"...dan boleh jadi kamu benci akan sesuatu, sedang ia lebih baik bagimu, dan boleh jadi kamu kasihi akan sesuatu, sedang ia melarat bagimu. Dan Allah mengetahui, tetapi kamu tiada mengetahui"
(Al Baqarah:216)

Thursday, April 24, 2008

Kaji Jangan Tak Kaji!!


Caj khidmat PTPTN dikaji semula

MELAKA 23 April – Caj perkhidmatan sebanyak tiga peratus yang dikenakan ke atas para pelajar yang membuat pinjaman dengan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara (PTPTN) akan dikaji semula bagi memberikan keselesaan kepada peminjamnya.

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Idris Haron berkata, caj perkhidmatan itu bukan faedah pinjaman seperti yang dikenakan institusi kewangan komersial.

“Ia hanyalah caj untuk pengurusan. Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin ada menyuarakan cadangan untuk mengkaji semula caj sebanyak tiga peratus ini,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Forum Rangkaian Universiti Teknikal Malaysia Dengan Industri di sini hari ini.

Idris enggan mengulas sama ada caj tersebut akan dikurangkan atau dinaikkan. Bagaimanapun, beliau percaya sebarang keputusan kerajaan berhubung isu itu akan memberi keselesaan kepada peminjam PTPTN.

Bilangan peminjam PTPTN di seluruh Malaysia berjumlah 1.2 juta manakala dana yang terkumpul pada masa ini ialah RM23 bilion.

Isu caj PTPTN mula diperkatakan persatuan-persatuan pelajar sejak setahun lalu.

Menurut Idris, caj perkhidmatan dikenakan bagi memastikan perbadanan itu mempunyai wang yang mencukupi untuk menampung pinjaman pelajar lain pada masa depan.

“PTPTN sebenarnya tidak mempunyai sumber kewangan. Perbadanan itu mendapatkan wang daripada pembiaya dan pihak pembiaya telah mengenakan pelbagai caj kepada kerajaan termasuk caj kewangan.

“Tetapi semua caj tersebut ditanggung oleh kerajaan dan bukan dibebankan kepada peminjam. PTPTN hanya mengenakan caj tiga peratus bayaran untuk perkhidmatan dan caj itu bukan riba,” kata beliau.

Baru-baru beberapa peminjam PTPTN menyuarakan rasa tidak puas hati kerana perbadanan itu mengenakan caj sebanyak tiga peratus daripada jumlah pinjaman yang perlu dibayar semula selepas mereka tamat pengajian di universiti.

Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) pula menuntut PTPTN mewujudkan panel syariah kerana terdapat dakwaan yang mengaitkan caj tersebut sebagai amalan riba yang bertentangan dengan Islam.

PTPTN ditubuhkan di bawah Akta Tabung Pendidikan Tinggi Nasional 1997 yang mula berkuat kuasa pada 1 Julai 1997. Perbadanan itu beroperasi sejak 1 November 1997.


BERAPA KALI MAHU KAJI ????

MENTERI SUDAH TIGA KALI BERTUKAR GANTI
SETIAP KALI MENTERI BARU PEGANG JAWATAN,
INI JUGA JANJI YANG DIBERI
ISUNYA BUKAN BESAR,
HANYA YURAN PERKHIDMATAN (4-8%) YANG MINTA DIHAPUSKAN


DULU NEGARA TIDAK MAJU,
PELAJAR DAPAT BIASISWA


KEMUDIAN
NEGARA SEMAKIN MEMBANGUN,
ADA PINJAMAN DARI JPA...
PINJAMAN TANPA FAEDAH,
MALAH
ADA POTONGAN UNTUK PELAJAR CEMERLANG


KINI
(KHABARNYA) NEGARA KITA ANTARA NEGARA MEMBANGUN YANG PALING MAJU
BUKAN SAHAJA BELAJAR TIADA BIASISWA

MALAH
PINJAMAN PUN KENA BAYAR LEBIH DARI APA YANG DIPINJAM....


APA SUDAH JADI???

JANGAN JANJI HANYA SEKADAR JANJI
BILA KALAH PILIHANRAYA
SIBUK CERITA TENTANG SURVIVAL ORANG MELAYU

CUBA TENGOK SENARAI PEMINJAM PTPTN
SIAPA YANG RAMAI?

TENGOK PULA
SENARAI PEMBAYAR YANG TERTUNGGAK
BANGSA MANA YANG RAMAI???


JANGAN CAKAP MACAM BURUNG KAKAK TUA SUDAH LA....

2 comments:

lehrerin said...

sy tensen!! sbb duit ribu2 yg sy byr sikit2 dah lebur-caj perkhidmatan..kalo tahu awal2, xpyh byr lagi.

aishah said...

kalau dulu,scholarship just for excellent student..student yang tak excelent if nak belajar kene gadai r tanah kt kampung.

now dengan ptptn, ape2 course pon bole dapat..eventhoungh mase spm dapat 1 A,matrix dpt 2.5 cgpa..tanah da xyah gadai da nk anta anak p belajar..

aih..xkan r tu pon xnmpk~