"...dan boleh jadi kamu benci akan sesuatu, sedang ia lebih baik bagimu, dan boleh jadi kamu kasihi akan sesuatu, sedang ia melarat bagimu. Dan Allah mengetahui, tetapi kamu tiada mengetahui"
(Al Baqarah:216)

Friday, February 29, 2008

Cakap Taik !!!


Tiga hari lepas
kau hubungi ku dengan berita gembira
kata 28 Feb 2008
jam 8.30 pagi

Dua hari lepas
Kau hubungi ku sekali lagi
Tukar masa kata mu
tarikhnya tetap sama
28 Feb 2008
Jam 4.30 petang

Semalam
(seperti yang aku jangka)
Kau hubungi sekali lagi
Kata mu...
ditangguhkan
hingga ke tarikh yang hanya kau sendiri sahaja yang tahu...

Semua di sini tahu
kau nombor satu
Semua di sini tahu
'kununnya' kau ada kuasa penentu

lupakah ???
kau selalu 'salakkan' tentang ketelusan
disentralisasi
profesionalisme
Etika
dan lain-lain kata2 muluk
yang sering kau 'sumbatkan' dalam minda kami

Memang sejak dulu aku dah tahu
Malah kini aku lebih tahu
kau memang selalu
'CAKAP TAIK" !!!!

No comments: