"...dan boleh jadi kamu benci akan sesuatu, sedang ia lebih baik bagimu, dan boleh jadi kamu kasihi akan sesuatu, sedang ia melarat bagimu. Dan Allah mengetahui, tetapi kamu tiada mengetahui"
(Al Baqarah:216)

Monday, February 13, 2006

Sepetang Di Padang Ragbi


Semalam, aku ke Padang Bandaraya…sekadar jogging dan ambil angin. Tak sangka pulak ada perlawanan ragbi di sana….

“RAGBI” ada yang menggelarkannya sebagai “Gentleman Game”..Sukan “Bola Buah Kana” (kerana bentuk fizikalnya yang lonjong) Permainan yang memerlukan ketabahan mental dan fizikal. Berbeza dengan sukan lain, ragbi dimainkan secara 15, 10 dan juga 7 sekumpulan. Dari segi kiraan mata mula, satu try (5 mata) manakala conversion (2 mata) kalau sukan-sukan lain, bola dihantar ke hadapan, dalam ragbi pulak bola akan dihantar kepada rakan secara ke belakang. Hantaran ke hadapan ( forward pass) tidak dibenarkan sama sekali.

“RAGBI”..satu sukan yang dulunya amat sebati dalam hidup aku dari zaman sekolah hinggalah ke zaman Menara Gading….

Kerana ragbi aku dapat kumpul pelbagai pingat dan medal, kerana ragbi juga aku dianugerahkan “Khidmat Cemerlang Sukan”,, kerana ragbi aku dapat anugerah “Warna” (pencapaian tertinggi dalam sukan di peringkat sekolah), kerana ragbi juga aku ke beberapa buah negeri atas tanggungjawab mewakili negeri…. Kerana ragbi juga aku di kejarkan ke hospital akibat kecederaan yang aku kata ok tapi paramedic kata serius (kena 5 jarum beb!!!)

Ada pelbagai posisi dalam sukan ragbi….secara umumnya aku bermain di bahagian “forward”…dan posisi yang aku gemari ialah “hooker”

Sepetang di padang ragbi…aku terkenang kelincahan rakan-rakan lama yang kini ada antaranya tidak diketahui khabar berita….terkenangkan Ijat Perut, Gono, Padil, Dayat, Lembu, Vijay, Jep Markom, Zali Bean..juga Mr Yeoh dan Cikgu Lias yang prihatin

Namun petang ini, aku hanya mampu menjadi pemerhati…Ada antara pemain di padang petang ini merupakan rakan sepermainan dan juga anak didik asuhanku…namun aku kini tidak seperti dulu…

Penglihatan yang kabur tanpa kacamata tidak memungkinkan aku aktif kembali dalam sukan ini. Tambahan pula, kecederaan di bahu…menyebabkan aku terus bersara dari sukan ini.

Aduh syahdunya petang ini…namun ini hakikat dunia..semuanya pinjaman Alllah semata-mata. Dia berhak mengambil semua apa yang dipinjamkan kepada kita dan sebagai hamba kita perlu redha….

Sepetang di padang ragbi..menggamit nostalgia dan memori…
Sepetang di padang ragbi…wujud keinsafan terhadap kebesaran Ilahi

No comments: