak dan remaja di kampung aku ke bengkel Ah Heng. Tujuannya hanya satu. Mencari dan mengambil plak motorsikal yang sudah tidak boleh digunakan lagi.

Untuk apa? Untuk bermain permainan yang kami glar "Baling Plak"

Plak yang dah dikutip di patahkan bahagian hujungnya dan bahagian dalam sebelah atas dikosongkan. Kemudian kami ambil skru yang muat-muat untuk bahagian atas tersebut dan diikiat dengan kawat/dawai. bahagian bawah plak diikat dgn kain.

Maka, setelah melalui pelbagai proses (aku tak ceritakan di sini kerana khuatir ia akan jadi ikutan) plak tersebut sudah siap untuk broperasi. Hanya reload belerang bunga api ke dalam ruang yang tertentu di plak tersebut dan dengan memegang kain yang menjadi ekor plak , plak tersebut dilambungkan (ia dimainkan di atas jalanraya bertar). sebaik sahaja kepala plak mencecah jalan maka ia akan meletup dan ketika itulah keseronokan sebenarnya bermula

Lama juga permainan plak ini aku dan kawan-kawan mainkan dan syukur Alhamdulillah kerana sepanjang 'penglibatan' kami dalam permainan ini tiada siapa pun yang cedera fizikal.

Jika ada hanya cedera mental akibat 'maki hamun' orang-orang kampung terutamanya yang ada anak kecil kerana kami main plak biasanya waktu tengah malam yang sunyi...jadi bila ia meletup..bukan hanya budak kecil, bapak budak pun akan terperanjat.....

hari ini, aku tak nampak budak-budak main plak lagi sewaktu musim perayaan, baguslah, disamping membahayakan keselamatan ia juga dapat mengurangkan pencemaran bunyi.......

Kenangan Ramadhan: Epok-Epok


Ramadhan telah mencecah ke 18 hari. Alhamdulillah berjaya dilalui dengan penuh keinsafan dan kesyukuran. Bercerita tentang ramadhan tentu masing-masing ada kenangan dan nostalgia tentang ramadhan. Aku pun melalui senario yang sama.

Dahulu semasa di Negeri Bersejarah, sewaktu berbuka puasa, antara menu yang sering ada ialah epok-epok sayur. Biasanya yang membelinya ialah apak (aku bahagian makan sahaja)

Epok-epok ini, bentuknya macam karipap cuma bajagian dalamnya sajaha yang berbeza. Jika karipap berintikan kentang, sardin dan sebagainya, epok-epok pulak berintikan sayur seperti tauge, sengkuang dan lain-lain mengikut selera penjual/pembeli. Berbeza dengan karipap epok-epok dimakan dengan sos buatan sendiri (home-made) yang menjadikan ianya semakin 'kaw'

tapi, dah tiga kali Ramadhan aku di negeri Utara ni, dan sepnjang ramadhan di sini tidak pernah seklaipun akau jumpa epok-epok di jual di pasar-pasar remadhan...termasuklah petang semalam...

Entahlah, mungkin lain tempat lain citarasa agaknya, Wallahualam

Takkan Tak Paham Kot ??


Sebenarnya aku bukanlah nak komen-komen, bukanlah nak bising-bising. Tapi apa guna belajar tinggi-tinggi tapi takde 'nilai moral'.

Hormat menghormati sesama jiran memang kita galakkan tapi berapa ramai yang faham dan nak ikut?

Kalau dah hari-hari parking kereta depan rumah aku, aku nak parking kereta kat mana? takkan depan rumah dia pulak?

Perkara-perkara macam ni memang tiada undang-undang tertulis tapi gunalah akal dan minda yang bijak bistari...takkan itu pun tak paham kot ???

Tuesday, September 16, 2008

Internet-Oh-Internet


Yahoo Mail Pun Chat Juga? (Sekadar Gambar Hiasan)

Kepada BOSS

Untuk pengetahuan boss, saya hantar surat ini adalah untuk menyuarakan ketidak puasan hati saya terhadap apa yang berlaku dengan sistem Internet kita

Untuk pengetahuan boss, sejak kebelakangan ini kami kuli-kuli di tempat keje ini merasakan amat tidak puas hati dengan apa yang telah berlaku terhadap sistem internet kita.

pada pandangan saya ia berlaku sisebabkan tiga perkara:
1) Server kita yang lebih murah dari tayar motor saya (bunga sotong)
2) Pengarah ICT yang tak berapa cerdik (asyik nak 'block' semua benda)
3) Boss sendiri yang kedekut pahit taik hidung masin

Saya suarakan pendapat ini kerana saya ikut pandangan Pak Lah
"bekerja bersama saya dan bukan bekerja untuk saya"
selain itu, Pak Lah juga ada ruangan warkah Buat PM, saya hantar ini lebih kurang macam tu jugaklah cuma ia Warkah Buat Boss

Saya mencadangkan bagi mengatasi masalah ini , kesemua (ketiga-tiga ) perkara yang saya sebutkan diatas eloklah dihumbankan ke dalam longkang termasuklah boss sekali.

