"...dan boleh jadi kamu benci akan sesuatu, sedang ia lebih baik bagimu, dan boleh jadi kamu kasihi akan sesuatu, sedang ia melarat bagimu. Dan Allah mengetahui, tetapi kamu tiada mengetahui"
(Al Baqarah:216)

Sunday, January 20, 2008

Apa Khabar Orang Melaka ??

Babi.....


Apa Khabar Orang Melaka???
Khasnya orang Alor Gajah
Lebih khususnya penduduk di kawasan Kuala Linggi
Lebih tepat penduduk di sekitar ladang ternakan babi...

Karam Singh Walia dalam buletin Utama (edisi 19 Jan 2008) melaporkan bahawa walaupun sebahagian besar babi telah dipindahkan namun masih lagi wujud ladang penternakan haram ..

Penternakan babi (sama ada secara haram ataupun dibenarkan oleh kerajaan) telah menjejaskan alam sekitar di kawasan yang terbabit. Pencemaran udara dan air adalah yang paling utama.

Untuk makluman, Di Paya mengkuang sahaja terdapat sejumlah 88 000 ekor babi yang diternak

Penternakan berpusat di Paya Mengkuang juga mengakibatkan pencemaran menjadi-jadi, sungai Tuang dan air laut tercemar ....

Menurut Pengarah JPS Melaka , Abd Hafiz Abd Samad, tahap pencemaran sungai di kawasan sekitar Paya Mengkuang berada pada tahap "TERCEMAR"

Apa Komen pihak berkuasa????

Pada pandangan aku, walau apa sekalipun komen yang dibuat oleh pihak berkuasa..tak kiralah samada dia Tok Abu Seman ataupun Tok Ali...yang nyata ..segala akibat buruk yang timbul dari penternakan babi itu terpaksa ditanggung oleh orang kampung, orang melayu iaitu orang yang tidak makan babi....






Clip ini pernah disiarkan di TV 3 , Julai 2007
Mendapat hadiah sebagai Laporan Khas Terbaik 2007

Fikir-fikirkan

Sudah 50 tahun masih tidak berubah

1 comment:

jagoan said...

Babi masuk syurga... Tapi cina bela babi itu masuk neraka. Hahaha :D