"...dan boleh jadi kamu benci akan sesuatu, sedang ia lebih baik bagimu, dan boleh jadi kamu kasihi akan sesuatu, sedang ia melarat bagimu. Dan Allah mengetahui, tetapi kamu tiada mengetahui"
(Al Baqarah:216)

Friday, February 15, 2008

Lawan Tetap Lawan

Tajuk: Lawan Tetap lawan
Penerbit: Strategik Info Research Development
Terbitan: 2000

Kepada anda yang ingin mengetahui beberapa kisah perjuangan rakyat dalam menegakkan keadilan buku ini merupakan sesuatu yang patut dibaca. Buku ini menyorot beberapa kisah perjuangan rakyat menentang ketidakadilan pemerintahantaranya Reformasi, Peristiwa Kg Sungai Nipah, Peristiwa Baling, Mogok Lapar Operasi Lalang, Peristiwa Tasik Utara dan lain lain.

Mungkin ada antara peristiwa ini berlaku sebelum kelahiran kita sendiri. namun sejarah tetap sejarah, walaupun ia cuba ditutup dengan apa cara sekalipun, sejarah tetap menceritakan kebenarannya.

"Kalau undang-undang menetang orang miskin, maka kami tiada pilihan melainkan terpaksa melanggar undang-undang" nah..kata kata ini keluar dari mulut salah seorang penduduk di tasik Utara yang dimuatkan di dalam buku ini.

Membaca buku ini setidak-tidaknya menyedarkan kita betapa masih ada golongan yang sanggup menghadapi pelbagai risiko dalam menegakkan keadilan

Dalam buku ini juga turut di nyatakan serba sedikit tentang penlibatan-penglibatan golongan mahasiswa dalam pergerakan sosial dan politik negara. Seterusnya membuktikan bahawa mahasiswa di negara kita pernah menunjukkan taring mereka kepada pemerintah. namun melalui masa taring mereka telah di cabut malah yang paling menghinakan mereka juga 'dikembirikan' secara terhormat

maka tinggallah mahasiswa yang jalan beriringan, berpegangan tangan dan memeluk pinggang yang tidak perlu peduli dengan senario semasa negara..

Sebenarnya, buku ini sudah lama tertimbun di rak buku saya rasa ketika ini adalah masa yang paling relevan untuk mengulang bacanya sekali lagi maka saya selongkar dan temui buku ini

Saya sekadar ingin berkongsi.
Saya bukan anarkis

Jika anda berminat anda boleh cari buku ini dan baca
Setuju atau tidak dengan apa yang dipersembahkan dalam buku ini biarkan akal yang bijak menentukannya....

Clip: Sham Rais dan Demonstrasi Pelajar


1 comment:

EMIRism said...

jika ada suatu kezaliman terjadi terhadap malaysia dan melayu..
aku juga akan lawan!!
lawan tetap lawan..
tpi aku lawan dengan cara yang aman..
tiada pemberontakan diri..
InsyaAllah aman hidup aku..
tidak mcm anwar yang rasis..
apapun hidup melayu!!
1malaysia ;)
salam.