Untungnya menjadi guru…
Cuti masuk pagi, pulang selepas tengahari
Murid cuti, guru cuti
Hujung minggu dapat lagi cuti….
(atas alasan mereka juga kakitangan kerajaan)
Untungnya jadi guru
Cuti berpuluh-puluh hari dalam setahun
(walaupun katanya mereka tak minta..tetapi bila diminta bekerja semasa hari cuti sekolah..tiada siapa yang sanggup terima)
Sedang pegawai lain hanya ada 30 hari dalam setahun
(itupun kadang-kadang tak sempat nak ambil)
Untungnya jadi guru
Dari Gred DG 41…
Boleh naik DG 44…hanya dengan ambil exam
Untungnya jadi guru
Kenaikan Gred bermakna kenaikan Gaji
Bukan sedikit tapi hampir RM 1000.00
(sama dengan gaji aku sebulan…)
Untungnya jadi guru
Petang-petang boleh buat “Part Time”
Ajar tiusyen dan kelas tambahan
Dapat lagi tambah Income
Untungnya jadi guru
Persatuan kuat menyokong dan mengungkit…
Bila ditegur ramai yang melenting
alasannya…
“kalau tiada guru..generasi takkan jadi bijak laksana..
takkan jadi pemimpin berwibawa”
Untungnya jadi guru…
Untungnya jadi guru…
Untungnya jadi guru….
Untuk Yang Guru tertentu Sahaja…Pesan aku “Ikhlaskan hati mendidik anak bangsa…Gaji dah tinggi..cuti dah banyak…tak perlulah lagi meminta-minta dan mengada-adakan apa yang tiada”
Aku Bukan Seorang Guru.. alangkah beruntungnya hidup…..
4 comments:
Untuk Yang Guru tertentu Sahaja…Pesan aku "Ikhlaskan hati mendidik anak bangsa…Gaji dah tinggi..cuti dah banyak…tak perlulah lagi meminta-minta dan mengada-adakan apa yang tiada"
Lain kali mak bapa hantar sekolah tu belajar, bagi IKHLAS sikit hati tu nak menghadap buku, menimba ilmu.
Sekarang apa sudah jadi? Orang gaji besar, engkau pula sibuk buat sajak tidak puas hati.
betulll kepada orang yang tak pernah jadi cikguu camm penyajak tuuu...
pergi la mengajarr kat mana-mana sebulan dua tau laa sedappp ke dakk...aku kalau dapatt kerja lainn dahh lamaa aku cabuttt
jangan ler nak pandang dari satu sudut jer... guru zaman kini memang tak sama dengan zaman dulu.. sekarang guru bukan setakat mengajor jer.. semua keje kena buat.. dialah guru, dialah kerani,dialah tukang sapu, dialah kuli, dialah serba-serbi.. kadang-kala duit gaji pun kena kongsi dengan anak murid yang kena anggap macam anak sendiri... UNTUNGNYA MENJADI GURU!
ko nak cuti banyak..jadila cikgu..ko ingat sume tak p keja masa cuti? yg keja masa cuti, bengkel sana-sini ko tak tau....?
bersyukurla ngan apa yg ada..
ngko try la dtg long anap...tengok sanggup tak ko jd cikgu kat sana...elaun banyak pun kalu pembangunan takda...hanya yg merasa jer pahammm...
Post a Comment