"...dan boleh jadi kamu benci akan sesuatu, sedang ia lebih baik bagimu, dan boleh jadi kamu kasihi akan sesuatu, sedang ia melarat bagimu. Dan Allah mengetahui, tetapi kamu tiada mengetahui"
(Al Baqarah:216)

Wednesday, January 24, 2007

Ulasan Buku: Bencana Gempa dan Tsunami


Tajuk: Bencana Gempa dan Tsunami

Penerbit: Penerbit Buku Kompas

Terbitan : Mac 2005

Harga: RM 120.00

Dalam satu kursus, saya pernah diminta oleh penceramah untuk memberikan sedikit penjelasan tentang fenomena tsunami. Secara jujur saya bukanlah orang yang ’ahli’ dalam memberikan penjelasan ini kepada audiens. Semasa menjelaskan tentang fenomena tsunami saja cuba kaitkan dengan ’Teori Hanyutan Benua’ yang mengatakan bahawa bumi suatu ketika merupakan sebuah kawasan yang luas dan daratan bercantum antara satu sama lain. Dalam masa yang sama plat-plat tektonik di bumi bergerak dan melalui masa...benu-benua yang ada di dunia berpisah antara satu sama yang lain.

Fenomena tsunami berlaku apabila berlakunya pertembungan sesar. Samada sesar songsang mahupun sesar rabak yang sering di perut bumi. Jika sesar ini bertembung di kawasan daratan maka ia akan menghasilkan gempa bumi. Jika di lautan gempa bumi dasar laun akan berlaku dan ada ketikanya ia berpotensi menghasilkan gelombang tsunami.

Buku ini pertama kali saya jumpa sewaktu Kuala Lumpur International Book Fair (tahun 2006 yang lalu) . Namun, kerana kocek yang ’sakit’ saya pendamkan hasrat unuk memiliki buku ini.

Saya amat tertarik dengan petikan ayat di muka depan buku ini yang berbunyi ”Ketika Kawanan Burung Putih Terbang Berarakan Menuju Banda Acheh” yang dilihat sebagai salah satu tanda bakal berlakunya bencana.

Ini mengingatkan saya pada satu siri dokumentari yang pernah saya tontol yang berjudul ”The Animals Omen” (Jika saya tidak silap) yang memerihalkan tentang haiwan yang hakikatnya mempunyai ’deria’ yang tidak tertanding oleh manusia. Terbukti sebelum berlaku bencana, haiwan di beberapa buah negara telah menunjukkan tanda2 keanehan. Gajah di India bepusu-pusu hendak ke tempat tinggi, begitu juga burung yang terbang dalam bentuk kawanan menuju ke destinasi yang kita sendiri tidak tahu.

Secara amnya, buku ini merupakan himpunan berita-berita dan artikel tentang bencana tsunami di Acheh yang pernah di terbitkan oleh Akhbar Kompas. Ia dibahagikan kepada empat bahagian iaitu Pra-Gempa, Ketika Bumi Mengeliat, Di Tengah Kesedihan dan Acheh Dalam Diri Kita.

Membaca buku ini benar-benar memberikan keinsafan kepada betaka kita amat kerdil di sisi Maha Pencipta.


Buku ini merupakan buku yang perlu dibaca oleh semua. Bukan sahaja kerana kepiluan dan kesedihan yang dirakamkannya tetapi kerana ia turut mengandungi pelbagai info dan fakta serta gambarajah tentang tsunami tanggal 26 Dis 2004 itu.


Tsunami telah berlalu (Saya amat khuatir bila mendengar pendapat Pakar bahawa ia mungkin berlaku lagi)..apakah ia balasan terhadap dosa kita ????? seperti bait-bait lirik lagu Ebit G Ade (Berita Kepada Kawan) ’Mungkin Tuhan Mula Bosan, Melihat Tingkah Kita Yang Selalu Rasa Bangga Dengan Dosa-Dosa”.....

Pak Kebun: Al Fatihah Untuk Mangsa Tsunami.....

No comments: