"...dan boleh jadi kamu benci akan sesuatu, sedang ia lebih baik bagimu, dan boleh jadi kamu kasihi akan sesuatu, sedang ia melarat bagimu. Dan Allah mengetahui, tetapi kamu tiada mengetahui"
(Al Baqarah:216)

Wednesday, January 16, 2008

Hebat Betul Awak Sekarang Ye ...(ii)

Petikan Dari Utusan Malaysia (16 Jan 2008)

Dedah dada: Faizal Tahir didenda


Faizal Tahir.

PETALING JAYA 15 Jan. – Gara-gara membuka baju ketika menyanyi pada persembahan pentas yang disiarkan secara langsung menerusi 8TV pada Ahad lalu, Faizal Tahir didenda melakukan kerja-kerja amal dalam tempoh enam bulan mulai hari ini.

Menurut Pengurus Besar Penjenamaan Kumpulan 8TV, Airin Zainal, hukuman itu diputuskan oleh 8 Unit iaitu syarikat pengurusan di bawah 8TV yang menguruskan penyanyi itu bagi memberi pengajaran kepadanya.

Beliau berkata, 8TV memohon maaf atas perbuatan salah laku artisnya (Faizal Tahir) semasa konsert ulang tahun keempat Ahad lepas.

‘‘Kami terperanjat atas tindakan spontan Faizal itu hingga ia menimbulkan pelbagai reaksi dan menerima kritikan hebat daripada orang ramai.

‘‘Kami tidak memandang ringan perkara ini kerana ia juga melibatkan reputasi 8TV sebagai sebuah stesen TV bandar. Kami berharap insiden seperti itu tidak akan berulang lagi,’’ katanya pada sidang akhbar di Sri Pentas TV3, Bandar Utama di sini hari ini.

Ahad lalu, finalis rancangan realiti televisyen (TV), One In A Million itu menggemparkan rakyat Malaysia apabila dia bertindak membuka baju semasa mengadakan konsert ulang tahun keempat 8TV itu di Central Park Avenue di sini.

Malah, Faizal yang juga bapa kepada dua anak itu turut mengecat dadanya dengan huruf ‘S’ yang merujuk kepada superhero idolanya, Superman ataupun Smallville yang merupakan sebuah rancangan TV kegemarannya.

Sementara itu, Faizal secara peribadi memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia kerana aksinya yang keterlaluan itu sambil menafikan bahawa dia dipengaruhi arak dan dadah ketika mengadakan persembahan tersebut.

‘‘Saya bukan sahaja tidak dipengaruhi arak ataupun dadah pada persembahan itu, malah rakan-rakan sebaya saya juga tidak mempengaruhi saya berbuat demikian.

‘‘Saya berbuat begitu (membuka baju) kerana mahukan keseronokan tetapi saya salah perkiraan dan tidak pula mempertimbangkan tindakan saya itu dengan tepat.

‘‘Malah, saya juga tidak terfikir untuk merancang kontroversi (dengan cara membuka baju). Saya akui itu memang kesilapan saya,’’ ujarnya yang merupakan bekas anggota kumpulan nasyid Mirwana.

Dia yang mengaku serik dengan aksinya itu, pernah mendapat kritikan pedas kerana melakukan aksi dan lagak liar ketika muncul secara langsung menerusi rancangan Muzik-Muzik peringkat separuh akhir baru-baru ini.

Selain para peminat, Faizal yang bernaung di bawah syarikat rakaman Monkey Bone Records tidak menafikan bapanya turut kecewa dan terkilan dengan insiden tersebut.

‘‘Bapa saya sendiri tidak menyangka saya akan membuka baju pada konsert itu. Beliau berasa kesal dan menasihati saya supaya mengambil insiden itu sebagai suatu pengajaran,’’ katanya.

Kata Pak Kebun:

Hebat betul awak sekarang ye...dulu bukan ke awak 'alim', nyanyi lagu nasyid... Sekarang setan gondol mana yang merasuk awak ye??? Mungkin awak terlau banyak tonmton TV awaknya, maklumlah kalau tak takkan sampai awak tulis huruf 'S' kat dada awak . Anak Pak Meon yang tak berapa betul kat kampung saya pun ada huruf S kat dadanya. Malah Anak Pak Lah Gigil pulak ada lukisan spider kat dadanya..semuanya nak jadi mcm superman dan spider man...lalu apa bezanya dengan awak??? Sama saja

Hebat betul awak sekarang ye, dah main bukak-bukak baju atas pentas pulak . Awak tiru kumpulan rock barat yek? Ye lah, tak bukak baju tak rock pulak yer...hebat-hebat

Hebat betul awak sekarang yer, sama macam kawan awak yang dulu kerja PDRM dulu. Bila dah kena mulalah buat muka insaf. Muka Sedih. Nasihat orang jangan buat benda mcm tu. . Bezanya awak tak kena ke mahkamah. Saya Yakin kalau awak kena ke mahkamah, tentu awak akan pergi tanah suci dulu, kemudian akan pakai songkok dan ketayap putih sebagai bukti bahawa awak dah insaf...kemudian bagi nasihat kat orang suapaya jangan buat macam awak..alah kawan awak (perempuan) yang terkangkang atas pentas kemudian pergi Umrah tue pun bagi nasihat yang sama macam awak juga...

Hebat betul awak ye...

Hebat juga kawan-kawan awak yang lain.....





1 comment:

Anonymous said...

Pak Kebun, cantikla web baru nie... lama tak lawat baru lawat ari nie... cantik...