"...dan boleh jadi kamu benci akan sesuatu, sedang ia lebih baik bagimu, dan boleh jadi kamu kasihi akan sesuatu, sedang ia melarat bagimu. Dan Allah mengetahui, tetapi kamu tiada mengetahui"
(Al Baqarah:216)

Tuesday, May 23, 2006

Ia Kembali Lagi

Kepada peminat Akademi Fantasia...(terutamanya Melayu beragama Islam)
Top-Up lah prepaid anda...
Kumpullah airmata anda...
(untuk anda alirkan semasa penyingkiran)
Luangkan masa hujung minggu anda...

kerana...

Ia telah kembali....

Lupakan semua keperitan hidup
Pengangguran...
Inflasi yang semakin meningkat...
Korupsi dalam sistem pentadbiran...
Kenaikan harga barang dan kos hidup....

Lupakan semua......

Ini masa untuk berhibur....

Lupakan golongan miskin yang sering terbiar dan melarat...
utamakan duit anda untuk "AFUNDI"

pilihlah calon yang pandai mengaji...
pernah masuk marhaban....
ada ciri islamik
berniat baik untuk bantu keluarga...
(walaupun keluarga anda yang menyokong belum tentu terbela)

lupakan semua kepahitan....
ini masa untuk bergembira...
inilah candu dunia....
inilah U-Topia kehidupan yang dicipta
untuk anda semua......

Pak Kebun: Jaga kebun lagi baik....

Thursday, May 18, 2006

Sembang-Sembang


Semalam Pak Kebun sembang-sembang semasa minum-minum
(di sini terlalu banyak masa untuk minum-minum)

Isu Politik
Kepimpinan dan Jambatan

Isu Ekonomi..
DEB dan DPN

Pelik
Kata seorang ahli sembang…

Kenapa….
Sasaran Melayu dalam bidang ekonomi melalui kedua-dua dasar tersebut hanya 30 %
(tercapai hanya setakat 12-18% sahaja)

Sedangkan Melayu hampir 60 % bilangannya di sini…
Kenapa 30%...
Bukannya 60 %
Ikut jumlah komposisi kaum

Lagipun bila sasaran tinggi..
Kita akan lebih kuat berusaha..katanya…

Semua ahli termasuk Pak Kebun…
Angguk-angguk..geleng-geleng….

Pak Kebun: Kenapa Agaknya ye?????

Graduan Perguruan Menganggur (II)


Sama-sama kita renung dan fikir perkara ini:

  1. Ada dua kementerian yang berbeza dalam isu ini (ada keseragaman ke?)
  2. Kementerian Pendidikan Tinggi- Urusan Pendidikan Bakal Guru dan Kementerian Pelajaran- Urusan Penempatan Guru
  3. Ada Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) dan ada Universiti Pendidikan juga Fakulti Pendidikan di beberapa Universiti (majoritinya kursusnya sama)
  4. Ada Biasiswa Kementerian Pelajaran dan ada juga Pinjaman Tabung Tinggi Pendidikan Nasional (PTPTN)
  5. Semua Maktab naik taraf jadi Institut Pendidikan Guru (IPG) melahirkan guru-guru berijazah (durian runtuh beb pada pensyarah maktab)…apa nasib graduan perguruan dari Universiti ????

Pak Kebun: Sama-samalah kita tonton jenaka di atas pentas bumi tercinta ini…

Graduan Perguruan Pun Menganggur?



Kita biasa dengar kisah graduan menganggur (walaupun jumlah dah mencecah hampir 80 000 tetapi kita masih anggap ia sebagai biasa kerana kita diajar oleh pemimpin untuk bersikap sedemikian)

Tiba-tiba kita digemparkan dengan isu graduan pendidikan menanggur. Seperti biasa..golongan ini amat istimewa. Mereka pasti di bela. Maka Perdana Menteri mengarahkan agar Menteri Pelajaran mengambil tindakan segera( walaupun Timbalannya masih menyalahkan graduan kerana salah pilih kursus).
Perdana Menteri tidak mahu pembaziran Modal Insan (agaknya yang 80 000 itu bukan modal insan agaknya)….

Pak Kebun amat optimist bahawa masalah ini akan selesai lebih cepat berbanding dengan masalah graduan menganggur dari jurusan bukan perguruan

Pak Kebun: Cikgu Oh Cikgu

Sudah Hampir Tiga Minggu




Sudah hampir tiga minggu aku di sini
Simptom-simptom buruk mula timbul
Bosan dan yang paling ketara hilang motivasi dan kreativiti
Bodohnya perjalanan ini…….

Di Hormati


Sekadar Gambar Hiasan

Di sini ramai yang ingin dihormati….
Tetapi..mereka tidak tahu menghormati….
Pak Kebun hanya menghormati orang yang layak dihormati…
Kerana…di sini..tidak semua ada kelayakan sedemikian…

10 Perkara Perlu Direnung

Marilah Kita Renung dan Fikirkan Bersama

  1. Setiap kali menteri bertukar, setiap kali itulah dasar akan berubah
  2. Setiap tahun beribu-ribu cemerlang dalam peperiksaan, setiap tahun itulah beribu-ribu graduan akan menganggur (sedangkan yang menganggur itulah bekas pelajar ‘cemerlang’ suatu ketika dahulu)
  3. Setiap tahun kita dengar puluhan ribu garduan menganggur, yang peliknya setiap tahun juga akan wujud IPTS dan IPTS baru yang ‘mengilangkan’ graduan
  4. Kita kerap dengar tentnag salah guna kuasa, kita juga kerap dengar tentang bakal tindakan terhadap mereka yang salah guna kuasa tetapi kita kurang kerap lihat tindakan yang diwar-warkan jadi realiti
  5. Setiap kali serbuan-rampasan, setiap kali itulah suspek dapat meloloskan diri
  6. Setiap kali ayat “kenaikan takkan membebankan rakyat” diulang-ulang, setiap nkali itulah rakyat terbeban
  7. Setiap kali kempen anti dadah digerakkan, setiap kali itulah beratus-ratus ribu rakyat menangih dadah (majoritinya Melayu yang tak sedar diri)
  8. Pelik: Kereta turun harga (kira-kira RM 4000), interest pulak naik mencecah ke angka 4% (jadi penurunan harga tak bermakna rakyat mampu memiliki kereta)
  9. Selagi tak berlaku musibah @ bencana (kemalangan jalanraya seumpamanya) selagi itulah langkah pencegahan takkan di ambil (bina jejambat umpamanya)
  10. Sekerap itu dilaungkan Islam dan Nilai Murni, Sekerap itulah hiburan melampau dilambakkan kepada rakyat
Pak Kebun: Kenapa agaknya ya? Ada mata pandang, ada telingar dengar, ada akal fikir……

Ciri-Ciri Melayu'Urban'



Sekadar Gambar Hiasan

Ini Pemerhatian Dari Drama-Drama Melayu...

  1. Cakap Bahasa Melayu diselangselikan dengan Bahasa Inggeris
  2. Pasti memiliki kereta mewah (bukan Proton)
  3. Kalau lelaki yang tua-tua pasti ada gelaran “Datuk’ dan ‘Tan Sri”
  4. Biasanya Majoriti Melayu Urban ialah ‘businessman’
  5. Kalau perbincangan @ mesyuarat tentu bincangkan hal yang melibatkan berjuta-juta ringgit
  6. Biasanya anak tidak ramai-paling ramai pun dua orang (kemudian kadang-kala ada ambil anak angkat)
  7. Sering berlaku konflik dalam rumahtangga (anak vs ibu-bapa, menantu vs mertua)
  8. Bila menghadapi masalah atau tekanan hidup-biasanya akan pulang ke kampong untuk ketenangan
  9. Kalau ada anak pasti akan belajar di luar negara
  10. Orang yang jahat pasti akan terima pembalasan yang setimpal atau setidak-tidaknya akan insaf akhirnya

Pak Kebun: Inilah ‘U-Topia’ yang sengaja dicipta untuk orang Melayu melupai derita

Thursday, May 11, 2006

Selamat Hari Guru


16 Mei 2006, sekali lagi Hari Guru akan disambut oleh semua guru di Malaysia.
Terima kasih atas jasa yang ditabur.
Pak Kebun titipkan rangkap puisi Oleh SN Usman Awang yang berjudul Guru Oh Guru
Berguru ke padang datar,
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepalang ajar...
Ibarat bunga kembang tak jadi
(Dedikasi kepada Hari Guru dan Guruku tercinta)
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa,
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta,
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara,
Jika hari ini seorang Ulama mulia,
Jika hari ini seorang Peguam menang bicara,
Jika hari ini seorang Penulis terkemuka,
Jika hari ini sesiapa sahaja menjadi dewasa,
Sejarahnya dimulakan oleh seorang Guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar Tulis-Baca
Cuma Pak kebun merayu pada guru-guru, agar lebih komited dan ikhlas....Tak perlulah buat pelbagai tuntutan yang menghilangkan rasa hormat masyarakat pada anda...(walaupun bukan semua yang berperangai sedemikian)
Jasa para guru takkan terbalas dan masyarakat sentiasa mendoakan kesejahteraan dan keselamatan anda semua....Masa depan Generasi kita terletak di tangan anda....
Pak Kebun: Tiada hari untuk Tukang Kebun

