(Al Baqarah:216)
Friday, February 29, 2008
Parlimen Bukit Katil- P137
Geran RM1 Bilion Jika Pak Kebun Menang Di P 137 Parlimen Bukit Katil
Calon Pundak Parlimen Bukit Katil Pak Kebun berjanji untuk memberi geran sebanyak RM 1 billion untuk pembangunan kawasan sekiranya beliau menang dalam pilihan raya Bila ditanya mana datang geran sebanyak itu' Beliau menjawab..sama seperti ahli politik lain.... saya juga pandai berjanji...
VOTE FOR PAK KEBUN
(UNDI ANDA TIDAK SEMESTINYA RAHSIA ...)
Cakap Taik !!!
kau hubungi ku dengan berita gembira
kata 28 Feb 2008
jam 8.30 pagi
Dua hari lepas
Kau hubungi ku sekali lagi
Tukar masa kata mu
tarikhnya tetap sama
28 Feb 2008
Jam 4.30 petang
Semalam
(seperti yang aku jangka)
Kau hubungi sekali lagi
Kata mu...
ditangguhkan
hingga ke tarikh yang hanya kau sendiri sahaja yang tahu...
Semua di sini tahu
kau nombor satu
Semua di sini tahu
'kununnya' kau ada kuasa penentu
lupakah ???
kau selalu 'salakkan' tentang ketelusan
disentralisasi
profesionalisme
Etika
dan lain-lain kata2 muluk
yang sering kau 'sumbatkan' dalam minda kami
Memang sejak dulu aku dah tahu
Malah kini aku lebih tahu
kau memang selalu
'CAKAP TAIK" !!!!
Wednesday, February 27, 2008
Parlimen Bukit Katil
PENYaNDANG KERUSI INI ADALAH DARI BN
TERDAPAT 4 BUAH DUN DALAM PARLIMEN BUKIT KATIL INI Iaitu:
DUN N15
Bachang
DUN N16
Ayer Keroh
DUN N17
Bukit Baru
DUN N18
Ayer Molek
Sehingga 27 Feb 2008, Senarai calon yang bertanding di P 137 adalah tiga penjuru:
KHALID BIN JAAFAR (PKR) MD SIRAT ABU (BN) PAK KEBUN (PUNDAK)
Saya jangkakan pertarungan yang sengit di kerusi ini
Ini peta kawasan parlimen saya
Saya akan bentangkan 'Moneyfesto' selepas saya bangkit dari tidur nanti....
tungguuuuuu.............
zzzzzzzz kroh krohhhh krohhhhhh
Monday, February 25, 2008
Tukar ??? (Bukan Pilihanraya)
A headache (cephalalgia in medical terminology) is a condition of pain in the head; sometimes neck or upper back pain may also be interpreted as a headache. It ranks amongst the most common local pain complaints.
Treatment of an uncomplicated headache is usually symptomatic with over-the-counter painkillers such as aspirin, paracetamol (acetaminophen), or ibuprofen, although some specific forms of headaches (e.g., migraines) may demand other, more suitable treatment. It may be possible to relate the occurrence of a headache to other particular triggers (such as stress or particular foods), which can then be avoided.
aku cuba fokus pada perkara ini
Dah hampir empat (4) bulan
aku mendalami perkara ini
Dah hampir empat (4) bulan
aku mendekatkan diri dengan bidang dan konsep ini
Dah hampir empat (4) bulan
aku bersengkang mata kerana isu dan terminologi ini...
Malah...
hampir juga aku temui jalan penyelesaian bagi tugasan ini...
Hari ini
aku dapat berita
yang semuanya mungkin perlu di
TUKAR !!!!!!!
"....oleh itu bersabarlah. Sesungguhnya kesudahan yang baik itu adalah bagi orang yang bertaqwa."
(Hud:49)
Friday, February 22, 2008
Isn't It Ironic ????
IRONIC-Alanis Morrisette
He won the lottery and died the next day
It's a black fly in your Chardonnay
It's a death row pardon two minutes too late
Isn't it ironic ... don't you think
It's like rain on your wedding day
It's a free ride when you've already paid
It's the good advice that you just didn't take
Who would've thought ... it figures
Mr. Play It Safe was afraid to fly
He packed his suitcase and kissed his kids good-bye
He waited his whole damn life to take that flight
And as the plane crashed down he thought
'Well isn't this nice...'
