"...dan boleh jadi kamu benci akan sesuatu, sedang ia lebih baik bagimu, dan boleh jadi kamu kasihi akan sesuatu, sedang ia melarat bagimu. Dan Allah mengetahui, tetapi kamu tiada mengetahui"
(Al Baqarah:216)

Wednesday, February 13, 2008

Gendang Sudah DI Palu...

Dipetik Dari Mstar Online:

PM umum pembubaran Parlimen
13-02-2008 01:32:08 PM

PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini mengumumkan pembubaran Parlimen berkuatkuasa hari ini bagi memberi laluan kepada pilihan raya umum ke-12 diadakan.

Beliau mengumumkan pembubaran itu pada satu sidang media di pejabatnya di sini, yang disiarkan secara langsung menerusi TV1 tengah hari Rabu.

Perdana Menteri juga mengumumkan semua kerajaan negeri dinasihatkan untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri masing-masing, kecuali Sarawak berkuatkuasa pada tarikh yang sama, bagi membolehkan pilihan raya negeri diadakan serentak.

Katanya beliau telah menghadap dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin pagi ini untuk pembubaran Parlimen ke-11.

Pembubaran Parlimen ini dibuat 15 bulan lebih awal dari tarikh tamat tempoh penggal lima tahunnya yang akan berakhir pada 16 Mei 2009.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dijangka bermesyuarat beberapa hari lagi bagi menetapkan tarikh hari penamaan calon dan hari pengundian.

Semasa pengumuman itu yang turut dihadiri oleh timbalannya Datuk Seri Najib Tun Razak, Abdullah berharap pilihan raya umum yang bakal diadakan akan berjalan dengan lancar tanpa sebarang gangguan.

Katanya kerajaan Barisan Nasional (BN) berharap mendapat semula mandat dua pertiga seperti yang diperoleh pada pilihan raya umum ke-11 pada 2004.

Katanya jentera BN telah disusun rapi dan bersiap sedia untuk menghadapi pilihan raya umum.

"Senarai calon telah ditetapkan," katanya.

Beliau berkata bahawa BN akan menampilkan barisan calon terdiri muka lama dan baru, yang akan diumumkan sehari dua lagi. BERNAMA

Ini pula Petikan dari Buletinonline.net

KUALA LUMPUR, 13 Feb (Hrkh) -Setiausaha Agung PAS, Dato' Kamarudin Jaffar dalam respons awalnya terhadap pembubaran Parlimen hari ini menyifatkan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi tidak layak dipercayai lagi.

Ini berikutan tidak sampai 24 jam, Abdullah mengumumkan kepada media tiada pembubaran Parlimen, sebaliknya membubarkannya hari ini.

Abdullah juga dikatakan tidak konsisten dalam membuat sesuatu keputusan setelah melihat kenyataan-kenyataannya semalam menafikan berlakunya pembubaran Parlimen hari ini.

Begitupun PAS tetap bersedia untuk menghadapi pilihan raya umum yang dijangka akan diumumkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam masa terdekat, katanya.

Laporan akhbar hari ini Abdullah secara berseloroh menyebut, "Tak jadi bubar esok (hari ini). Seronok khabar angin ini (tetapi) esok (hari ini) tak ada pembubaran Parlimen,".

Abdullah juga menafikan kononnya mesyuarat mingguan Kabinet hari ini adalah yang terakhir sebelum Parlimen dibubarkan bagi membolehkan Pilihan Raya Umum Ke-12 diadakan.

Sambil ketawa ketika diajukan soalan sama ada Parlimen akan dibubarkan hari ini, Perdana Menteri berkata, mesyuarat mingguan Kabinet akan tetap diadakan seperti biasa hari ini.

"Apa yang menyebabkan anda berfikir mesyuarat Kabinet itu adalah yang terakhir? Mesyuarat Kabinet ada lagi... ada lagi," katanya pada sidang media selepas melancarkan Institut Islam Hadhari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di kampus universiti itu di sini, semalam.

Fikir-Fikirkanlah....



No comments: