Dalam artikel ini Shahnon mengambil analogi 'kali' (sungai) untuk menggambarkan sebuah universiti.
Tulis beliau dalam perenggan pertama:
"Demikian pada awalnya sejarah sesebuah universiti yang banyak persamaannya denan sejarah sebatang kali. Tetapi kini persamaan yang serba positif dan membangun itu sudah jauh menyimpang, sudah jauh menyeleweng. Sebuah kali agaknya sekarang kebanyakkannya bukan boleh digelar sungai lagi kerana airnya yang sudah tidak mampu mengalir lagi. Airnya likat, kotor dan busuk, kaya dengan sampah sarap yang memudharatkan insan serta makhluk-makhluk lain "
membaca makalah ini menjadikan saya mengangguk-angguk dan menggeleng-geleng kerana rupa-rupanya universiti di malaysia kebanyakannya umpama kali yang telah tercemar sepertimana yang dikatakan oleh Shahnon itu.
Menurut beliau, pada ketika ini, universiti hanya gamat tentang bidang pelajaran dan pembelajaran sahaja. Pensyarah pula semakin berminat untuk mengejar jawatan Professor dan Prof madya sahaja dan bukannya membuat penyelidikan dan penerbitan yang berkualiti.
Tambah beliau lagi, universiti kini lebih menjadi kilang untuk mencetak dan menjual segala macam sijil, diploma dan ijazah yang muluk-muluk namanya. Malah, gradusn yang dihasilkan bukan benar-benar berkualiti.
Selain dari itu, menurut beliau, pentadbiran di universiti juga berperanan dalam membentuk kehebatan sesebuah universiti. Naib Canselor katanya perlulah seorang yang benar-benar akdemik, pentadbir dan mulia akhlaknya kerana dia merupakan peneraju sebuah universiti. Naib Canselor bukanlah seorang yang dipungut di simpang-simpang jalan atau dipilih kerana popularitinya malah lebih teruk sekali ia seharusnya bukanlah orang-orang sibuk menjilat.
Membaca artikel ini berkali-kali menjadikan saya semakin bersetuju dengan pandangan yang beliau lontarkan.
Saya pernah tanyakan pada seorang rakan tentang kenaikan pangkat di Universiti.
Katanya pada ketika ini, kenaikan pangkat bukan semata-mata kerana keutuhan akademia seseorang ahli akademik tetapi berapa baik dia dengan orang-orang atasan, Kerapkah dia main golf dengan pihak atasan, adakah dia parti pembangkang atau setidak-tidaknya beliau mestilah klik yang menyokong pihak atasan universiti
Tambah sahabat saya lagi, kerana senario sebegini tidak ramai professor yang dihormati di sesetengah universiti.
Mungkin dia hanya gah dari segi gelaran sahaja namun dia dalam dunia akademik dia hanyalah lalang yang meliuk-liuk ditiup angin. Shahnon dalam artikel ini mengumpamakan professor sebegini sebagai professor kangkung.
Justeru itu, wujud gelaran-gelaran tambahan bagi seseorang professor seperti professor 'golf', proffesor "ISO', Professor 'UMNO', Proffessor 'Pentadbiran" dan pelbagai gelaran yang menjelekkan lagi...
Sahabat saya berkata lagi, seorang pofessor yang hebat sekurang-kurangnya telah membuat Syarahan Perdana (Inugural Lecture) yang memperincikan sumbangannya dalam dunia akademik..barulah profesor sedemikian dipandang tinggi,....
Teringat pula saya kata-kata seorang professor kepada saya, katanya jika hendak tahu bahawa seseorang professor itu hebat atau tidak cuba taip namanya di ruangan search di google..dan cuba tgk apa yang keluar.
Saya pernah cuba dan apa yang menarik ialah nama professor yang saya taip ini hanya memaparkan entri yang tidak sampai sepuluh pun tentang kesarjanaan beliau...
saya tidak cakap bahawa kaedah ini berkesan namun apa salahnya cuba....
Entahlah.....saya mengambil masa yang lama untuk menyaikan entri ini. Saya terpaksa siapkan entri ini kerana semakin saya tangguh semakin sakit jiwa saya hendak menyimpannya...
Mungkin ramai yang tidak bersetuju dengan pendapat saya, namun ini adalah pandangan peribadi sahaja tidak semestinya anda semua bersetuju....
Membaca makalah ini menjadikan saya terfikir...jauh lagi rupanya kemampuan universiti kita untuk menembusi pasaran global jika apa yang ditulis oleh shahnon dan apa yang dikatakan oleh sahabat saya itu benar 100%
Wallahualam