Sekian Terima Kasih

Saturday, September 13, 2008

Sudahlah...

Migrasi: Diakibatkan oleh Faktor Tolak dan Tarik
Namun ada ketikanya ada faktor tolak tapi tidak pula wujud faktor tarik...
(Foto Sekadar gambar Hiasan)


Dua tahun lepas
kau sering ucapkan kepada kami
bahawa kau tidak akan lama di sini

Tahun lepas
dengan wajah yang bangga
kau umumkan kepada kami
bahawa kau telah ditawarkan untuk 'ke sana'

Minggu lepas
kau aku temui (dengan tidak sengaja)
sedang mengisi borang untuk 'ke sana'
(hairan juga..katamu 2 tahun lepas kau telah ditawarkan, mengapa perlu mengisi borang? mengapa pula mengisi pada minggu lepas?)

Tiga hari lepas
kau bersuara lantang
bahawa ini lah bulan-bulan terakhirmu di sini

namun kawan....
mengapa semalam
aku dapat berita
yang kau hanya bertukar jabatan
bukannya 'ke sana' seperti yang kau war-warkan bertahun-tahun dulu

aku tidak cemburu
namun
aku sekadar ingin bertanya...
kau tidak mahu pergi?
atau
kau sememangnya tidak pernah diterima 'di sana' ????

Bagai Tikus Membaiki Labu


Sejak akhir minggu ini aku rasa sangat pelik dalam pekerjaan
segala tugasan yang diberikan semuanya sangat aneh. Semuanya tak pernah aku pelajari sepanjang hayat aku.

KOGNITIF, BLOOM,SOLO,PSIKOMOTOR,AFEKTIF,LO bla-bla-bla-bla-bla

aku ambil analogi begini
seorang budak yang tidak ada apa2 kemahiran tentang enjin kereta tetapi diarahkan untuk membaiki enjin kenderaan yang rosak.

Apa akan jadi agaknya?

Mungkin ada yang berlatarbelakangkang 'motivasi' mengatakan anggap ini satu cabaran, ini peluang untuk belajar, belajar dari kesilapan

tapi harus di ingat ini bukannya masa untuk practice-apa yang pihak atasan mahu ialah hasildan hantar pada masa yang ditetapkan dan hasil tersebut ialah yang terbaik 'as an expexted'
-tiada apa-apa latihan lagi dan bukan masa untuk mencuba2...

hahahahahahaha

Oh ya..aku teringat pepatah melayu....Bagai tikus membaiki labu-Hendak membetulkan barang yang tiada diketahui.

Dengan analogi dan senario yang berlaku mungkin sedikit perubahan barangkali 'bagai tikus yang dipaksa membaiki labu'

nah...kalian sendiri tentu sudah maklum apa jawapannya ....
namun itulah yang berlaku
dan inilah realiti dunia pekerjaan...

Friday, September 12, 2008

Akhirnya Raja Petra Di 'ISA' kan

Petikan Mstar Online:
R
aja Petra ditahan di bawah ISA

12-09-2008 02:19:30 PM

KUALA LUMPUR: Pengedali laman web Malaysia Today, Raja Petra Kamarudin telah ditahan di bawah Akta Keselamtan Dalam Negeri (ISA) sebentar tadi.

Kementerian Dalam Negeri hari ini mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada tiga buah akhbar tempatan berhubung dengan laporan mereka mengenai perkembangan politik semasa.

Tiga akhbar berkenaan adalah akhbar berbahasa Inggeris, The Sun, sebuah akhbar berbahasa Cina, Sin Chew Daily dan akhbar rasmi Parti Keadilan Rakyat, Suara Keadilan.


Ha-ha-ha-ha....kuat dan busuk punya kentut


Baru Ku Tahu ....

Foto: Sekadar Gambar Hiasan

Aduhai kawan
Baru ku tahu
kita perlu bersarapan dengan boss
kita perlu dengan setiausaha boss
Untuk mendapat ganjaran dunia

Setelah
palitkan lumpur ke tubuh kami
musuh dalam selimut kami
gunting dalam lipatan kami
menikam dari belakang kami


Kau mendapat apa yang kau amat hajati

Pintu sudah terbuka kini
pergilah tinggalkan kami
dengan kerosakan ini.....

Wednesday, September 10, 2008

Hari Ini Dia Tegas !!!

We Are Malaysian (Sekadar Gambar Hiasan)

Hari ini dia tegas.
Tidak seperti hari-hari yang lalu
Dia seolah-olah marah

Maunya dia tidak marah, seorang 'orang kuatnya' telah beliau 'gantung' keahliannya selama tiga tahun dari parti
Dia marah kerana orang ramai sudah mula cakap tentang perkauman
Dia marah kerana rakyat dalam keajaan yang dia perintah seolah-olah mahu berpecah
dia maraha kerana ada orang guna isu perkauman untuk kepentingan politik

maka dia memberitahu, yang dia akan kenakan tindakan yang paling 'hebat' kepada sesiapa juga hamba rakyat yang cuba membangkitkan isu perkauman

Dia memang tegas hari ini
dia memang tegas hari ini
dia memang tegas hari ini

tapi...
aku rasa dia macam marah di hadapan cermin
apa yang dia marah hanya bayang-bayangnya sendiri

kerana siapa sebenarnya yang selalu cerita tentang isu perkauman???
aku rasa kita semua tahu
dia juga mungkin tahu
dan mungkin juga buat-buat tak tahu
atau
entah-entah dia memang benar-benar tidak tahu ???

kerana memang 'tidak tahu' itu fitrahnya....

Petikan Utusan Malaysia Online

Kerajaan akan bertindak tegas - PM

10/09/2008 10:18pm
KUALA LUMPUR 10 Sept. - Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, kerajaan akan bertindak tegas ke atas mana-mana pihak yang mencetuskan isu perkauman termasuk menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Perdana Menteri berkata, ini berikutan situasi hubungan kaum yang semakin merosot hingga memungkinkan boleh berlakunya ketegangan.

Kata beliau, keputusan itu sejajar dengan ditetapkan mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO hari ini serta Jemaah Menteri yang telah membincangkan sama pagi tadi.

Abdullah yang juga Presiden UMNO berkata demikian pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat khas MT UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini. - Utusan

Saya Suka Dia...


Saya suka dia, walau apa sekalipun yang terjadi, dia tetap 'maintain'. Dia tetap tidak terkesan terhadap apa-apa sahaja yang berlaku.

Walau apapun pada pandangan orang, apa yang berlaku itu adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku. Namun dia tetap 'tenang'.

kata sesetengah orang dia bermotivasi tinggi
Kata setengah yang lain, dia tidak berpegang pada realiti

Akhbar Utusan Malaysia hari ini memetik kata-katanya:

BN tetap utuh - PM tolak tanggapan komponen parti pemerintah itu berpecah

nah..apa yang perlu kita semua risaukan
takperlu kita semua serabutkan fikiran

Sebenarnya tidak apa-apa yang mengejutkan
semuanya seperti biasa
sepeti hari-hari yang lalu

lalu,
apa perlu kita khuatirkan

Hey Brader,
Kita mesti terus hidup.....

Monday, September 08, 2008

Jom Melawat Sambil Belajar

Aku baca berita ini sambil gelak besar
Tak sangka la pulak aku ada jugak lawatan sambil belajar mcam aku sekolah dulu
aku dengar duit dah takde
tapi boleh pulak mlawat sambil belajar
bukan sikit
49 orang tu
kalau seorang kos RM 100
49 orang dah RM 4900
itu kalau RM 100/orang
kalau lebih ???

hahahahahahahahahahahahah

Belajar tentang pertanian

Apa-apapun aku ucapkan selamat melawat dan selamat belajar
apa yang akan semua tu belajar Wallahualam


49 ahli Parlimen BN berlepas ke Taiwan untuk lawatan sambil belajar
08/09/2008 2:26pm

KUALA LUMPUR 8 Sept. — Seramai 49 anggota Parlimen Barisan Naisonal (BN) berlepas ke Taiwan hari ini bagi melakukan lawatan sambil belajar mengenai teknologi pertanian yang diamalkan di negara kepulauan itu.

Timbalan Pengerusi Kelab Penyokong-penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BNBBC), Datuk Bung Mokhtar Radin berkata, selain beliau sendiri, anggota rombongan terdiri daripada Pengerusi BNBBC, Datuk Seri Tiong King Sing, 10 anggota Parlimen Sabah, 12 anggota Parlimen Sarawak dan selebihnya dari Semenanjung.

“Kami dijangka pulang ke Malaysia pada 17 atau 18 September ini,” katanya ketika dihubungi Bernama sejurus sebelum berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang di sini.

Ditanya mengapa Taiwan menjadi destinasi pilihan, Bung Mokhtar berkata, mereka berminat untuk menerokai teknologi baru bidang pertanian yang diamalkan di negara itu.

“Selain itu, ia dipilih kerana berdekatan dengan Malaysia,” katanya sambil menambah bahawa segala perbelanjaan ditanggung sendiri oleh anggota Parlimen yang terlibat.

Bung Mokhtar berkata, mereka berhasrat untuk mengadaptasikan segala pengetahuan yang diperoleh di Taiwan untuk membangunkan industri pertanian di kawasan Parlimen masing-masing.

Katanya, pihak berkuasa negara itu juga telah menyatakan persetujuan untuk membantu urusan lawatan ke tapak-tapak industri pertanian moden di sana.

Malaysia tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan Taiwan.

Bung Mokhtar juga menafikan tanggapan sesetengah pihak kononnya lawatan itu ada kaitan dengan usaha menghalang Pakatan Rakyat daripada menubuhkan kerajaan persekutuan pada 16 Sept ini

Malahan, Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi Jumaat lepas menjelaskan bahawa program lawatan itu tidak perlu dikaitkan dengan penubuhan kerajaan oleh Pakatan Rakyat.

“Kalau mereka nak pergi, biarlah mereka pergi, apa nak hubung kaitkan dengan September 16. Mereka bukannya orang yang nak melompat daripada BN,” kata Perdana Menteri.

— BERNAMA

Friday, September 05, 2008

Kelajuan Minggu Ini ...



Siput pun siputlah....
Lebih baik dari batu yang tak bergerak langsung

Minggu depan dan Minggu akan datang ???
Wallahualam ....

Kelajuan Minggu Lepas




Macam Batu !!!

Thursday, September 04, 2008

Jangan Jadi keldai


Semasa aku bersekolah dahulu, aku sering teringat tentang seorang guru yang sering menggunakan analogi keldai dalam kisah-kisahnya terhadap pelajar yang hanya tahu datang ke sekolah dengan beg berat kemudian pulang dari sekolah dengan beg yang berat tetapi tidak mendapat apa-apa manfaat daripada beg berat yang di sandangnya tiap-tiap hari

kata cikgu tersebut: "kamu semua jangan jadi keldai, kerana keldai hanya tau membawa pergi dan membawa pulang apa sahaja barangan yang di letakkan dibelakangnya dengan baik, namun keldai tidak pernah mengambil manfaat dari apa barangan yang diletakkan di belakangnya. malahan jika di tanya, keldai sendiri tidak tahu apa sebenarnya yang dibawanya, apa yang di ketahuinya adalah ada benda yang berat dibelakangnya dan ia hanya tahu mmbawanya ke hulu-dan kehilir mengiku arahan tuannya".

Kisah yang dicerikan oleh cikgu aku itu sudah hampir 20 tahun barangkali. aku juga tidak pernah mepersoalkan dari mana asal usulnya cerita tersebut dan bagaimana cikgu tersebut bercakap dengan keldai

Namun, nilai moral yang dihidangkan amat tinggi....

Tambahan pula sejak kebelakangan ini, aku seringkali membawa pulang kerja ke umah dan pada keesokan harinya aku akan membawa kerja tersebut semula ke pejabat tanpa menyudahkan kerja tersebut malah membuka beg juga aku tidak pernah

Nah....sekarang aku bertanya pada diri sendiri...apakah analogi keldai yang cikgu tersebut surahkan semasa aku dalam kelas itu tertimpa ke muka aku???

Wallahualam....


Wednesday, September 03, 2008

Tahniah USM

USM dipilih universiti Apex

03/09/2008 3:53pm

KUALA LUMPUR 3 Sept. – Kementerian Pengajian Tinggi mengumumkan Universiti Sains Malaysia (USM) sebagai universiti Apex.

Menterinya, Datuk Khaled Nordin berkata, USM dipilih selepas ia memenuhi ciri-ciri kualitatif dan kuantitatif yang ditetapkan. – Utusan.


SEMOGA SELEPAS INI AKAN TERUSLAH BERCAMBAH TRADISI KEILMUAN TANPA ADA APA-APA KEKANGAN POLITIK

BUAT SAHABAT2 DI USM SELAMAT MAJU JAYA SAYA UCAPKAN