"...dan boleh jadi kamu benci akan sesuatu, sedang ia lebih baik bagimu, dan boleh jadi kamu kasihi akan sesuatu, sedang ia melarat bagimu. Dan Allah mengetahui, tetapi kamu tiada mengetahui"
(Al Baqarah:216)

Monday, January 14, 2008

Sembang Buku: Ada Apa Dengan Buku

Ada Apa Dengan Buku
Shaharom TM Sulaiman & Suriati Shamsudin

Utusan Publication
RM 19.00


Nama Shahrom TM Sulaiaman memang amat sinonim dengan dunia perbukuan. Malah tidak keterlaluan jika beliau diibaratkan sebagai mentor bagi mereka yang ingin melibatkan secara serius dalam dunia perbukuan di Malaysia. Setelah buku berjudul "Keunggulan dan Keanehan Buku" buku yang berjudul "Ada Apa Dengan Buku" merupakan buku dalam genre yang sama ditulis oleh beliau.

Secara umumnya, masih mengikut format "Keunggulan dan Keanehan Buku" buku ini menghimpunkan sejumlah artikel yang ditulis oleh beliau yang berkaitan dengan dunia perbukuan.

Terlalu banyak artikel yang menarik dalam buku ini untuk diulas namun saya berpendapat antara yang boleh difikir dan direnung dengan mendalam ialah tulisan beliau tentang "Nasib Kampung Buku Malaysia".

Ya..agak aneh...malaysia mempunyai kadar literasi setinggi 88% namun kadar membaca rakyat malaysia agak rendah. Ini mungkin merupakan penyumbang utama kepada kemerosotan Kampung Buku, Langkawi (khabarnya telah ditutup) yang merupakan kampung buku pertama di malaysia dan antara yang tercantik didunia. Hairan teramat rasanya kerana Langkawi merupakan kawasan yang sentiada menjadi tumpuan pelancong samada dalam mahupun luar namun kampung buku yang ada seolah-olah diabaikan.

Menurut seorang sahabat, kampung buku langkawi telah dipindahkan di mlelaka.Saya prnah melawat kampung Buku, Melaka tahun lepas. Namun apa yang ada hanyalah sebuah bangunan yang mempunyai bahagian-bahagian tertentu dan menempatkan buku-buku tertentu. Tidak ubah seperti kedai buku yang biasa dilihat di merata Malaysia.

Berapa lama Kampung buku, Melaka akan bertahan?? Saya tidak pasti..namun saya tidak berjangka buruk..namun jika yang buruk hendak berlaku ia tetap akan berlaku.


Foto: Kampung Buku Melaka (Ayer Keroh)

Dalam buku ini juga, penulis turut memerihalkan tentang nasib buku ilmiah di malaysia. Sekali lagi saya berasa hairan. Kita ada berbelas-belas IPT di malaysia namun kadar keberjayaaan buku ilmiah masih boleh dipertikaikan. Adakah kerana buku kurang berkualiti? atau mahasiswa dan mahasiswi sendiri yang tidak minat membaca?? jika ini benar maka ternyatalah suara-suara lantang yang mengatakan bahawa graduan masa kini mempunyai ijazah tetapi tidak mampu berfikir.

Artis dan budaya membaca??? Ini mungkin tabiat rakyat malaysia yang ber'idola'kan artis hinggakn kempen membaca jga perlu artis sebagai pelarisnya. Walaupun artis bukanlah contoh terbaik untuk budaya sihat ini.

Secara keseluruhannya, semua artikel dalam buku perlu dibaca dengan tekun dan teliti bagi mendapat idea utama penulis.

Bagi anda yang baru hendak berjinak-jinak dengan dunia perbukuan, buku ini adalah permulaan yang terbaik buat anda.

No comments: