"...dan boleh jadi kamu benci akan sesuatu, sedang ia lebih baik bagimu, dan boleh jadi kamu kasihi akan sesuatu, sedang ia melarat bagimu. Dan Allah mengetahui, tetapi kamu tiada mengetahui"
(Al Baqarah:216)

Friday, December 30, 2005

Berita Gempar



Dis 2005 – Seekor ikan telah dilaporkan terdampar di Pantai Puteri pagi tadi. Menurut nelayan yang menjumpai bangkai ikan tersebut, ikan itu telah dijumpai pada pukul 7 pagi dan didapati sudah tidak bernafas lagi.

Menurut Ketua Balai Polis Tanjung Kling Melaka, setakat ini masih tiada maklumat lengkap mengenai ikan tersebut kerana dijumpai tanpa sebarang dokumen pengenalan diri. Malah siasatan sedang giat dijalankan. Beliau meminta kepada orang ramai supaya tampil memberi maklumat mengenai ikan tersebut di balai polis berhampiran-Tidak Bernama

Sumbangan-Akma (awek praktikal kat opis aku-lawak gak budak nie)

Wednesday, December 28, 2005

Petaling Street: Kenapa Susah Sangat Nak Buat Keputusan?

Beberapa hari kebelakangan nie, isu Petaling Street antara isu yang heboh diperkatakan umum dan media. Isu tentang kebiadaban dan sikap peniaga di sana yang menjadi buah mulut semua.

Entah siapa agaknya yang membongkar isu yang telah lapuk ini....

Pak kebun memang arif sangat dengan sikap samseng peniaga di Petaling Street...Pak Kebun rasa semua warga KL pun tau..apatah lagi pihak berkuasa..cuma selama ni semua buat bodoh aje. Butakan Mata, Pekakkan Telinga.

Pak Kebun tak ada data tentang berapa ramai yang dah kena maki, carut malah dibelasah oleh peniaga -peniaga samseng tersebut. tapi Pak Kebun yakin ramai yang dah jadi mangsa

Cuma yang pelik, Petaling Street makin dihiasi dan dicantikkan walaupun isu tersebut tak selesai (itu tak masuk lagi iosu pelacuran dan lain-lain)

Hari ni semua kecoh..semuanya sebab alasan "Mencemar Imej Di Mata Pelancong". Sekali lagi pelancong memainkan peranan kuat dalam isu di negara ini.. (isu ketuk ketampi ditimbulkan juga atas alasan pelancong)

Jadi apa isunya?
Jika Petaling Street sebagai taikan pelancong ada pelbagai alternatif yang boleh dibuat oleh pihak yang berwajib

Pertama: "Sekolahkan" peniaga-peniaga kat Petaling Street
Kedua: Pelbagaikan kaum yang meniaga di sana (untuk tunjukkan pada pelancong yang Malaysia ni muhibbah)

kalau dua-dua langah gagal...

tutup aje Petaling Street..lagipun kan banyak lagi temnpat tarikan pelancong di Kuala Lumpur yang kurang mendapat perhatian seperti Jalan Chow Kit (yang benar-benar daif jika dibandingkan dengan Petaling Street)

Bila dah tutup-hilang kisah samseng-hilang kisah pelancong..tapi ini semua hanya imiginasi Pak Kebun saja yang semuanya mustahil kerana ia akan menimbulkan lebih banayk isu...

"AKU HANYA SEORANG PAK KEBUN"

Ketagih Kari Mamak Longkang

ai...
pening betul kepala aku....
puas aku kawal dan cuba elak..
hari nie tetiba jae handle motor ex aku selekoh aje kat kedai Mamak Longkang nie....

macam ada 'hantu' yang memanggil-manggil

last..pekena gak nasi lauk kari kambing

hari nie kedai mamak longkang 'full house', nasib baik aku cepat..kalau lambat gamaknya takde kerusi kosonglah

mungkin nie la kelebihan 'golongan mamak' walau tersorok mana pun kedai dia tetap ada pelanggan...kalau kedai melayu..jangan haraplah

aku tak percaya sangat tentang isu 'kas-kas' yang dibawa sampai ke Parlimen.aku percaya pada citarasa dan layanan sediaada

lagipun ahli-ahli palimen pun bukannya ada isu yang nak dibincangkan...last-last isu 'kas-kas' yang dihebohkan

apa-apau pun..sejak dapat surat 'pindah' nie aku terfikir..kat tempat baru nanti ada tak kedai yang setanding dengan mamak longkang kat Negeri bersejarah nie

kalau tak..alamat meleleh air liur aje la.....hik..hik..hik..

Tuesday, December 27, 2005

Malaysia Maju

Betulkah Malaysia Negara Maju?
Apa dasar yang digunapakai oleh Pak Kebun untuk buat kenyataan ini?

Malaysia maju dari dua aspek.

Pertama: Hiburan/Artis
Kedua: Sosial

Artis-artis kita cukup “maju” setanding dengan artis asing. Kahwin-cerai dah jadi kebiasaan, menagih dadah, juga mendedah-dedah…itu kan “maju” namanya

Dari segi sosial pulak, cuba lihat sekeliling kita, malah kalau nak lebih hebat lihat di bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur dan sebagainya…..Blak Metal, Lumba Haram, Remaja berpeleseran, penagih dadah…itu kan “maju”

Cuma yang Pak Kebun sedihkan ialah “kemajuan” itu bukan dari aspek positif….

Hai Negara tercinta…….

Sistem Perparitan Punca Banjir Berpanjangan- MB Terengganu

Utusan Malaysia: 26 Disember 2005- Ketiadaaan pengawasan yang bertetusan oleh Pihak Berkuasa Tempatan terutamanya terhadap sistem perparitan dikenalpasti antara punca yang menyebabkan berlakunya banjir berpanjangan di negeri ini kata Menteri Besar Terengganu , Datuk Seri Idris Jusoh

Aku terfikir 2 perkara lepas baca berita ini.

Pertama: Adakah MB-MB negeri lain juga akan buat kenyataan yang sama

Kedua: Banjir di Terengganu berlaku saban tahun. Takkan batu tahun ni dapat kesan puncanya. Sebelum ni, agensi yang berkaitan buat apa?

Entahlah… aku bukan orang Pantai Timur dan bukan juga dari negeri yang sering dilanda banjir. Aku simpati pada masa banjir namun aku sering ketawa biola dengar kenyataan-kenataan yang diuat oleh pimpinan negeri tentang banjir…

GPMS Di Terajui Dua Presiden???

Bangi 28 Dis: Krisis Kepimpinan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) memuncak apabila dua kumpulan yang bertelagah masing-masing mengadakan Persidangan Agung Khas bagi melantik barisan pemimpin sesi 2005/2008 hari ini.

Kini ada dua Presiden bagi GPMS dan kedua-duanya menang tanpa bertanding dalam dua Mesyuarat Agung yang berasingan.

Aku tak tau sangat tentang GPMS, Cuma yang aku tahu ialah semasa bersekolah dulu memang terdapat pusat tiusyen yang dikendalikan oleh GPMS dengan harga yang amat berpatutan dan guru-guru yang berpengalaman berbanding dengan pusat tiusyen yang lain.

Melalui pembacaan aku maklum bahawa GPMS ditubuhkan untuk membela nasib pelajar-pelajar Melayu melalui pelbagai usaha dan pendekatan seperti tiusyen, ceramah, motivasi dan sebagainya dan sepanjang tempoh penubuhannya, GPMS memang terbukti berjaya menjalankan fungsinya dengan baik.

GPMS bukan sebuah agensi kerajaan mahupun swasta. Ia adalah NGO yang berkecuali dan tidak berpihak kepada mana-mana parti politik.

Disinilah aku lihat ‘kebocoran’ yang jelas dalam perebutan jawatan GPMS ini. Datuk Suhaimi Ibrahim tidak memegang apa-apa jawatan dalam mana-mana pertubuhan politik. Walaupun beliau pernah menyambut ketibaan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu majlis tetapi sambutan tersebut adalah sebagai seorang sahabat sahaja

Naina Merican, memang jelas seorang ahli politik. Beliau Exco Pemuda UMNO.

GPMS itu apa? Parti politik artau NGO? Jika ia NGO tidak perlulah diterajui oleh orang politik, memadailah ia diterajui oleh pimpinan yang bebas dari belenggu politik.

Pada hemat aku, cukuplah pelbagai isu di Negara kita ni di politikkan, hingga jawatan Presiden Persatuan Bolasepak juga perlukan Ahli politik sebagai Presiden. Ini isu pelajar, isu pelajar Melayu yang sering di war-warkan oleh UMNO, tidak perlulah campurtangan ahli politik kerana sering kali campurtangan ahli politik lebih banyak merosakkan dari memulihkan.

Hari ini, Pihak Pendaftar Pertubuhan memaklumkan, jika krisis GPMS masih tidak mampu diselesaikan, besar kemungkinan pendaftarannya akan dibubarkan…..

