"...dan boleh jadi kamu benci akan sesuatu, sedang ia lebih baik bagimu, dan boleh jadi kamu kasihi akan sesuatu, sedang ia melarat bagimu. Dan Allah mengetahui, tetapi kamu tiada mengetahui"
(Al Baqarah:216)

Monday, February 11, 2008

Mahasiswa: Fikir-Fikirkan

Kata seorang sahabat (yang mendapat pengajian tinggi di luar negara), mahasiswa di malaysia tidak seperti mahasiswa di negara luar, mahasiswa malaysia sering diperbudak-budakkan olah golongan tertentu

kata beliau lagi di barat, mahasiswa secara terbuka boleh mengemukakan idea dan pandangan masing-masing , hatta pandangan politik.

Namun kata beliau, di sini, mahasiswa sering dimomokkan dengan pelbagai ancaman.

Kata kata klise dari pihak tertentu bahawa tanggungjawab utama mahasiswa adalah belajar sering diulang-ulang.

Hah..kamu semua hanya duduk di kampus sahaja, baca, belajar dan bercinta, urusan di luar kami akan uruskan...mungkin begitu agaknya kata-kata yang sering dilontarkan kepada mahasiswa.

selain itu, mahasiswa juga sering diingatkan bahawa jika mereka didapati terlibat dengan unsur-unsur yang (menetang pemerintah) maka pinjaman boleh ditarik dan pengajian boleh ditamatkan (hairan...ia hanya pinjaman dan bukannya biasiswa..jika biasiswapun ia memang menjadi tangungjawab pemerintah)

Maka, mahasiswa pun ramai yang angguk-angguk sahaja

Kata sahabat kedua lpula, sekarang bila masuk ke Uiviversiti dicetak tentang jumlah amaun yang ditanggung oleh pemerintah ke atas setiap seorang pelajar hingga seseorang pengajiannya.

Sambil mencoret di atas tisu, sahabat tadi menjelaskan...

Contohnya begini:
Sepanjang 4 tahun penhajian, anda hanya membayar sejumlah RM 10 000 manakala selebihnya sejumlah sejumlah RM 45 000 ditanggung oleh Pemerintah

Saya tersedak
sahabat pertama menyalakan rokoknya yang ketiga....

Tambahsahabat kedua lagi, keadaan lebih kritikan di universiti yang menjamin pekerjaan kepada graduannya. maka umpan posting merupakan 'bola tanggung' .

Jika anda terlibat, 'posting' anda akan terjejas...tambah beliau..

Nah...apa yang ada pada mahasiswa kita hari ini???

hanya sekadar masuk kampung, cat jambatan, sapu sampah atau berkenalan-kenalan dengan masyarakat desa agaknya...

Saya tidak pernah menafikan bahawa aktiviti sebegini perlu, namun jika mahasiswa hanya dimomokkan dengan aktiviti sebegini maka tidak salahnya jika terhasil graduan yang hanya tahu meminta-minta kerana acuannya yang menyebabkan mereka menjadi sebegitu rupa...

Cubalah kita ke kampus di malaysia dan tanyakan pada mahasiswa apa agaknya isu besar yang dihadapi oleh dunia, Dunia ISlam, ASEAN atau setidak tidaknya Malaysia sendiri...dengarkanlah pelbagai jawapan yang melucukan dari mereka...

jangan salah kan mereka, mereka telah di'acu' sebegitu rupa....maka inilah hasil dari acuan yang diinginkan oleh pihak tertentu tadi...

kami sama-sama menganguk-angguk

Mengakhiri perbincangan sahabat pertama tadi mengungkapkan kata kata berikut yang katanya amat popular di kalangan mahasiswa. Tambah beliau lagi, ungkapan ini mungkin ia tidak relevan di malaysia)

Mahasiswa takut kepada pensyarah
pensyarah takut kepada dekan
dekan takut kepada naib canselor,
naib canselor takut kepada menteri,
menteri takut kepada presiden
presiden akhirnya...takut kepada mahasiswa....

lalu di Malaysia bagaimana????



No comments: