"...dan boleh jadi kamu benci akan sesuatu, sedang ia lebih baik bagimu, dan boleh jadi kamu kasihi akan sesuatu, sedang ia melarat bagimu. Dan Allah mengetahui, tetapi kamu tiada mengetahui"
(Al Baqarah:216)

Monday, February 13, 2006

Sembang Gusti: Pengenalan



Aku memang peminat gusti…cakap terus-teranglah yang aku nie dah sampai tahap “addict” dengan gusti. Aku mula menonton gusti rasanya lebih kurang 20 tahun yang lepas melalui kata televisyen (masa tu zaman TV hitam-putih lagi). Masa tu, era Hulk Hogan (Hulkamania)..yang baru jadi Juara WWF (nama lama bagi WWE) setelah mengalahkan Iron Sheikh (penggusti yang berasal dari Iran)

Semakin usia aku meningkat, semakin banyak gusti yang aku tonton..malah aku pernah tonton gusti secara live dalam tahun-tahun 1990 an. Cuma aku tak ke Stadium Bukit Jalil menonton WWE Smackdown (Tour In Malaysia) (tahun 2002 kalau tak silap) dan tak pula menontohn gusti yang diadakan di beberapa Bandar utama di Malaysia pada tahun 2004 (khabarnya batal kerana masalah teknikal)

Semasa usia remaja, aku dapatkan bacaan tentang gusti dari majalah Dunia Gusti dan Media Gusti (rasanya dah berkubur majalah nie). Masa tu baru aku tahu rupanya ada banyak liga dalam gusti. Selain WWF, ada juga NWA (National Wrestling Alliance), USWA (United State Wrestling Assoc), AWA (American Wreestling Assoc), SMW (Smokey Mountain Wrestling), WCCW (World Class Championship Wrestling) dan banyak lagi…..

Di tahun-tahun 1990an, perkembangan dalam teknologi internet amat kurang. Masa tersebut, perkembangan dalam gusti hanya diperolehi melalui pita video yang menayangkan siri-siri PPV (Pay-Per-View) dan pada masa tersebut, aku memang jadi penyewa setia pita video gusti. Selain dari menyewa pita yang terkini, aku juga turut sewa pita-pita lama (old school wrestling) (nota: masa tu aku dah kerja-part time). Semakin ramailah bintang-bintang gusti yang aku kenal.
Seperti Wahoo Mc Daniel, Manny Fernandez, Magnum T.A, Junk Yard Dog, ‘Bullet’ Bob Armstrong, Harley Race, Jerry LawlerTerry Funk dan lain-lain yang merupakan superstar gusti tahun 1980an selain penggusti generasi baru (1990an) seperti Shawn Micheal, Diesel, Razor Ramon, The Rock, Sid, Chris Benoit, Bret Hart dan lain-lain

Awal tahun 2000, masa ni aku dah mula bekerja sepenuh masa.dah ada pendapatan sendiri. Semakin keraplah aku membeli VCD-VCD gusti terutamanya siri PPV dan koleksi-koleksi tertentu (Special Collection). Antara koleksi VCD gusti yang aku rasa amat bernilai ialah 13 set VCD PPV ECW termasuklah siri “The Rise and Fall of ECW” dan juga ECW: One Night Stand”. Koleksi ini aku anggap bernilai kerana dua perkara. Pertama- Pertubuhan ini (ECW) dah bankrupt..jadi memang takkan ada lagi VCDnya dan yang kedua koleksi ini sukar didapati..aku hanya jumpa di satu tempat di KL itupun berdasarkan info dari internet…lepas tu..takde lagi sampai sekarang (aku still buru VCD ECW, kepada sesiapa yang ada harap dapat contact aku)

Pada tahun tahun ini juga (2000 hingga kini) bidang teknologi maklumat semakin canggih. Aku banyak dapatkan maklumat-maklumat terbaru dan artikel-artikel tentang gusti melalui internet. Malah yang paling menarik, melalui internet juga aku dapat tonton liga-liga gusti yang pelbagai selain dari yang di siarkan di TV antaranya TNA (aku dah tengok siri mingguannya sebelum ia disiarkan di ASTRO lagi), JAPW (Jersey All Pro Wrestling), 3PW (Pain Pro Wrestling), UPW (Ultimate Profesional Wrestling), XWF (Xtreme professional Wrestling)MLW (Major League Wrestling), ROH (Ring Of Honor) dan lain-lain. Melalui internet juga aku dapat tonton aksi penggusti-penggusti bebas (indie) seperti Steve Corino, AJ Styles (sekarang di TNA), Christoper Daniels (sekarang di TNA), Jay Lethal, Low Ki, CM Punk, Homicide dan “Classic” Colt Cabbana dan banyak lagi.

Sekarang ada dua pertubuhan yang besar dalam dunia gusti iaitu WWE dan TNA..Aku lebih meminati TNA kerana selain mempamerkan gaya gusti yang lebih banyak aksi, di TNA juga banyak muka-muka baru yang membawa pembaharuan dalam dunia gusti. Memang WWE banyak penggusti berkelas dunia, tetapi bagi aku seorang peminat yang ekstrem, aku perlukan sesuatu yang alternative dan lebih menyegarkan…

Ini sahaja buat permulaan buat kali ini. Kepada kaki gusti yang sudi bertukar-tukar ide harap sudi komen.

Pak “The Butcher” Kebun

7 comments:

Anonymous said...

HAI SAYA PEMINAT GUSTI NO.1 JUGA,SAYA DIPANGGIL RAGDOLL, DUDUK JOHOR KAT TAMAN PULAI UTAMA DI SKUDAI.SAYA ADA BANYAK SIMPAN VCD GUSTI LAMA DAN JUGA MENULIS TENTANG WWE .SAYA ADA CREATE SATU BUKU IAITU SHOW RESULTS DARI TAHUN 2000.2005 IAITU MERANGKUMI RAW, SMACKDOWN DAN PAY-PER-VIEW.

Anonymous said...

HAI ! SAYA RAGDOLL LAGI APA KHABAR SEMUA ? SAYA NAK TAHU ADAKAH BANYAK LAGI PEMINAT GUSTI DI MALAYSIA; KALAU BOLEH JOINLAH WEBSITE INI.SAYA DAH LAMA DAH NAK BERKENALAN DENGAN PEMINAT WWE DI MALAYSIA.KALAU BOLEH PAK "BUTCHER" KEBUN MEMPERKENALKAN DIRI DENGAN LEBIH TERPERINCI LAGI TAK ? SAYA BERCAKAP TENTANG NAMA SEBENAR PAK KEBUN,BERAPA USIA KAMU,DI MANA KAMU TINGGAL DAN NONBOR TELEFON RUMAH ATAU HANDPHONE KAMU.SAYA NAK BERKENALAN KAMU DENGAN LEBIH DEKAT LAGI.JUMPA LAGI !!!

GreatOne said...

Hey, I was just out blogging around, and I ran across your blog. I just thought I would let you know that I enjoyed it, andI plan on comingback for further updates! Have a great day!

Anonymous said...

HAI SAYA RAGDOLL LAGI;APA KHABAR PAK KEBUN, SAYA LAMA NAK TANYA; KAT JOHOR BAHRU ADA JUAL LAGI TAK VCD WWE IAITU JENIS PAY-PER-VIEW.SAYA LAMA DAH CARI KAT KOMPLEKS-KOMPLEKS DI SEKITAR KAWASAN SKUDAI DAN BANDARAYA JOHOR BAHRU.KALAU ADA SESIAPA BACA KOMEN SAYA INI DAN MEMILIKI VCD WWE TAHUN 2000,2001,2002 DAN 2003 BOLEH CALL SAYA TAK.NO.TELEFON SAYA IALAH 07-5567764.HARAP ADA ORANG YANG CALL SAYA.SEKIAN TERIMA KASIH

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

kalau sape2 yang minat gusti dan nak menjadi ahli gusti aq tahu dkat mne Jalan Suarasa 8/4, Bandar Tun Hussein Onn,, 43200 Cheras, Selangor Contact Ayez ni no 01111602590

Iskandar Barca said...

ECW x best sgt berbanding WCW.. Nih ada Goldberg, NWO, DDP, Y2J,Ric Flair, Sting! Saya ada byk video WWE dlm harddisk.. Klau encik nk saya boleh bg percuma je..