Fikir-Fikirkan…

Friday, December 23, 2005

Ahli Muzik: Rumpai Laut


" Rumpai Laut": Sedia Menerima Tempahan


Tarikh :10 Disember 2005
Tempa : Mama’s Jamming Studio
Masa : 10.00-11.00 malam
Kehadiran: Kumpulan Rumpai Laut dan Pak Kebun

Aku bersama-sama dengan kumpulan Rumpai Laut jamming di salah sebuah studio di Negeri Bersejarah ini.

Banyak lagu dimainkan antaranya lagu dari Kumpulan Radja dan Peter Pan serta Butterfingger

Aku memang buta muzik, jangan kata main muzik, nak menyanyi pun suara sumbang aje. Tapi aku suka ikut sahabat main muzik…Cuma kali ini lain dari hari-hari yang lain….

Kali ini: Pak Cik Main Muzik!!!!!!

Berpeluh jugaklah aku ‘layan’ lagu-lagu yang dimainkan malam pada malam tu…Lenguh jugaklah tangan aku memainkan alat muzik untuk senadakan dengan irama yang dimaikan oleh geng Rumpai Laut

Hebat..hebat…selesai jamming geng Rumpai Laut Ucapkan tahniah….

Aku tersenyum..kerana aku jadi pemuzik pada malam itu…walaupun alat muzik yang aku mainkan hanyalah…..





TAMBORIN!!!!

Kembara Buku, Memburu Ilmu: 2

Buku-Buku Yang Dibeli Semasa Kembara: 10 Disember 2005

Tarikh: 11 Disember 2005
Masa : 10.00 pagi-6.00 petang
Lokasi: Pustaka Indonesia (Jalan Masjid India) dan Kedai Buku di sepanjang Jalan TAR, Kuala Lumpur
Konsep: Kembara Buku Bajet Kecil
Peserta: Pak Kebun dan Badak

Ini adalah “Kembara Buku” yang kedua di tahun 2005 setelah kembara yang pertama pada 6 Mac 2005 yang lalu di Kg Jiboi Baru, Ampangan, Seremban, Negeri Sembilan DK (pejabat urusan ujanailmu.com.my)

Aku dan badak menamakannya sebagai “Kembara Buku” atas sebab kami berdua mencari buku ini keluar dari Negeri Bersejarah (negeri ini kaya dengan sejarah namun..miskin dengan kedai buku yang hebat).

Namun yang nyata kembara kali ini lebih menarik berbanding dengan kembara yang pertama.

Jika kembara yang pertama, kami hanya fokus di pejabat Ujanailmu tetapi kali ini kami menyusuri Jalan Masjid India dan Jalan Tunku Abdul Rahman mencari buku-buku yang tidak diperolehi di Negeri Bersejarah.

Walaupun agak kecewa kerana Pustaka Indonesia di tingkat dua bangunan Wisma Yakin, Jalan Masjid India (rasanya nama barunya ialah Pustaka Fajar Baru) tutup pada hari tersebut tetapi kembara kami teruskan dengan menyusuri sebuah demi sebuah kedai buku yang ada di sepanjang Jalan Tunku Abdul Rahman.

Akhirnya, aku membeli sejumlah 13 buah buku yang merangkumi pelbagai skop iaitu :

1- Abbas As Sissiy, 2001: IKHWANUL MUSLIMIN DALAM KENANGAN. Jakarta. Gema Insani Press
2- Abu Hassan Morad, 2005: TRILOGI: JULIA, NATASYA DAN CINTA MADINAH. Kuala Lumpur. Utusan Publication
3- Akbar S. Ahmed, 1993: LIVING ISLAM. Bandung Penerbit Mizan (terjemahan)
4- **Garaudy. R, 2005 (Cetakan Kedua): KEWUJUDAN NEGARA ISRAEL: SATU KAJIAN TENTANG GERAKAN POLITIK ZIONISME. Johor Bharu. Penerbitan Jahaserba (**hadiah dari Badak: Thanks sahabat)
5-Ghazi Muhammad Al Qarni, 2001: MENYINGKAP KEJAHATAN YAHUDI. Johor Bharu. Penerbitan Jahaserba
6- Hamka, 2006 (Edisi Terkini): TENGGELAMNYA KAPAL VAN DER WIJCK. Shah Alam. Pustaka Dini
7- Muhammad Umar Ghazali,2005: SHEIKH AHMAD YASIN: PERJUANGAN MEMBURU SYAHID. Shah Alam. Smart Life Resources
8- Noam Chomsky, 2003: POWER AND TERROR. Yogjakarta. Ikon Teralitera (terjemahan)
9- Roger Garaudy, 2000: MITOS DAN POLITIK ISRAEL. Jakarta. Gema Insani (terjemahan)
10-Ross E. Dunn, 2005: PENGEMBARAAN IBNU BATTUTA: MUSAFIR ISLAM. Kuala Lumpur. Penerbit Universiti Malaya (terjemahan)
11- Saiful Jazil, Imam Musbikin dan Sufyanto, 2000: SENANDUNG CINTA JALALUDDIN RUMI. Yogjakarta. Pustaka Pelajar
12- Shahnon Ahmad, 2001: ANJING, Sik. Pustaka Anak Sik
13- T.Taufiqulhadi, 2000: IRONI SATU KOTA TIGA TUHAN: DESKRIPSI JOURNALISTIK DI YERUSALEM. Jakarta. Penerbit Paramadina
14- Zehan Ur Rakhie, 2005: RAHSIA AGENDA ALAM HITAM: KELAHIRAN MUFRAD. Kuala Lumpur. Pekan Ilmu Publication


InsyaAllah kami akan mengembara lagi bila ada ‘terbau’ lubuk buku baru dan tiada tegahan dari poket yang kini sedang sakit…….

Selamat Pengantin Baru Sahabat

Sahabat Yang Hadir Di Majlis Perkahwinan Bek-27 Nov 2005

Musim Cuti Sekolah sinonim dengan Majlis perkahwinan…

Tidak terkecuali juga tahun ini.

PakKebun ucapkan Selamat Pengantin Baru kepada semua sahabat yang melangsungkan perkahwinan pada musim cuti sekolah tahun ni..

Mat Unos- 20 Nov
Bek - 27 Nov
Abong - 11 Dis
Yat - 17 Dis
Ayu - 17 Dis
Syaril - 18 Dis


“Semoga Perkahwinan Diberkati Allah dan Kekal Jodoh Hingga Ke Akhir Hayat”


Untuk Tatapan Sahabat-Mat Unos



Tatapan Untuk Sahabatku
(Terimalah puisi ini dari sahabatmu)

Berkumis nipis berbibir tebal
Hitam manis bermata bungkal
Kerasnya badan hatinya cekal
Rajin usaha sungguh tawakal

Terus bersahaja wataknya ceria
Tersenyum penuh makna tersimpan wajah luka
Ketawanya terasa gembira penawar ketika duka
Hidupnya penuh bahasa tersimpan penuh rahsia

Walaupun hidupnya penuh liku
Tak pernah melawan kata guru
Ibarat pohon berbuah lebat
Dia seorang sederhana hebat

Walaupun perangainya terbawa-bawa
Diisi dirinya dengan iman dan takwa
Supaya nanti beroleh ketenangan hidup
Disebabkan itulah wajahnya kian redup

Dalam meniti hidup seharian
Geleknya kecil berbentuk tarian
Asalnya untuk suka-suka
Membuatkan orang terasa leka

Lawak jenaka penutup bicara
Penuh cahaya semoga bahagia
Inilah sahaja tiada tara
Marhaen hidup manusia biasa

Sekian sahaja kali ini
Itu ini begitu begini
Jangan dilupa pada tasbih
Harap maaf jika terlebih

Sumbangan:
Badak
Ditujukan kepada Mat Unos yang melangsungkan perkahwinan pada 20 November 2005 yang lalu.

Lawatan Banjir Pak Lah Ke Kelantan- Ada “Banner”

Masih dalam Buletin Utama edisi 22 Dis 2005. Kali ini lawatan Pak Lah ke Negeri Kelantan iaitu salah sebuah negeri yang sinonim dengan banjir….

Acara biasa: bersalaman dan bermesra dengan rakyat serta serba sedikit sidang akhbar…

Cuma, yang peliknya, semasa sesi sidang akhbar tersebut (yang diadakan di salah sebuah Pusat Penempatan mangsa banjir sebenarnya) jelas kelihatan “banner” yang mengalu-alukan kedatangan Pak Lah ke pusat penempatan tersebut…

Hairan ye….dalam keadaan kritikal sebegini, harta benda banyak yang musnah serta banyak mangsa yang menderita masih ada pihak yang mempunyai masa lapang untuk menempah “banner” tersebut…..

Renung dan fikir-fikirkanlah…Oh ahli politik Negara tercinta………

Seragamkan Undang-Undang Keluarga Islam Di Malaysia?

Malam tadi, dalam berita Buletin Utama di TV 3, seorang menteri yang memegang portfolio yang berkaitan dengan keluarga dan wanita telah membuat kenyataan untuk meminta agar Undang-Undang keluarga Islam di Malaysia diseragamkan.

Ini kerana menurutnya, undang-undang Islam di Malaysia yang sediaada sediaada bersifat berat sebelah (lebih menyebelahi lelaki) dalam kes-kes yang berkaitan dengan penceraian, tuntutan nafkah, harta sepencarian dan lain-lain.

Tindakan ini disokong oleh seorang Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang menambah bahawa beliau akan meminta semua Senator Wanita dalam Dewan Negara menyokong cadangan ini.

Aku termenung dan terfikir ….apakah selama ini undang-undang keluarga Islam yang dipakai di Malaysia benar-benar tidak adil?

Jika benar apakah sumber perundangan tersebut??

Adakah berdasarkan Al-Quran dan Hadis????

Entahlah……….

Thursday, December 15, 2005

Warung Mamak "Longkang"

Di tempat aku..ada satu warung yang aku dan beberapa orang gelar sebagai "Warung Mamak Longkang". Dia dah lama meniaga kerana menurut bapak aku...warung tersebut kurang-kurangpun dah ada sejak 15-20 tahun lalu, sebaya dengan mamak-mamak veteran lain di Negeri ini (mamak cendok dan mee goreng)
Gelaran tersebut aku beri kerana lokasinya yang berhampiran dengan longkang kecil sebuah pasarraya (sebenarnya...gelaran tersebut terlalu 'brutal' barangkali) kerana longkang tersebut bukanlah macam longkang-longkang yang ada di Kuala Lumpur dan bandar-bandar besar yang lain..hanya longkang kecil sahaja...
Setiap kali aku lalu lorong tempat mamak tersebut, aku sekadar jeling tanpa ada niat nak singgah. Satu hari..Pak Ngah datang dan cerita tentang kari mamak nie...Aku terliur...dan esoknya aku cuba...
Ikan Pari+Kari Kambing+Kobis Goreng+Nasi Tambah Satu...
Hari tu, aku betul-betul kena kenangan Mamak Longkang, bila dah kenyang aku teringat kata-kata Pak Ngah sewaktu memerihalkan keenakan kari Mamak Longkang..
Kata Pak Ngah:
"KAU TAK CUBA KAU TAK TAHU, BILA DAH CUBA...KAU DAH PEKENA KARI DIA..KAU TERUS LUPA ADA LONGKANG DEKAT WARUNG TU"
HE..HE...HE.....

Korang Peasan Tak-Iklan Di Malaysia

Aku jarang tengok TV..kalau tgk pun kekadang jer..bergantung pada siaran yang ditayangkan...
ada beberapa perkara yang lawak tentang siaran TV di Malaysia terutamanya iklannya..

Iklan 1- Talian telefon bimbit...
aku tgk iklan nie bukan main berpepatah lagi.. "Bersatu tegu, bercerai roboh". Siap ada tunjukkan yang kalau ada 5 SIM kad..susah nak patah tetapi kalau 1 SIM kad senang nak patahkan..(konon-kononnya rasional dengan pepatah yang disuarakan awal-awal tadi)...ruypa-rupanya penghujung iklan hanya nak promosikan talian tambahan yang ditawarkan oleh pembekal...

Iklan 2: Sabun Pencuci-Pelembut
"Mai kita buktikan...****** Pover O2, cabarlah kuasanya"
"Mak..kenapa tak gunakan satu penutup penuh???" "Tak pe sayang..ini lebih jimat"....

kedua-dua dialog diatas..daripada dua iklan yang berkaitan dengan pencuci pakaian dan pelembut pakaian...
yang buat aku bengang sangat...ayat yang dituturkan pendek sangat..tetapi kalau korang tengok mulut masing-masing yang menuturkan dialong seolah-olah ia terlalu panjang..hingga suara dah takde tapi mulut masih terkumat-kamit macam kambing makan sirih.....

Rumusan:
Aku rasa orang yang buat iklan nie tak berapa nak gunakan otak yang dikurniakan Allah...kalau ye pun nak buat iklan alihbahasa...biarlah logik antara suara dengan pergerakan bibir pelakan..Apa dia ingat orang kita buta dan pekak ke ..sampai tak dapat nak tengok kelemahan tue...
Aku rasa kalau macam nie gamaknya pembuat iklan kat stesen TV tempatan ada baiknya dibuat pertandingan pertandingan "IKLAN PALING LAWAK"

Mula Bicara

Assalamualaikum wbt...
Akhirnya aku dah ada blog sendiri
kadangkala perjalanan hidup membuatkan aku tesa ingin mencoretkan sesuatu untuk sama-sama di halusi bersama
terima kasih kepada jiwarasa http://jiwarasa.blogspot.com/ kerana menurunkan serba-sedikit ilmu dalam penyediaan blog ini...
Salam Untuk semua