Kisah Seorang YB



KUALA LUMPUR 10 Mei - Ahli Parlimen Jasin, Datuk Mohd. Said Yusof yang sebelum ini begitu lantang `menghentam' Kastam Diraja Malaysia (KDRM) di Dewan Rakyat sehingga menimbulkan pelbagai kontroversi, memohon maaf kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, semalam.

Menurutnya, permohonan maaf tersebut dibuat ketika berjabat tangan dengan Perdana Menteri selepas majlis taklimat khas kepada pemimpin UMNO Bahagian di Ibu Pejabat parti itu di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

``Saya bersalam dengan Perdana Menteri dan memberitahu beliau, jika saya salah dalam hal ini, saya minta maaf,'' katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, hari ini.

Mohd. Said juga menjelaskan, permohonan maaf itu juga dibuat berhubung laporan akhbar minggu lalu yang mendakwa beliau meminta Katam `menutup sebelah mata' berhubung kes membawa kayu bergergaji tidak memenuhi spesifikasi di Pelabuhan Tukar Barang Sungai Rambai dan Kuala Linggi, Melaka.

Bagaimanapun, Ahli Parlimen Jasin itu yang mempunyai dua syarikat iaitu ejen perkapalan dan pengangkutan (forwarding) enggan mengulas lanjut sama ada Perdana Menteri ada menyatakan sesuatu selepas beliau berbuat demikian.

Diminta menjelaskan sama ada kayu bergergaji itu milik syarikatnya, beliau berkata, syarikatnya hanya mengendalikan urusan sebagai ejen di pelabuhan berkenaan dan bukan peniaga kayu.

Katanya, `BinYusuf Enterprise' miliknya adalah agensi perkapalan dan pengangkutan yang mengendalikan pengimportan kayu bergergaji dari Indonesia di kedua-dua pelabuhan terbabit.
Beliau menegaskan, sejak Januari lalu, KDRM menyita kayu tidak mengikut spesifikasi dan melelongnya, sekali gus merugikan peniaga kayu di kawasan terbabit.

``Akibat tidak mahu menanggung kerugian, pengeksport kayu dari Indonesia itu beralih ke Pelabuhan Jurong, Singapura.

``Ini sekali gus, merugikan peniaga di pelabuhan berkenaan dan negara,'' ujarnya.

Menjelaskan pertemuannya dengan Pengarah dan Penolong Pengarah (Pencegahan) KDRM di ibu pejabat KDRM di Wisma Kastam, Ayer Keroh pada 14 April lalu, Mohd. Said berkata, ia dibuat selepas diminta oleh pengusaha jeti, peniaga kayu dan ejen di kedua-dua pelabuhan itu.
Utusan Malaysia: 11 Mei 2006
Pak Kebun: Sudahlah YB Said..bukan orang tak kenal awak....cukup-cukuplah kelentong di Parlimen. Wakil Rakyat BN sahaja yang percaya dengan awak..maka awak dipertahankan dengan pelbagai alasan...

Teruskan Perjuangan Shahrir


Buat Datuk Shahrir Samad,
Teruskan perjuangan anda..
tegakkan integriti....
jangan jadi seperti lalang ditiup angin....
hidup dengan prinsip yang diperjuangkan.....
kerana...hidup melawan arus bukanlah semudah yang disangka....

Monday, May 08, 2006

Kasihan Shahrir Samad


Prinsip BN kekal - PM -- Ahli Parlimen kerajaan tidak dibenar sokong usul pembangkang

Oleh Habibah Omar

SEPANG 7 Mei - Prinsip Barisan Nasional (BN) yang tidak membenarkan Ahli Parlimennya menyokong usul pembangkang di Parlimen adalah kekal dan perlu dipatuhi semua anggota.

Itulah ingatan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi ekoran peletakan jawatan Pengerusi Kelab Ahli Penyokong Parlimen Barisan Nasional (BBC), Datuk Shahrir Samad yang cuba `menongkah arus' daripada prinsip itu Selasa lalu.

Kata Perdana Menteri, perkara itu adalah keputusan parti dan merupakan satu prinsip yang perlu disokong oleh semua.

``Pada waktu ini kita kekal dengan keputusan yang telah dibuat.

``Menyokong pendirian parti adalah prinsip dan ia perlu dipatuhi,'' katanya di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA), di sini, hari ini.

Beliau menyatakan demikian kepada pemberita sekembalinya dari lawatan 10 hari ke Jamaica dan Amerika Syarikat.

Hadir sama Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Sebelum itu beliau ditanya sama ada BN akan meminda peraturan supaya membenarkan Ahli Parlimen BN menyokong usul pembangkang di Parlimen.
Isu itu timbul berikutan peletakan jawatan Shahrir yang kecewa dengan sebilangan Ahli Parlimen yang tidak menyokong usul untuk membawa satu laporan dalam sebuah akhbar mengenai dakwaan salah laku seorang Ahli Parlimen ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen.

Usul berkenaan dibawa oleh Ketua Pembangkang, Lim Kit Siang yang membahaskan laporan sebuah akhbar mengenai tindakan seorang Ahli Parlimen yang disifatkan melakukan kesalahan dengan menggunakan kuasa untuk menghalang Kastam menjalankan tugas.

Mengulas lanjut, Perdana Menteri berkata, beliau dimaklumkan Shahrir akan membawa isu berkenaan ke mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) yang akan diadakan esok.

``Saya tidak akan menghalang sekiranya Datuk Shahrir ingin membawanya lagi pun perkara ini berkaitan dengan Parlimen. Tapi oleh sebab ada hubung kait dengan prinsip kita tak sokong usul pembangkang, mungkin dia nak bawa, terserah kepada dia (Shahrir).

``Tetapi keputusan (peletakan jawatan Shahrir) telah diambil oleh Najib sebagai Ketua Whip dan itu adalah satu keputusan yang tepat dengan keperluan peraturan yang diisytiharkan. Jadi semua ahli parti mesti mematuhi peraturan itu,'' katanya.

Dalam pada itu ketika ditanya mengenai penubuhan jawatankuasa pilihan untuk mengkaji etika seorang Ahli Parlimen ketika berurusan dengan pegawai kerajaan, Abdullah berkata beliau melihat penubuhannya mempunyai kebaikan.

Ini kerana, katanya, jawatankuasa itu akan menetapkan peraturan yang bukan sahaja melibatkan Ahli Parlimen BN sahaja malah ia juga merangkumi pembangkang.

``Jawatankuasa itu ada kebaikannya. Kita boleh mempertimbangkannya secara halus lagi untuk melihat apakah kebaikan dan masalah yang boleh timbul dengan adanya peraturan seumpama itu,'' katanya.

Mengenai kes membabitkan Ahli Parlimen yang dilaporkan mengganggu Kastam, Abdullah berkata, perkara itu akan dibincangkan oleh parti.
Petikan Utusan Malaysia: 8 Mei 2006
Pak Kebun: Kasihan Shahrir..hajat di hati nak tegakkan demokrasi..akhirnya beliau sendiri yang jadi mangsa...Pak kebun lucu dengan apa yang berlaku di parlimen dan dasar BN. Wakil Rakyat tidak boleh menyokong usul pembangkang walaupun usul yang dikemukakan itu melibatkan kepentingan rakyat.....
Md Said..bagi orang negeri bersejarah terutamanya di kawasan Jasin memang mengenali beliau...entah la..katanya beliau ke kastam atas tindakan sebagai Wakil Rakyat..Pak Kebun malas nak komen ulasan beliau..
Cuma Pak Kebun kasihan pada Shahrir yang hendak menegakkan Integriti..akhirnya..beliau disisihkan...
Mungkin ini agaknya hakikat DEMOKRASI...

Thursday, May 04, 2006

Minum-Minum (3)


Kawan-kawan
Aku sekarang masuk kerja lebih awal..
Pulang kerja juga awal
Dahulu..
Aku berat untuk minum-minum
Kini...
Aku sering di tempat minum-minum
Aku dah jangka dulu
Kerja Bodoh ini
hilangkan produktiviti
Kawan-kawan..
aku lebih kerap di sini
di tempat minum-minum ini...
(Sedangkan kerja di sana berkoyan-koyan dan bertimbun-timbun masih menanti)....

Pejabat Ke Taska?


Di Tempat (praktikal) ini amat ajaib...

Selepas tengahari bilangan ahli di pejabat bertambah
Fungsi juga berubah
dari pejabat ke Taska

Entahla...apalah nak jadi dengan pekerja-pekerja di sini..
Pak Kebun ingatkan cerdik..rupa-rupanya
Ramai yang berfikir guna lutut

Kisah Memanda Bersara (B)

Sekadar Gambar Hiasan

MULA KISAH

Di sebuah Negara Atas Angin (NAA), seorang memanda bersara dari jawan dan digantikan dengan Memanda baru yang lebih warak dan berjiwa rakyat

ISU

Sebatang jambatan yang menghubungkan NAA dengan Jirannya di sebelah selatan. Pembinaan jambatan ini telah dibatalkan atas alasan kepentingan dan sentimen rakyat, walaupun cadangan dan pembinaannya 9yang telah bermula) tidak langsung mengambilkira tentang rakyat.

SITUASI
Memanda lama tidak bersetuju dengan pembatalan tersebut dan beliau mula menyuarakan rasa tidakpuashatinya di media-media NAA.

IMPLIKASI

Tindakan memanda lama tidak disokong oleh sesiapa walaupun oleh orang-orang besar negara yang dilantik semasa pemerintahannya. Malah beliau juga diminta untuk tidak mencampuri urusan pentadbiran NAA.
PENGAJARAN
Adat dunia, bila berkuasa dihormati. Apa yang dicakap walaupun temberang akan dipersetujui. Tetapi bila tiada di tampuk kuasa..tiada siapa yang ambil peduli....
Pak Kebun: Ini semua pengajaran pada semua...tiada yang kekal di dunia...

Tanda-Tanda Hampirnya Pilihanraya

Foto: Sekadar Gambar Hiasan

Ini beberapa tanda hampirnya Pilihanraya (dari pengamatan Pak Kebun la...):


1) TV, Radio dan akhbar sibuk bercerita tentang pembangunan dan kemajuan kawasan yang bakal dipertandingkan
2) Peminpin mula mesra rakyat-harungi banjir, berkain pelekat, ke surau bersama rakyat
3) Janji-janji manis tentang pembangunan dan kemajuan maula ditabur
4) Longkang yang tersumbat 4-5 tahun lepas mula diperbaiki
5) Media cetakdan eleoktronik mula kerap menayangkan pemimpin-peminpain yang 'kononnya' berjasa
6) Frasa 'sokongan dari akar umbi' mula dilaungkan dengan kerap
7) Rakyat diingatkan supaya mensyukuri nikmat pembangunan yang telah disediakan
8) Dalam akhbar-kerap terpampang wajah pemimpin dengan wajah manis bersama rakyat marhaen
9) Golongan rakyat yang miskin mula menerima bantuan yang melimpah ruah (kalau tidak pun janji-janji tentang bantuan pasti digembar-gemburkan)
10) Pemimpin-pemimpin yang dulunya lesu dan lembik tiba-tiba menonjol dan menjadi begitu idealis dan berwawasan
Pesan Pak Kebun: Fikir-fikirkanlah...kuasa di tangan kita...

Tuesday, May 02, 2006

Rumpai Laut: Re-Union


Rumpai Laut: Foto Sebenar-Bukan Kumpulan Muzik Yang Diceritakan

Lokasi: Rumah Badak
Ahli: Ubi, Pijat, Chelek, Badak dan Pak Kebun
Lagu: Dipetik dari Album Phoenix Bangkit (M Nasir), Lefthanded (Kamelia), Radja (Pupus), Dewa 19 dan Ramli Sarip
Masa: 10.00 malam-2.30 am
Hari: Sabtu Pagi Ahad


Pertemuan pertama Pak Kebun dengan kumpulan Rumpai Laut selepas jaming yang terakhir bulan Januari 2006.


Jaming sempena kepulangan Pak Kebun. Kumpulan Rumpai Laut semakin mantap dengan pertambahan ahli baru (Chelek) sebagai Lead guitar. Rumpai Laut juga ada pertambahan dari segi peralatan. Sebuah 'Bongo' sebagai alatan untuk menambah rentak muzik.
Itu sahaja...
Sebenarnya Pak Kebun memang tiada ide sejak 3-4 hari ini. Tiba-Tiba rasa otak berhenti dari memikir..entahlah....

Praktikal Hari Pertama



Apakan daya...
Hari pertama diteruskan jua...
Otak kekal beku dan tepu..
Nampaknya Pak Kebun akan kekal beku dan kaku sepanjang tiga bulan ini...