And isn't it ironic ... don't you think
Well life has a funny way of sneaking up on you
When you think everything's okay and everything's going right
And life has a funny way of helping you out when
You think everything's gone wrong and everything blows up
In your face
It's a traffic jam when you're already late
It's a no-smoking sign on your cigarette break
It's like ten thousand spoons when all you need is a knife
It's meeting the man of my dreams
And then meeting his beautiful wife
And isn't it ironic... don't you think
A little too ironic... and yeah I really do think...
Life has a funny way of sneaking up on you
Life has a funny, funny way of helping you out
Helping you out
ISN'T IT IRONIC???
DONT U THINK???
Thursday, February 21, 2008
Sembang Politik: Kita Tidak Terjejas
Kata Rafidah: kita tidak terjejas kerana dasar kerajaan yang sedia ada memberi subsidi minyak dan juga langkah kawalan harga barang yang menjadikan impak yang diterima oleh Malaysia akibat kenaikan harga minyak tersebut amat minimum....
Dengan pantas aku tukar siaran ke stesyen 104 (Astro Ria) dan menonton rancangan Gitu-Gitu Apek.
Pada aku lebih baik aku dibodohkan oleh Apek dengan lawak bodohnya dari aku dibodohkan oleh Rafidah dengan lawak politiknya...
Sembang Politik: Khabar Dari Melaka
Ali Rustam kekal di Bukit Baru
MELAKA 20 Feb. - Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam kekal bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) apabila beliau disenaraikan sebagai calon Barisan Nasional (BN) untuk mempertahankan kerusi Bukit Baru.
Pengumuman itu menafikan desas-desus sebelum ini yang mengatakan beliau akan berpindah ke kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum ke-12 bulan depan.
Turut dikekalkan ialah Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Wira Abu Seman Yusop di Parlimen Masjid Tanah dan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Fong Chan Onn di Parlimen Alor Gajah.
Bagaimanapun, bagi kawasan Parlimen Jasin, penyandangnya Datuk Mohd. Said Yusof digugurkan dan diganti dengan Datuk Wira Ahmad Hamzah yang sebelum ini mewakili DUN Serkam.
Turut digugurkan ialah Setiausaha Parlimen, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr. Mohd. Ruddin Abdul Ghani yang merupakan penyandang Parlimen Bukit Katil.
Beliau digantikan oleh Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri, Datuk Md. Sirat Abu.
Menurut Ali, muka-muka lama yang tidak dicalonkan semula bukan bermakna mereka tidak bagus.
''Saya berpuas hati dengan khidmat yang mereka berikan tetapi adalah perkara biasa bagi memberi laluan kepada muka-muka baru," katanya kepada pemberita selepas mengumumkan senarai calon BN bagi Pilihan Raya Umum ke-12 di kediamannya di Seri Bendahara di sini petang ini.
Pilihan raya kali ini menyaksikan 14 muka baru termasuk empat calon wanita ditampilkan oleh BN untuk bertanding di enam kerusi Parlimen dan 28 kerusi DUN.
Sementara itu, Parlimen Tangga Batu mencatatkan sejarah tersendiri apabila kesemua muka lama diketuai oleh Ahli Parlimennya, Datuk Idris Haron dikekalkan.
Mohd. Ali ketika diminta mengulas mengenai perkara itu berkata: "Ia hanya kebetulan."
Dengan keputusan ini maka kempunanlah orang Melaka untuk melihat Tok Ali menjadi Calon Parlimen dan seterusnya memegang jawatan Menteri Kanan (Sekiranya BN menanglah) sepelas PRU kle 12 nanti
Tahniah juga diucapkan kepada Tok Ali kerana setidak-tidaknya prihatin dengan kehendak masyarakat yang mana dalam senarai calon kali ini Mat Said (Mr Close One Eye) tidak dicalonkan di kerusinya ialtu Parlimen Jasin
Mat Said lepas ini hanya perlu fokus pada perniagaannya di pelabuhan Kuala Linggi dan Sungai Rambai sahaja. Syarikat Ben Yusof yang beliau asaskan beloehlah diteruskan klesinambungannya kerana Mat Said kini tidak sibuk lagi ke Parlimen
Namun seperti yang disangka , Dr Ruddin akan gugur. Walaupun ramai melihat jika Tok Ali ke Parlimen, Ruddin bakal mendapat tempat yang baik di DUN namun segalanya berubah. Pemerhati politik Melaka amat tau tentang krisis antara Tok Ali dan Ruddin. jadi Bila Tok Ali Bertanding di DUN, sudah Semestinya Ruddin akan tersingkir.. (DuN yg ditandingi oleh Tok Ali berada dlm Parlimen Bukit Katil bekas kaw parlimen Ruddin)
Inilah asam garam politik
Gurau seorang sahabat, mungkin selepas ni Dr Ruddin bolehlah mohon mana-mana universiti untuk menjadi pensyarah kontrak..
Wallahualam
Sembang Politik: Sama Tak Serupa
Pas akui tidak mampu wujudkan negara kebajikan
KOTA BHARU 20 Feb. – Pas mengakui tidak mampu merealisasikan kewujudan negara kebajikan seperti yang terkandung dalam manifesto parti itu, kata Naib Presidennya, Datuk Husam Musa.
Husam berkata, Pas sedar mereka tidak mampu membentuk kerajaan dengan hanya 60 kerusi Parlimen yang ditandingi pada Pilihan Raya Umum Ke-12.
“(Negara kebajikan) itu, untuk pujuk rakyat supaya terima kita. Buat permulaan, kita tidak berhasrat memerintah negara, Pas hanya mahu mengurangkan majoriti dua pertiga yang diperoleh Barisan Nasional (BN) sebelum ini.
“Negara kebajikan itu sebagai tawaran. Kalau kita tak beri tawaran, macam mana rakyat nak buat pilihan,” katanya kepada pemberita bagi menjawab pertanyaan berhubung kesungguhan Pas mewujudkan negara kebajikan memandangkan parti itu hanya bertanding 60 kerusi Parlimen yang jauh daripada mencukupi untuk membentuk kerajaan walaupun menang di semua kerusi yang ditandingi.
Bagi membentuk majoriti mudah dan menguasai Dewan Rakyat, sesebuah parti perlu memenangi sekurang-kurangnya 112 daripada 222 kerusi Parlimen.
Pada pilihan raya umum lepas, BN memperoleh majoriti dua pertiga apabila memenangi 198 daripada 219 kerusi Parlimen.
Pas sebelum ini menawarkan negara kebajikan menerusi bantuan sara hidup bulanan kepada golongan miskin terutama warga emas, sistem pembelajaran percuma, mengurangkan harga petrol, memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) serta perkhidmatan kesihatan percuma.
– Bernama
Clip oleh Malaysianews di YoutubeAMACAM???
ADA PERBEZAAN TAK??
PERBUATAN YANG SAMA
CUMA
DISALURKAN DIMEDUIM YANG BERBEZA
Friday, February 15, 2008
Lawan Tetap Lawan
Terbitan: 2000
Kepada anda yang ingin mengetahui beberapa kisah perjuangan rakyat dalam menegakkan keadilan buku ini merupakan sesuatu yang patut dibaca. Buku ini menyorot beberapa kisah perjuangan rakyat menentang ketidakadilan pemerintahantaranya Reformasi, Peristiwa Kg Sungai Nipah, Peristiwa Baling, Mogok Lapar Operasi Lalang, Peristiwa Tasik Utara dan lain lain.
Mungkin ada antara peristiwa ini berlaku sebelum kelahiran kita sendiri. namun sejarah tetap sejarah, walaupun ia cuba ditutup dengan apa cara sekalipun, sejarah tetap menceritakan kebenarannya.
"Kalau undang-undang menetang orang miskin, maka kami tiada pilihan melainkan terpaksa melanggar undang-undang" nah..kata kata ini keluar dari mulut salah seorang penduduk di tasik Utara yang dimuatkan di dalam buku ini.
Membaca buku ini setidak-tidaknya menyedarkan kita betapa masih ada golongan yang sanggup menghadapi pelbagai risiko dalam menegakkan keadilan
Dalam buku ini juga turut di nyatakan serba sedikit tentang penlibatan-penglibatan golongan mahasiswa dalam pergerakan sosial dan politik negara. Seterusnya membuktikan bahawa mahasiswa di negara kita pernah menunjukkan taring mereka kepada pemerintah. namun melalui masa taring mereka telah di cabut malah yang paling menghinakan mereka juga 'dikembirikan' secara terhormat
maka tinggallah mahasiswa yang jalan beriringan, berpegangan tangan dan memeluk pinggang yang tidak perlu peduli dengan senario semasa negara..
Sebenarnya, buku ini sudah lama tertimbun di rak buku saya rasa ketika ini adalah masa yang paling relevan untuk mengulang bacanya sekali lagi maka saya selongkar dan temui buku ini
Saya sekadar ingin berkongsi.
Saya bukan anarkis
Jika anda berminat anda boleh cari buku ini dan baca
Setuju atau tidak dengan apa yang dipersembahkan dalam buku ini biarkan akal yang bijak menentukannya....
Sembang Politik: Tenang-Tenang Saja
anginnya lembut
suhunya dingin
berjalan beriringan
perlahan-lahan
tiada apa yang hendak dikejarkan
tiada apa yang hendak dikhuatirkan
di sini,
kami
jalan beriringan
berpegangan tangan
memeluk pinggang
bertali leher
berkasut hitam
berlengan panjang
berkebaya ketat
berbaju kurung
berkasut tumit empat inci
apa perlu kami khuatirkan
apa perlu kami risaukan
nasib kami pasti terbela
nasib kami pasti terjaga
persetankan dengan apa yang berlaku di sana
rasuah, rogol, penghakiman, jenayah, politik kotor, kroni, penipuan, ketidakadilan, penindasan ......
itu bukan hal kami
itu bukan masalah kami
itu bukan fokus kami
biarlah yang berlaku
akan terus berlaku
kami...
tetap di sini
berjalan beriringan
berpegang tangan
memeluk pinggang...
kerana
itu tugas kami
itu fokus kami
itu tumpuan kami...
Thursday, February 14, 2008
Sembang Politik: Ha Ha Ha....
ini paling kelakar
Apek ni memang melucukan dan paling penting scene yang paling akhir tu amat mendalam maksudnya....
Sembang Politik: Dengar Ini Amaran
Sembang Politik: Boleh Percaya Ke ???
Abdullah menghadap Sultan Johor tanpa Ghani Othman
14-02-2008 06:52:08 PM
Rombongan Perdana Menteri dilihat memasuki perkarangan istana pada 3.40 petang dan keluar satu jam kemudian. Perdana Menteri berlepas pulang ke ibu negara sejurus selepas itu. Abdul Ghani tidak turut serta dalam rombongan Perdana Menteri menghadap Sultan Iskandar dan ini menguatkan uraura bahawa pertemuan itu ada kaitan dengan kedudukan beliau.
Terdahulu ketika di Kuala Lumpur, Perdana Menteri pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno, berkata tujuan majlis menghadap itu adalah untuk bertemu dan menziarah baginda yang baru pulih dari sakit.
"Saya sudah lama tidak menziarahi Tuanku," kata Perdana Menteri. BERNAMA
Agak-agaknya berapa ramai yang masih percaya pada Pak Lah?
Setelah pembohongan demi pembohongan dibuat...
Kisah Malaysia di tempat pertama
kisah pembubaran parlimen...
kini kisah bertemu Sultan Johor pulak
Percayalah Politik adalah seni yang berkemungkinan....
Jiran saya ada ajar saya pantun yang telah saya kerat-kerat sesuka hati saya:
Siakap senohong
Gelama ikan Duri
Cakap Bohong
Memang Layak jadi Menteri...
Sembang Politik: TPM dari Melaka ???
Saya tidak larat untuk mempertikaikan kenapa pembubaran parlimen dibuat seolah-olah tergesa-gesa olah Pak Lah
Saya juga tidak mahu mempertikaikan samada benar Pak Lah takut terhadap Anwar yang hanya dibenarkan bertanding pada 15 April
Cuma saya amat tertarik dengan satu isu yang agak lama iaitu 'Gentleman Agreement' antara Tun Dr M dgn Pak Lah
Itu kisah lama, kisah kini, bila Tun Dr M mengunkit semula perjanjian tersebut...ramai yang ambil peduli. Najib pula agak seba salah....
