"...dan boleh jadi kamu benci akan sesuatu, sedang ia lebih baik bagimu, dan boleh jadi kamu kasihi akan sesuatu, sedang ia melarat bagimu. Dan Allah mengetahui, tetapi kamu tiada mengetahui"
(Al Baqarah:216)

Thursday, May 18, 2006

Graduan Perguruan Menganggur (II)


Sama-sama kita renung dan fikir perkara ini:

  1. Ada dua kementerian yang berbeza dalam isu ini (ada keseragaman ke?)
  2. Kementerian Pendidikan Tinggi- Urusan Pendidikan Bakal Guru dan Kementerian Pelajaran- Urusan Penempatan Guru
  3. Ada Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) dan ada Universiti Pendidikan juga Fakulti Pendidikan di beberapa Universiti (majoritinya kursusnya sama)
  4. Ada Biasiswa Kementerian Pelajaran dan ada juga Pinjaman Tabung Tinggi Pendidikan Nasional (PTPTN)
  5. Semua Maktab naik taraf jadi Institut Pendidikan Guru (IPG) melahirkan guru-guru berijazah (durian runtuh beb pada pensyarah maktab)…apa nasib graduan perguruan dari Universiti ????

Pak Kebun: Sama-samalah kita tonton jenaka di atas pentas bumi tercinta ini…

2 comments:

Romantis Selatan said...

dahulu orang menganggur...
kemudian terdengar satu jeritan

"jom jadi guru! peluang jadi guru banyak!"

lalu semua orang berlari,
ada yang tergelincir,
ada yang pecut 100 meter,
ada yang berjalan perlahan-lahan macam kura-kura...

kemudian sampai di pintu pendaftaran jadi guru.
sesak!

lalu papan tanda diletakkan:
"Maaf, Sudah Penuh!"

itulah realiti...

Anonymous said...

tapi kalau jadi guru kerana terpaksa dan tanpa minat tak boleh jadi jugak..tu yang jadi cikgu tido dalam kelas, buku tak bertande, buat maksiat dengan anak murid dan macam2 lagi gejala negatif!!