"...dan boleh jadi kamu benci akan sesuatu, sedang ia lebih baik bagimu, dan boleh jadi kamu kasihi akan sesuatu, sedang ia melarat bagimu. Dan Allah mengetahui, tetapi kamu tiada mengetahui"
(Al Baqarah:216)

Friday, January 15, 2010

Bangau oh Bangau..hahahaha

Semasa kita kecil, kita sering di dendangkan dengan pelbagai lagu kanak-kanak...dengan lagu-lagi yang dinyanyikan, hidup kita jadi gembira. lalu kita pun sama-sama menyanyi ikut bait-bait ayat dan rangkap demi rangkap. Namun, masa itu kita kana-kanak...kita tidak tahu tentang metafora, kita tak tahu tentang maksud tersirat disebalik lagu-lagu yang kita nyanyikan...

Hebatnya masyarakat melatu kita pada masa dahulu ialah mamu menyelitkan elemen-elemen tesirat disamping irama gembira untuk sama-sama kita fikirkan..

Lagu bangau oh bangau merupakan salah satu lagu yang terkanduing dalam kategori ini. Ini berlaku bila mana bangau tidak pernah mengaku kesalahannya sebalikknya tetap menyalahkan orang/perkara lain tas apa yang telah berlaku...hinggalah lagi ini ditamatkan oleh sang ular yang sangat berani berkata benar pada keputusannya...

Senaria yang dipaparkan dalam berita di bawah sama dengan lagu bangau-oh bangau. masing-masing tidak pernah mengaku dan menunding jari kononnya kesilapan itu adalah kerana pihak lain....

Siapa akan jadi ular? walahualam
cuma mintak lah kerajaan siasat siapa yang menganggur ini
jangan hanhya menyalak tentang ketuanan melayu sahaja...nah buktikan kalau benar-bnar nak berbakti...

akhir kata mungkin kita boleh sama-sama menyanyi lagu ini dengan irama bangau (sari kata ikut yang baru)

Graduan oh Graduan
kenapa engkau tak posting?

macam mana aku nak posting
KPM kata takde kosong
KPM kata takde kosong

KPM oh KPM
kenapa tak ada kosong?

Macam mana nak ada kosong
lepasan maktab berlambak
lepasan maktab berlambak

Maktab-oh maktab kenapa lepasan kau berlambak?

macam mana tak berlambak aku pun keluarkan budak2
graduan macam IPT

IPT oh IPT kenapa kau keluarkan graduan
macam mana aku tak keluarkan graduan
dulu KPM mintak
dulu KPM mintak

KPM oh KPM kenapa dulu kau mintak?

Dulu aku mintak
sekarang aku tak mintak
sebab memang dah keje aku
memang dah keje aku....


Graduan guru tiada kerja, IPTA dipersalah

Institut pengajian tinggi awam (IPTA) tidak sewajarnya menawarkan program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Sekolah Rendah),memandangkan ia telah ditawarkan oleh Institusi Pendidikan Guru (IPG), kata Timbalan Menteri Pelajaran Dr Mohd Puad Zarkashi.

Beliau berkata, penawaran program berkenaan di IPTA menjadi salah satu punca masih ada guru lepasan ijazah yang menganggur tidak mempunyai tempat di sekolah-sekolah rendah.

"Graduan program berkenaan dari IPTA tak boleh mengajar di sekolah rendah sebab kita sudah ada lulusan dari IPG. Graduan IPTA sepatutnya mengajar di sekolah menengah, tapi bila ambil opsyen ini susah nak dapat tempat di sekolah rendah" katanya kepada pemberita selepas majlis perjumpaan dengan warga pendidik daerah Kubang Pasu, di SMK Megat Dewa, dekat Jitra semalam.

Bagi mengatasi masalah berkenaan, katanya, penyelarasan perlu ada antara kementerian pelajaran Malaysia (KPM) dan IPTA bagi memastikan kursus atau program yang ditawarkan benar-benar mengikut unjuran yang telah ditetapkan.

Mohd Puad berkata, lulusan IPG tidak mempunyai masalah penempatan kerana mereka telah dilatih untuk ditempatkan di sekolah-sekolah rendah, sebaliknya masalah hanya timbul apabila membabitkan guru lepasan IPTA.

Katanya, sebagai kementerian yang bertanggungjawab, pihaknya akan cuba menyelesaikan masalah penempatan berkenaan demi masa depan graduan terbabit.

"Saya menerima satu senarai yang mengandungi nama 20 graduan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang memilih program berkenaan, Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Sekolah Rendah]) dan ada di antara mereka masih menganggur walaupun sudah hampir setahun tamat belajar," katanya.

Sementara itu, mengenai isu pendaftaran sekolah bagi anak-anak warganegara asing, Mohd Puad berkata masih ramai ibu bapa tidak memahami serta keliru dengan peraturan yang telah ditetapkan KPM.

Beliau menjelaskan, bagi warganegara Myanmar atau Rohingya yang mempunyai permit pekerjaan di negara ini, mereka boleh mendaftarkan anak mereka di sekolah kerajaan, tetapi mesti berpendapatan melebihi RM3,500 serta mempunyai dokumen yang sah dan dikenakan yuran sebanyak RM120 bagi sekolah rendah, manakala RM240 untuk sekolah menengah.

Katanya, bagi pelarian atau pemegang kad Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu Untuk Pelarian (UNCHR) pula, mereka tidak boleh mendaftarkan anak mereka di sekolah kerajaan, manakala bagi rakyat asing yang berkahwin dengan warganegara ini, dokumen pengesahan daripada ketua kampung atau penghulu sudah mencukupi, tetapi masih perlu membayar jumlah yuran yang sama.

- Bernama


No comments: