"...dan boleh jadi kamu benci akan sesuatu, sedang ia lebih baik bagimu, dan boleh jadi kamu kasihi akan sesuatu, sedang ia melarat bagimu. Dan Allah mengetahui, tetapi kamu tiada mengetahui"
(Al Baqarah:216)

Wednesday, January 24, 2007

Ulasan Buku: Bencana Gempa dan Tsunami


Tajuk: Bencana Gempa dan Tsunami

Penerbit: Penerbit Buku Kompas

Terbitan : Mac 2005

Harga: RM 120.00

Dalam satu kursus, saya pernah diminta oleh penceramah untuk memberikan sedikit penjelasan tentang fenomena tsunami. Secara jujur saya bukanlah orang yang ’ahli’ dalam memberikan penjelasan ini kepada audiens. Semasa menjelaskan tentang fenomena tsunami saja cuba kaitkan dengan ’Teori Hanyutan Benua’ yang mengatakan bahawa bumi suatu ketika merupakan sebuah kawasan yang luas dan daratan bercantum antara satu sama lain. Dalam masa yang sama plat-plat tektonik di bumi bergerak dan melalui masa...benu-benua yang ada di dunia berpisah antara satu sama yang lain.

Fenomena tsunami berlaku apabila berlakunya pertembungan sesar. Samada sesar songsang mahupun sesar rabak yang sering di perut bumi. Jika sesar ini bertembung di kawasan daratan maka ia akan menghasilkan gempa bumi. Jika di lautan gempa bumi dasar laun akan berlaku dan ada ketikanya ia berpotensi menghasilkan gelombang tsunami.

Buku ini pertama kali saya jumpa sewaktu Kuala Lumpur International Book Fair (tahun 2006 yang lalu) . Namun, kerana kocek yang ’sakit’ saya pendamkan hasrat unuk memiliki buku ini.

Saya amat tertarik dengan petikan ayat di muka depan buku ini yang berbunyi ”Ketika Kawanan Burung Putih Terbang Berarakan Menuju Banda Acheh” yang dilihat sebagai salah satu tanda bakal berlakunya bencana.

Ini mengingatkan saya pada satu siri dokumentari yang pernah saya tontol yang berjudul ”The Animals Omen” (Jika saya tidak silap) yang memerihalkan tentang haiwan yang hakikatnya mempunyai ’deria’ yang tidak tertanding oleh manusia. Terbukti sebelum berlaku bencana, haiwan di beberapa buah negara telah menunjukkan tanda2 keanehan. Gajah di India bepusu-pusu hendak ke tempat tinggi, begitu juga burung yang terbang dalam bentuk kawanan menuju ke destinasi yang kita sendiri tidak tahu.

Secara amnya, buku ini merupakan himpunan berita-berita dan artikel tentang bencana tsunami di Acheh yang pernah di terbitkan oleh Akhbar Kompas. Ia dibahagikan kepada empat bahagian iaitu Pra-Gempa, Ketika Bumi Mengeliat, Di Tengah Kesedihan dan Acheh Dalam Diri Kita.

Membaca buku ini benar-benar memberikan keinsafan kepada betaka kita amat kerdil di sisi Maha Pencipta.


Buku ini merupakan buku yang perlu dibaca oleh semua. Bukan sahaja kerana kepiluan dan kesedihan yang dirakamkannya tetapi kerana ia turut mengandungi pelbagai info dan fakta serta gambarajah tentang tsunami tanggal 26 Dis 2004 itu.


Tsunami telah berlalu (Saya amat khuatir bila mendengar pendapat Pakar bahawa ia mungkin berlaku lagi)..apakah ia balasan terhadap dosa kita ????? seperti bait-bait lirik lagu Ebit G Ade (Berita Kepada Kawan) ’Mungkin Tuhan Mula Bosan, Melihat Tingkah Kita Yang Selalu Rasa Bangga Dengan Dosa-Dosa”.....

Pak Kebun: Al Fatihah Untuk Mangsa Tsunami.....

Tuesday, January 23, 2007

Kerja


Mula-Mula Dulu:
Buat Sederhana
Teliti
Sempurna

Kini:
Buat Banyak-Banyak
Kurang Teliti
Belum Tentu Sempurna


Inilah dilema seorang pekerja....

KUANTITI atau KUALITI...

Mana yang terbaik????

Ada yang lihat ISI
Ada yang lihat KULIT

Ramai yang berjaya kerana banyak KUANTITI

Banyak kuantiti belum tentu banyak ISI


Walaupun ramai yang tidak menilai KUALITI

Asalkan ada itu Mencukupi...



Pilihlah..

KUALITI atau KUANTITI

KULIT atau ISI


Moga pilihan tepat dan

Tak menyesal di Kemudian hari....


Pak Kebun: Bercelarunya Kebun Ini...



Tuesday, January 16, 2007

Pelawak Yang Bodoh !!!

Minggu lepas dalam pertemuan:

"Anda semua perlu kerap menghadiri seminar-seminar luar untuk meningkatkan mutu kualiti kerja untuk membawa syarikat bersaing di era global"
hari ini dalam sepucuk surat:

"permohonan elaun makan anda tidak diluluskan" "Elaun pengangkutan tidak diluluskan, anda perlu berkongsi kenderaan dengan rakan yang lain"

hari ini via telefon:

Pak Kebun: Cek untuk tuntutan saya bulan Oktober 2006 dah ada ke? Pn Kewangan: Maaf Cek tersebut belum siap Pak Kebun: Takpelah Puan, bulan Oktober nanti saya call sekali lagi

Sepucuk lagi surat:

"Tuan dikehendaki menghantar laporan pada 18 Jan 2007" (Untuk Maklumat: tarikh surat 16 Jan 2007 dan diterima jam 2.00 pm)


Pak Kebun: hanya mampu menggeleng-geleng hairan ....

Sunday, January 14, 2007

Kembara Buku IV- DAWAMA


Tarikh: 23 Disember 2006
Lokasi: DAWAMA, Ulu Kelang
Ahli: Seorang Diri
Supir: Zahid (jgn mare ha....)



Aku berseorangan dalam kembara ini
Setelah di hantar ke destinasi oleh Zahid (tq sahabat) , aku sendirian dan lena dalam lautan buku

Buat masa ini masih lagi belum sempat aku ulaskan buku-buku yang dibeli tetapi cukuplah ia amat menyesakkan untuk ku bawa apalbila aku naiki LRT sewaktu dalam perjalanan untuk pulang mencari bas....

InsyaAllah jika ada kelapangan aku ulaskan beberapa buku menarik yang aku beli semasa kembara ini

Wassalam


Selamat Datang Sahabat



15 Januari 2007, ialah tarikh istimewa untuk seseorang yang aku panggil sahabat..
aku bukan seorang penyair..tetapi kerana istimewanya tarikh tersebut..aku cuba titipkan sesuatu untuk beliau....


Selamat datang Sahabat
Aku tahu kau terlalu lama menunggu
Aku tahu kau terlalu lama bersabar
Tabah kau harungi segala dugaanNya

Enam tahun lamanya kau menanti….
Menanti tibanya detik ini
Kini penat jerih mu berbalas
Kini yang kau inginkan telah memanggil mu


Selamat datang sahabat
Aku tahu ini cita-cita mu
Lama dulu….
Pernah kau kisahkan pada ku…

Tahniah sahabat kerana kejayaan ini
Moga kau terus tabah dan berjaya

Aku sahabatmu
Seperti yang kau kenali lebih 10 tahun yang lalu

Aku menunggumu di sini
Walau kita kini berbeza

Namun persahabatan kita
Masih kukuh seperti dahulu

SELAMAT DATANG SAHABAT

Pak Kebun: masih aku terkenang tugas rutinmu sebagai 'penggondol' kepala ku....

Fikirkan

Aku sebenarnya bukan marah..ataupun geram….

Sebenarnya aku sedang menghayati dua pepatah yang aku dengar dari seorang sahabat

Katanya “Tiada tentera yang bodoh tetapi yang ada ialah pemerintah yang bodoh” Kawan ini amat ‘tentera’ jiwanya

Seorang lagi sahabat berkata pada aku. Katanya….

“Ikan akan busuk bermula dari bahagian kepala”

Kawan aku kata ini pepatah orang Cina (walaupun kawan ini orang Jawa)

Kedua-dua pepatah ini menyedarkan aku tentang ‘kepimpinan’dan kepentingannya dalam organisasi.

Mungkin ramai yang beranggapan bahawa mudah menjadi pemimpin kerana setiap patah perkataan akan didengar orang bawahan namun demikian tidak ramai yang mampu menjadikan diri sebagai contoh untuk diikuti.

Kedua-dua pepatah menyedarkan aku bahawa jika ketua(pemimpin) tidak betull seluruh organisasi pasti akan goyah…

Fikir-fikirkan….

Pak Kebun: Aku kembali lagi ke kebun ini

Kisah Tiga Kotak Ajaib


Kisah berlaku di sebuah pejabat Negeri Lang-Lang

Tiga kotak ajaib untuk memudahkan kerja telah dicipta.

Falsafah kerja di Negeri Lang-Lang ialah kerja mesti cepat , apa cara nak guna sekalipun tidak penting….





Kotak ajaib pertama untuk mengangkut pekerja turun dan naik bangunan

Kotak ajaib ke dua mendinginkan tubuh pekerja yang sering kepanasan

Kotak ajaib ketika untuk membantu pekerja menjelajah dunia tanpa sempadan..

Lucu….

Ketiga-tiga kotak ajaib ini rosak sentiasa

Namun di akhir ketika..

Pekerja sering disoal tentang kualiti kerja mereka….

Pak Kebun: Entahapaapaentah

Beras dibeli dari AS?




ALOR STAR 10 Jan. – Masyarakat petani, nelayan dan penduduk luar bandar di Malaysia kini dalam kebimbangan dan keresahan ekoran cadangan Amerika Syarikat (AS) untuk mengeksport lebih banyak produk pertanian ke negara ini, terutama beras.

Kebimbangan mereka semakin ketara apabila rundingan perjanjian Kawasan Perdagangan Bebas AS (USFTA) dan Malaysia kini masuk pusingan keempat dan bakal berlangsung di San Francisco, AS minggu ini.

Koordinator Jawatankuasa Bertindak Membantah USFTA (Wilayah Utara), Mohd. Nizam Mahshar berkata, pihaknya bimbang Malaysia dan AS sedang mempertimbangkan untuk menghapuskan semua bentuk percukaian apabila USFTA dilaksanakan pada 2010 nanti.

“Ini bermakna kerajaan akan mempertimbangkan cukai hasil pertanian AS dikurangkan sehingga sifar,” katanya pada sidang media di sini hari ini yang turut dihadiri wakil-wakil petani dan penduduk luar bandar.

Wakil Badan Bertindak Petani-Petani Kedah, Mohd. Saufi Zakaria berkata, jika cukai itu dikurangkan di bawah USFTA, beras AS yang disokong subsidi yang tinggi oleh kerajaan negara itu akan dapat dijual di pasaran Malaysia pada harga 25 peratus di bawah kos pengeluaran.

“Kita juga dimaklumkan bahawa cukai beras Malaysia kini adalah pada kadar 40 peratus dan akan turun kepada 20 peratus pada 2010 ekoran pelaksanaan Kawasan Perdagangan Bebas Asean (AFTA),” katanya.

Beliau berkata, pakar-pakar ekonomi telah menyatakan bahawa sukar untuk pengusaha beras di Malaysia bersaing di bawah AFTA pada kadar cukai 20 peratus.

“Keadaan akan lebih buruk jika cukai beras jatuh kepada sifar atas desakan AS dalam USFTA. Akibatnya, para petani di Malaysia tidak akan mampu lagi untuk bersaing,” katanya.

Sementara itu, Wakil Badan Muafakat Warga Desa, Aziz Man berkata, jika beras dari AS berlambak di pasaran negara ini dengan cukai sifar, harganya lebih rendah iaitu sekitar RM0.50 sekilogram berbanding beras tempatan yang dijual pada harga melebihi RM1 sekilogram.

“Jika beras AS boleh didapati pada harga lebih murah berbanding beras tempatan, apa perlunya lagi para petani menanam padi?

“Pesawah padi akan kehilangan punca pendapatan mereka dan sawah-sawah padi di negara ini nanti bakal terbiar,” katanya.

Seramai 269,000 petani di Malaysia masih bergantung kepada pertanian padi sebagai sumber rezeki dengan sejumlah 116,000 petani bergantung semata-mata kepada pertanian padi tanpa terlibat dengan kegiatan ekonomi sampingan.

Pengerusi Badan Bertindak Petani Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (Mada), Che Ani Mat Zain pula memberitahu, pengeluaran padi negara akan terbantut jika USFTA menjadi kenyataan dan beliau menjangkakan semakin ramai petani bakal ‘menganggur’ nanti.

“Justeru, kita meminta kerajaan Malaysia menghentikan rundingan USFTA sehingga kita mengetahui apakah kesan pelaksanaan perjanjian itu kepada petani-petani di negara ini,” katanya.

Beliau berharap jika rundingan diteruskan segala maklumat hendaklah didedahkan kepada pihak awam dan perbincangan hendaklah secara telus bersama para petani.

– Bernama

ULASAN:

Aku teringat seorang kawan membuat lawak bahawa strategi Amerika melantik Condolezza Rice sebagai Setiausaha Negara ialah untuk merapatkan hubungan Amerika dengan Asia kerana “ASIAN love RICE”

Hari ini nampaknya ia bukan sekadar satu lawak kosong kerana ‘besar kemungkinan’ RICE yang bakal kita makan datangnya dari Negara yang sering kita cap sebangai Syaitan…

Lucu aku fikirkan ……kenapa perlu dari Amerika????

Sedih pula bila aku kenangkan akan nasib petani kita yang kerjanya hanya bersawah dan mengutip hasil dua kali setahun….

Pak Kebun: Minda tak berfungsi….

Lama Menyepi !!!

Lama sungguh tidak aku jenguk kebun ini...

Kesibukan yang amat mendesak di akhir tahun 2006 dan tekanan yang menyesak di awal 2007 ..menjadikan aku terpaksa melupakan kebun ini seketika

InsyaAllah kini aku kembali ke kebun ini....


Selamat Tahun BAru 2007