"...dan boleh jadi kamu benci akan sesuatu, sedang ia lebih baik bagimu, dan boleh jadi kamu kasihi akan sesuatu, sedang ia melarat bagimu. Dan Allah mengetahui, tetapi kamu tiada mengetahui"
(Al Baqarah:216)

Wednesday, November 28, 2007

Al Fatihah Buat Siti Salmah

DARI ALLAH KITA DATANG DAN KEPADANYA JUALAH KITA KEMBALI

Dipetik dari Mstar Online

KUALA LUMPUR: Siti Salmah Jasni, gadis yang menjalani pembedahan pemindahan jantung dan paru-paru serentak pada 2 Nov lepas, meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) hari ini.

Jurucakap IJN berkata Siti Salmah meninggal dunia pada 5.40 pagi semasa dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) IJN.

Keluarga Siti Salmah telah membawa pulang jenazah ke Kulai, Johor untuk dikebumikan, katanya kepada Bernama di sini.

Siti Salmah, 18, yang menderita penyakit Hipertensi Pulmonari sejak lima tahun lepas menerima sumbangan jantung dan paru-paru selepas keluarga seorang wanita yang meninggal dunia akibat kemalangan di Kedah bersetuju mendermakan organ itu.

Selepas pembedahan yang dilakukan oleh sekumpulan pakar IJN, Siti Salmah dilaporkan menunjukkan perubahan positif dari hari ke hari.

Semalam doktor membuka tiub pernafasan tetapi memasang semula pada petang setelah organ baru itu didapati belum kuat untuk berfungsi sendiri.

Keadaan gadis itu kemudian dilaporkan kritikal dan tekanan darah semakin rendah sebelum menghembuskan nafas terakhir. BERNAMA

Wednesday, November 21, 2007

Kami Masih Sayang Proton


Dalam Buletin Utama TV edisi 20 Nov 2007, ada berita yang mengatakan bahawa Proton tidak menjalinkan kerjasama dengan Volkswagen. Samada Proton tidak mahu menjalinkan kerjasama atau Volkswagen yang tidak ingin bekerjasama itu biarlah sama sama kita fikirkan

Ada satu lagi berita yang amat menarik tentang Proton, iaitu bagaimana untuk tempoh dua bulan terakhir tahun ini, tempahan Proton (Persona) telah mencecah angka 22 000 unit. Nah, ini bukan satu lawak atau keajaiban. Pada aku ia sepatutnya dah lama berlaku. mungkin bertahun-tahun yang lalu.

Berita ini membuktikan bahawa rakyat Malaysia (terutamanay dari kelas pertengahan) macam aku masih sayangkan proton. Cuma yang menjadikan pembeli hilang minat terhadap proton ialah kerana kualiti dan designnya yang amat meloyakan. Bayangkan Proton Juara yang semacam kotak mancis diletakkan tayar itu, atau Savy yang separuh siap (kerana design hadapan cantik tetapi design belakang amat hodoh)...Siapa yang ingin beli????

Tahniah, Proton telah ambil ikhtibar atas kegagalan dan kebodohan tersebut. Semoga di masa akan datang akan muncullah pelbagai model Proton yang bukan sahaja berkualiti tetapi mempunyai reka bentuk yang hebat.

Andai itu tidak belaku janganlah tohmah kami kerana tidak sayang Proton tetapi Protonlah yang tidak sayang kami...

Tuesday, November 20, 2007

Pencari Kerja Di Tipu-Salah Siapa?

Foto: Sekadar Gambar Hiasan

Aku memang dah lama x tgk Berita di TV...Namun malam tadi kerana bali awal aku tonton juga berita di TV (3)

Satu isu yang ditonjolkan ialah tentang golongan masyarakat (kebanyakannya Melayu) yang tertipu oleh agensi mencari kerja. Pencari kerja ini dikehendaki membayar sejumlah amaun sebelum mendapat kerja yang dijanjikan dan akhirnya, wang yang diberi lesap dan agensi yang diharapkan membuat pelbagai alasan.

Dari pparan TV 3 apa yang dapat aku lihat ialah kebanyakn mangsa ialah remaja yang mungkin lepasan sekolah atau IPT.

Politikus sering melabelkan mereka sebagai pealas. Jika mereka graduan mereka sering dilabelkan sebagai terlalu memilih kerja. Ini adalah bukti bahawa bukan Graduan memilih kerja, graduan sanggup bekerja namun bila mereka tertipu siapa yang sudi membela mereka???

Aku yakin jika ini berlaku kepada bangsa Cina, tentu Datuk Micheal Chong dan anggota-anggotanya akan muncul di kaca tv dan membuat sesuatu pengumuman seperti mendesak pemerintah untuk mengambil tindakan dan sebagainya...

tetapi setakat hari ini aku tak dengar apa-apa suara dari mereka yang berkuasa untuk membuat apa-apa penyelesaian...

Atau mungkin memang takkan ada penyelesaian ????


Monday, November 19, 2007

Bawak Lilin !!!!!


Sekejap ada
Sekejap tak ada

Nak kata perkara baru...
dah lama

Mungkin belum terhantuk
Sebab tu tidak tengadah lagi

Sudah terhantuk
baru nak tengadah...

Aku di sini untuk bekerja
Aku bukan pencurik yang bekerja dalam gelap
(Malah kalau terang pun pencuri tetap mencuri juga dan Kamu takkan peduli)


Kalau gini lah tiap-tiap hari
eloklah kita bawa lilin bila datang kerja

Gunalah Akal.....

Foto: Tuan/Puan Janganlah Jadi Umpama Lembu

Yang membezakan antara manusia dengan haiwan ialah akal
Haiwan mempunyai otak , malah otak haiwan lebih besar dari otak manusia
Walaupun memiliki otak yang besar,
namun haiwan kurang berakal kecuali untuk perkara-perkara asas sahaja

Oleh yang demikian, apabila manusia tidak menggunakan akal untuk membuat sesuatu keputusan yang waras maka samalah martabatnya dengan haiwan

Ada dua pepatah melayu yang amat relevan dengan senario ini iaitu : Cerdik tak boleh diikut dan Bodoh tak boleh diajar"

dan satu lagi pepatah yang relevan dengan apa yang aku leterkan ini iaitu : Sudah terhantuk baru tengadah


Mungkin tidak semua paham apa yang aku bebelkan
Namun yang nyata ini adalah respon terhadap tindak balas yang berlaku kebelakangan ini di Planet Kreatif ini

Kerana sudah terhantuk maka ramai yang mula tengadah malah yang amat memualkan tindakan-tindakan sesudah tengadah itu adalah tindakan yang disifatkan sebagai " Cerdik Tak boleh diikut dan Bodoh tak boleh diajar".

Aku bersimpati...
Amat bersimpati...

Dalam kehebatanmereka menunjukkan KUASA
mereka terlupa bahawa mereka sebenarnya tidak menggunakan akal untuk membuat keputusan.....

Friday, November 16, 2007

Tiada Tajuk (Bahagian 1)

Saya bukan orang sastera, saya berada dalam kelas aliran sastera namun saya tidak pernah belajar kesusasteraan secara rasmi. Minat terhadap sastera Melayu timbul bila saya menjejakkan kaki ke Menara Gading.. Di Khutub Khanah yang besar dan luas di tempat saya belajar itu saya menghadam sepuas-puasnya karya karya sastera Melayu...Namun saya akui pembacaan saya tidak berstruktur. Berstruktur dalam ertikata tidak tersusun mengikut masa dan fasa...

Pada ketika itu saya membaca tulisan-tulisan A Samad Said seperti Salina, Sungai Mengalir Lesu, Di Hadapan Pulau, Bulan Tak Bermadu Di Fatehpur Sikri, Warkah Eropah, Al Amin, Adik Datang

Saya juga membaca Tulang-Tulang Berserakan (Usman Awang) serta beberapa antologi puisi beliau

Juga Juara, Noghogho Astana, Orang Kota Bharu (S Othman Kelantan) dan Ummi dan BAngs Sheikhtul Strenggege, Ranjau Sepanjang Jalan (Shahnon)

Membaca penulisan penulis-penulis tersohor ini amat memuaskan hati. Namun saya sering bertanya dalam diri..tiadakah penulis muda yang berkebolehan seperti penulis-penulis yang hebat ini???

Sebagai budak kampung yang terhad bacaannya saya terbelenggu dengan novel2 picisan . Ini kerana novel segeninilah yang berlambak di rak2 buku di mana2 kdai buku di Malaysia. malah perpustakaan yang sering saya kunjungi juga lebih banyak buku ini berbanding dengan buku lain...

Oleh yang demikian, saya tidak tahu ada seorang penulis mudah yang menulis dengan baik. kerana pada anggapan saya penulis muda hanya Akhdiat Akasyah (percayalah saya memiliki siri Budak Setan 1 hingga 3) , Liena Afiera Malik dan macam2 penulis lagi yang begitu bombastik namanya.

Hinggalah saya terbaca satu cerpen yang ditulis orlah seseorang yang bernama Faisal Tehrani (Bersambung...)

Thursday, November 15, 2007

Aku Mencari


Aku mencari
sesuatu yang hilang
sesuatu yang pudar
hilang kerana lama di tinggalkan
pudar kerana lama tidak digilap

aku pasti akn temui
cuma mungkin ia akan mengambil masa
tetapi
aku perlu mencari
supaya menjadi lebih bersedia

Friday, November 02, 2007

Kami Yang Menurut Perintah

Foto:
Gambar ini adalah hiasan (Namun yang tersirat bukanlah hanya gambar hiasan)

Kami yang menurut perintah,
tetapi bukan bermaksud kami tidak tahu membantah

Kamu semua para pentadbir yang hanya tahu mentadbir
mengeluarkan arahan tanpa pandai berfikir
seperti masa-masa lalu
walau apa kesilapan
kamu berlagak seolah-olah Malaikat...
yang tidak akan melakukan silap mahupun dosa

Lalu kamu pun keluarkan pelbagai memo dan nota
mengingatkan kami
bahawa segala kejadian
adalah kesiapan kami sendiri

Kamu yang memerintah
kami yang menurut perintah

kamu keluarkan lagi arahan
yang mengandungi kekangan-kekangan
sebagai tindak balas atas kejadian
yang tidak akan kamu akui ia lahir dari kelemahan kamu

kami bukan monyet di kandang zoo
atau patung berpakaian di kompleks membeli belah
yang sering dijenguk-jenguk pengunjung
yang perlu diintai-intai pengunjung

apakah kamu tidak fikir
perintah bebal ini akan mengganggu keselesaan kami

Malah apakah perintah ini mampu mengatasi isu utama yang sepatutnya kamu tangani???

ah...kamu mana fikirkan semua
apa yang penting
kamu memerintah
kami menurut perintah

Kamu lupa
Bahawa Allah kurniakan otak untuk digunakan bagi berfikir
pada kamu
yang penting kamu memerintah
dan kami WAJIB menurut perintah

kamu memerintah
kami menurut perintah
namun itu bukan bermaksud
kami tidak tahu
dan
tidak akan membantah....

Sebelum dan Selepas

Foto: Sekadar Gambar Hiasan

Sebelum Raya

Nasi Ayam RM 3.00
Gado-Gado RM 2.00
Roti Canai RM 0.70

Selepas Raya
Nasi Ayam RM 3.50
Gado-Gado RM 2.50
Roti Canai RM 0.80

Bagus peniaga
Bagus Melayu
Mungkin ini jalan cepat untuk kaya
Kemudian nak Cepat pergi Haji

Tiada apa-apa rasional
Tak Perlu nyanyi lagu Bangau-Oh Bangau

kerana kau pun tahu
walaupun kau naikkan harga

aku tetap datang makan juga
abang misai tetap akan datang makan juga
lain-lain akan tetap datang makan juga

Inilah realiti hidup di pekan kecil dalam Negara bertuah Malaysia

KeRJA

Foto: Sekadar Gambar Hiasan

Dalam banyak-banyak pekerjaan
inilah yang paling aku suka
paling aku idam
namun tak pernah aku dapat
dan mungkin takkan aku dapat

apa kerjanya???

Gantikan Maria Tunku Sabri..
jadi pengacara rancangan
Jalan-Jalan Cari Makan..

tambah-tambah pulak kerana tekanan kerja yang amat menyesakkan pada masa sekarang
entah la...