"...dan boleh jadi kamu benci akan sesuatu, sedang ia lebih baik bagimu, dan boleh jadi kamu kasihi akan sesuatu, sedang ia melarat bagimu. Dan Allah mengetahui, tetapi kamu tiada mengetahui"
(Al Baqarah:216)

Tuesday, May 23, 2006

Ia Kembali Lagi

Kepada peminat Akademi Fantasia...(terutamanya Melayu beragama Islam)
Top-Up lah prepaid anda...
Kumpullah airmata anda...
(untuk anda alirkan semasa penyingkiran)
Luangkan masa hujung minggu anda...

kerana...

Ia telah kembali....

Lupakan semua keperitan hidup
Pengangguran...
Inflasi yang semakin meningkat...
Korupsi dalam sistem pentadbiran...
Kenaikan harga barang dan kos hidup....

Lupakan semua......

Ini masa untuk berhibur....

Lupakan golongan miskin yang sering terbiar dan melarat...
utamakan duit anda untuk "AFUNDI"

pilihlah calon yang pandai mengaji...
pernah masuk marhaban....
ada ciri islamik
berniat baik untuk bantu keluarga...
(walaupun keluarga anda yang menyokong belum tentu terbela)

lupakan semua kepahitan....
ini masa untuk bergembira...
inilah candu dunia....
inilah U-Topia kehidupan yang dicipta
untuk anda semua......

Pak Kebun: Jaga kebun lagi baik....

6 comments:

Anonymous said...

kononnya 2006 takde AF...tapi...itulah dunia...hiburan tetap jadi keutamaan...

Faizah Roslaini said...

Bila nikmat cinta kepada Allah dan Rasul itu tidak dapat dirasa, maka pada tika itulah jiwa-jiwa lebih suka mencari U-topia, supaya dapat melupakan kesusahan hidup yang sedia ada. Macam gitulah... dok??

edyan7 said...

:) hmmm... itulah manusia.. bab2 hiburan ni mmg sentiasa buat hati tertarik. Bab2 amal ni buat2 tak nampak...

LELASARI said...

saya peminat AF tapi tak pernah AFUNDI....bijak?

Unknown said...

Mujur tahun ini ada World Cup...
he he

Romantis Selatan said...

manusia ada masa untuk menitiskan air mata untuk peserta-peserta AF yang gugur dalam perjuangan.

bagaimana pula agaknya jika mereka melihat anak-anak manusia yang menderita bencana dan angkara di serata dunia.