Namun pada pandangan saya orang yang paling 'gembira' sekiranya ada perjanjian tersebut ialah Dato Seri Mohd Ali Rustam (Tok Ali). Manakan tidaknya :
Seandainya Najib menggantikan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sebagai Perdana Menteri, maka Mohd Ali layak dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri (TPM). "Sekiranya beliau masih berada di peringkat negeri, kemungkinan besar jawatan TPM terlepas kepada seorang lagi naib presiden yang juga menteri kanan, Tan Sri Muhyiddin Yassin," kata sumber-sumber yang rapat dengan Umno. Dalam pemilihan naib presiden Umno yang lalu, Mohd Ali (kiri) menduduki tempat kedua di belakang Tan Sri Mohd Isa Samad, manakala Muhyiddin, yang juga Menteri Pertanian dan Asas Tani, di tempat ketiga.
(Dipetik dari Tranungkite.net)
Nah, saya sekadar mengandaikan sahaja, namun dalam politik apa sahaja berkemungkinan...
Mungkin Tok Ali akan bertanding di kerusi parlimen untuk mengkukuhkan kedudukannya...
Siapa tahu PRU ke 12, nasib Tok Ali baik
Gentlement Agreement benar2 dijalankan, Najib Jadi PM dan siapa tau....Tok Ali akan jadi TPM...
namun ia hanya andaian sahaja...tapi sekali lagi saya katakan bahawa dalam politik segalanya berkemungkinan....
Wednesday, February 13, 2008
Gendang Sudah DI Palu...
PM umum pembubaran Parlimen
13-02-2008 01:32:08 PM
PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini mengumumkan pembubaran Parlimen berkuatkuasa hari ini bagi memberi laluan kepada pilihan raya umum ke-12 diadakan.
Beliau mengumumkan pembubaran itu pada satu sidang media di pejabatnya di sini, yang disiarkan secara langsung menerusi TV1 tengah hari Rabu.
Perdana Menteri juga mengumumkan semua kerajaan negeri dinasihatkan untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri masing-masing, kecuali Sarawak berkuatkuasa pada tarikh yang sama, bagi membolehkan pilihan raya negeri diadakan serentak.
Katanya beliau telah menghadap dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin pagi ini untuk pembubaran Parlimen ke-11.
Pembubaran Parlimen ini dibuat 15 bulan lebih awal dari tarikh tamat tempoh penggal lima tahunnya yang akan berakhir pada 16 Mei 2009.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dijangka bermesyuarat beberapa hari lagi bagi menetapkan tarikh hari penamaan calon dan hari pengundian.
Semasa pengumuman itu yang turut dihadiri oleh timbalannya Datuk Seri Najib Tun Razak, Abdullah berharap pilihan raya umum yang bakal diadakan akan berjalan dengan lancar tanpa sebarang gangguan.
Katanya kerajaan Barisan Nasional (BN) berharap mendapat semula mandat dua pertiga seperti yang diperoleh pada pilihan raya umum ke-11 pada 2004.
Katanya jentera BN telah disusun rapi dan bersiap sedia untuk menghadapi pilihan raya umum.
"Senarai calon telah ditetapkan," katanya.
Beliau berkata bahawa BN akan menampilkan barisan calon terdiri muka lama dan baru, yang akan diumumkan sehari dua lagi. BERNAMA
Ini pula Petikan dari Buletinonline.net
Ini berikutan tidak sampai 24 jam, Abdullah mengumumkan kepada media tiada pembubaran Parlimen, sebaliknya membubarkannya hari ini.
Abdullah juga dikatakan tidak konsisten dalam membuat sesuatu keputusan setelah melihat kenyataan-kenyataannya semalam menafikan berlakunya pembubaran Parlimen hari ini.
Begitupun PAS tetap bersedia untuk menghadapi pilihan raya umum yang dijangka akan diumumkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam masa terdekat, katanya.
Laporan akhbar hari ini Abdullah secara berseloroh menyebut, "Tak jadi bubar esok (hari ini). Seronok khabar angin ini (tetapi) esok (hari ini) tak ada pembubaran Parlimen,".
Abdullah juga menafikan kononnya mesyuarat mingguan Kabinet hari ini adalah yang terakhir sebelum Parlimen dibubarkan bagi membolehkan Pilihan Raya Umum Ke-12 diadakan.
Sambil ketawa ketika diajukan soalan sama ada Parlimen akan dibubarkan hari ini, Perdana Menteri berkata, mesyuarat mingguan Kabinet akan tetap diadakan seperti biasa hari ini.
Fikir-Fikirkanlah....
Monday, February 11, 2008
Bilalah Pokok Ini Hendak Berbuah ??
Oh Melaka Delight, kata Rosman 6 bulan sahaja dah boleh makan hasil
tapi kini dah 2 tahun...
kata aku, ada juga pokok yang dah hampir 5 tahun namun belum ada tanda-tanda nak membuahkan hasil
Nyata... Manusia hanya merancang namun Allah yang menentukan...
Mahasiswa: Fikir-Fikirkan
kata beliau lagi di barat, mahasiswa secara terbuka boleh mengemukakan idea dan pandangan masing-masing , hatta pandangan politik.
Namun kata beliau, di sini, mahasiswa sering dimomokkan dengan pelbagai ancaman.
Kata kata klise dari pihak tertentu bahawa tanggungjawab utama mahasiswa adalah belajar sering diulang-ulang.
Hah..kamu semua hanya duduk di kampus sahaja, baca, belajar dan bercinta, urusan di luar kami akan uruskan...mungkin begitu agaknya kata-kata yang sering dilontarkan kepada mahasiswa.
selain itu, mahasiswa juga sering diingatkan bahawa jika mereka didapati terlibat dengan unsur-unsur yang (menetang pemerintah) maka pinjaman boleh ditarik dan pengajian boleh ditamatkan (hairan...ia hanya pinjaman dan bukannya biasiswa..jika biasiswapun ia memang menjadi tangungjawab pemerintah)
Maka, mahasiswa pun ramai yang angguk-angguk sahaja
Kata sahabat kedua lpula, sekarang bila masuk ke Uiviversiti dicetak tentang jumlah amaun yang ditanggung oleh pemerintah ke atas setiap seorang pelajar hingga seseorang pengajiannya.
Sambil mencoret di atas tisu, sahabat tadi menjelaskan...
Contohnya begini:
Sepanjang 4 tahun penhajian, anda hanya membayar sejumlah RM 10 000 manakala selebihnya sejumlah sejumlah RM 45 000 ditanggung oleh Pemerintah
Saya tersedak
sahabat pertama menyalakan rokoknya yang ketiga....
Tambahsahabat kedua lagi, keadaan lebih kritikan di universiti yang menjamin pekerjaan kepada graduannya. maka umpan posting merupakan 'bola tanggung' .
Jika anda terlibat, 'posting' anda akan terjejas...tambah beliau..
Nah...apa yang ada pada mahasiswa kita hari ini???
hanya sekadar masuk kampung, cat jambatan, sapu sampah atau berkenalan-kenalan dengan masyarakat desa agaknya...
Saya tidak pernah menafikan bahawa aktiviti sebegini perlu, namun jika mahasiswa hanya dimomokkan dengan aktiviti sebegini maka tidak salahnya jika terhasil graduan yang hanya tahu meminta-minta kerana acuannya yang menyebabkan mereka menjadi sebegitu rupa...
Cubalah kita ke kampus di malaysia dan tanyakan pada mahasiswa apa agaknya isu besar yang dihadapi oleh dunia, Dunia ISlam, ASEAN atau setidak tidaknya Malaysia sendiri...dengarkanlah pelbagai jawapan yang melucukan dari mereka...
jangan salah kan mereka, mereka telah di'acu' sebegitu rupa....maka inilah hasil dari acuan yang diinginkan oleh pihak tertentu tadi...
kami sama-sama menganguk-angguk
Mengakhiri perbincangan sahabat pertama tadi mengungkapkan kata kata berikut yang katanya amat popular di kalangan mahasiswa. Tambah beliau lagi, ungkapan ini mungkin ia tidak relevan di malaysia)
Mahasiswa takut kepada pensyarah
pensyarah takut kepada dekan
dekan takut kepada naib canselor,
naib canselor takut kepada menteri,
menteri takut kepada presiden
presiden akhirnya...takut kepada mahasiswa....
lalu di Malaysia bagaimana????