"...dan boleh jadi kamu benci akan sesuatu, sedang ia lebih baik bagimu, dan boleh jadi kamu kasihi akan sesuatu, sedang ia melarat bagimu. Dan Allah mengetahui, tetapi kamu tiada mengetahui"
(Al Baqarah:216)

Thursday, February 21, 2008

Sembang Politik: Khabar Dari Melaka

Petikan dari Utusan Online:

Ali Rustam kekal di Bukit Baru

MELAKA 20 Feb. - Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam kekal bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) apabila beliau disenaraikan sebagai calon Barisan Nasional (BN) untuk mempertahankan kerusi Bukit Baru.

Pengumuman itu menafikan desas-desus sebelum ini yang mengatakan beliau akan berpindah ke kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum ke-12 bulan depan.

Turut dikekalkan ialah Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Wira Abu Seman Yusop di Parlimen Masjid Tanah dan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Fong Chan Onn di Parlimen Alor Gajah.

Bagaimanapun, bagi kawasan Parlimen Jasin, penyandangnya Datuk Mohd. Said Yusof digugurkan dan diganti dengan Datuk Wira Ahmad Hamzah yang sebelum ini mewakili DUN Serkam.

Turut digugurkan ialah Setiausaha Parlimen, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr. Mohd. Ruddin Abdul Ghani yang merupakan penyandang Parlimen Bukit Katil.

Beliau digantikan oleh Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri, Datuk Md. Sirat Abu.

Menurut Ali, muka-muka lama yang tidak dicalonkan semula bukan bermakna mereka tidak bagus.

''Saya berpuas hati dengan khidmat yang mereka berikan tetapi adalah perkara biasa bagi memberi laluan kepada muka-muka baru," katanya kepada pemberita selepas mengumumkan senarai calon BN bagi Pilihan Raya Umum ke-12 di kediamannya di Seri Bendahara di sini petang ini.

Pilihan raya kali ini menyaksikan 14 muka baru termasuk empat calon wanita ditampilkan oleh BN untuk bertanding di enam kerusi Parlimen dan 28 kerusi DUN.

Sementara itu, Parlimen Tangga Batu mencatatkan sejarah tersendiri apabila kesemua muka lama diketuai oleh Ahli Parlimennya, Datuk Idris Haron dikekalkan.

Mohd. Ali ketika diminta mengulas mengenai perkara itu berkata: "Ia hanya kebetulan."


Dengan keputusan ini maka kempunanlah orang Melaka untuk melihat Tok Ali menjadi Calon Parlimen dan seterusnya memegang jawatan Menteri Kanan (Sekiranya BN menanglah) sepelas PRU kle 12 nanti

Tahniah juga diucapkan kepada Tok Ali kerana setidak-tidaknya prihatin dengan kehendak masyarakat yang mana dalam senarai calon kali ini Mat Said (Mr Close One Eye) tidak dicalonkan di kerusinya ialtu Parlimen Jasin

Mat Said lepas ini hanya perlu fokus pada perniagaannya di pelabuhan Kuala Linggi dan Sungai Rambai sahaja. Syarikat Ben Yusof yang beliau asaskan beloehlah diteruskan klesinambungannya kerana Mat Said kini tidak sibuk lagi ke Parlimen

Namun seperti yang disangka , Dr Ruddin akan gugur. Walaupun ramai melihat jika Tok Ali ke Parlimen, Ruddin bakal mendapat tempat yang baik di DUN namun segalanya berubah. Pemerhati politik Melaka amat tau tentang krisis antara Tok Ali dan Ruddin. jadi Bila Tok Ali Bertanding di DUN, sudah Semestinya Ruddin akan tersingkir.. (DuN yg ditandingi oleh Tok Ali berada dlm Parlimen Bukit Katil bekas kaw parlimen Ruddin)

Inilah asam garam politik

Gurau seorang sahabat, mungkin selepas ni Dr Ruddin bolehlah mohon mana-mana universiti untuk menjadi pensyarah kontrak..
Wallahualam


No comments: