"...dan boleh jadi kamu benci akan sesuatu, sedang ia lebih baik bagimu, dan boleh jadi kamu kasihi akan sesuatu, sedang ia melarat bagimu. Dan Allah mengetahui, tetapi kamu tiada mengetahui"
(Al Baqarah:216)

Monday, April 14, 2008

Blog Tok Ali


Hebat...
Mungkin kerana pelbagai penemuan yang dibuat oleh pelbagai agensi penyelidikan telah menyimpulkan bahawa salah satu punca utama kekalahan teruk Barisan Nasional semasa PRU ke 12 ialah kemelesetan kepercayaan rakyat terhadap Media Arus Utama (Main Stream) sebaliknya rakyat lebih mempercayai blog blog yang dilihat lebih adil dan telus...

Mungkin kerana bersetuju dengan rumusan tersebut ataupu untuk membuktikan bahawa beliau juga seorang penulis blog yang tersohor maka YAB Dato Seri Mohd Ali Rustam A.K.A Tok Ali A.K.A Bakal TPM dari Melaka telah menyedia dan mengendalikan blognya sendiri

Mungkin blog beliau merupakan cetusan ide dan pemikiran beliau. maklumlah, sebagai Naib Presiden UMNO tentulah beliau ingin menonjolkan kehebatan pemikiran beliau.

Aku tak baca pun blog beliau cuma terpandang satu cetusan entri beliau tentang Babi di Selangor...

Sambil menghirup nescafe panas dalam kedinginan malam , aku ketawa terbahak-bahak kerana memang sah beliau ahli politik...

apa tidaknya

Isu babi di melaka yang beliau sendiri perintah masih tidak selesai tetapi masih gatal mulut membuat komen tentang isu babi di Selangor...

bak kata pepatah jiran sebelah rumah kawan aku:

"Seperti mentertawakan orang lain yang berak dalam seluar sedangkan diri sendiri terkincit tidak pula perasan"

blog Tok Ali ialah: http://mohdalirustam.blogspot.com/

tengkiu...




No comments: