"...dan boleh jadi kamu benci akan sesuatu, sedang ia lebih baik bagimu, dan boleh jadi kamu kasihi akan sesuatu, sedang ia melarat bagimu. Dan Allah mengetahui, tetapi kamu tiada mengetahui"
(Al Baqarah:216)

Thursday, May 18, 2006

Sembang-Sembang


Semalam Pak Kebun sembang-sembang semasa minum-minum
(di sini terlalu banyak masa untuk minum-minum)

Isu Politik
Kepimpinan dan Jambatan

Isu Ekonomi..
DEB dan DPN

Pelik
Kata seorang ahli sembang…

Kenapa….
Sasaran Melayu dalam bidang ekonomi melalui kedua-dua dasar tersebut hanya 30 %
(tercapai hanya setakat 12-18% sahaja)

Sedangkan Melayu hampir 60 % bilangannya di sini…
Kenapa 30%...
Bukannya 60 %
Ikut jumlah komposisi kaum

Lagipun bila sasaran tinggi..
Kita akan lebih kuat berusaha..katanya…

Semua ahli termasuk Pak Kebun…
Angguk-angguk..geleng-geleng….

Pak Kebun: Kenapa Agaknya ye?????

2 comments:

Unknown said...

pak kebun,
dulu, masa DEB mula-mula dilancarkan angka 30% tu memang logik, sebab lebih 40% ekuiti dipegang oleh syarikat asing.

Anonymous said...

Pak Kebun,
melayu ni kan bangsa yang lemah lembut dan bertolak ansur (depan orang saja). Kita kan suka mengalah. Rasuah tak apa, maksiat tak apa, haram tak apa. 13%, 12%, 14%..halal berhalal jelah...