"...dan boleh jadi kamu benci akan sesuatu, sedang ia lebih baik bagimu, dan boleh jadi kamu kasihi akan sesuatu, sedang ia melarat bagimu. Dan Allah mengetahui, tetapi kamu tiada mengetahui"
(Al Baqarah:216)

Thursday, February 21, 2008

Sembang Politik: Sama Tak Serupa

Petikan Utusan Malaysia Online (21 Feb 2008)

Pas akui tidak mampu wujudkan negara kebajikan

KOTA BHARU 20 Feb. – Pas mengakui tidak mampu merealisasikan kewujudan negara kebajikan seperti yang terkandung dalam manifesto parti itu, kata Naib Presidennya, Datuk Husam Musa.

Husam berkata, Pas sedar mereka tidak mampu membentuk kerajaan dengan hanya 60 kerusi Parlimen yang ditandingi pada Pilihan Raya Umum Ke-12.

“(Negara kebajikan) itu, untuk pujuk rakyat supaya terima kita. Buat permulaan, kita tidak berhasrat memerintah negara, Pas hanya mahu mengurangkan majoriti dua pertiga yang diperoleh Barisan Nasional (BN) sebelum ini.

“Negara kebajikan itu sebagai tawaran. Kalau kita tak beri tawaran, macam mana rakyat nak buat pilihan,” katanya kepada pemberita bagi menjawab pertanyaan berhubung kesungguhan Pas mewujudkan negara kebajikan memandangkan parti itu hanya bertanding 60 kerusi Parlimen yang jauh daripada mencukupi untuk membentuk kerajaan walaupun menang di semua kerusi yang ditandingi.

Bagi membentuk majoriti mudah dan menguasai Dewan Rakyat, sesebuah parti perlu memenangi sekurang-kurangnya 112 daripada 222 kerusi Parlimen.

Pada pilihan raya umum lepas, BN memperoleh majoriti dua pertiga apabila memenangi 198 daripada 219 kerusi Parlimen.

Pas sebelum ini menawarkan negara kebajikan menerusi bantuan sara hidup bulanan kepada golongan miskin terutama warga emas, sistem pembelajaran percuma, mengurangkan harga petrol, memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) serta perkhidmatan kesihatan percuma.

– Bernama

Clip oleh Malaysianews di Youtube



AMACAM???
ADA PERBEZAAN TAK??
PERBUATAN YANG SAMA
CUMA
DISALURKAN DIMEDUIM YANG BERBEZA

No comments: