"...dan boleh jadi kamu benci akan sesuatu, sedang ia lebih baik bagimu, dan boleh jadi kamu kasihi akan sesuatu, sedang ia melarat bagimu. Dan Allah mengetahui, tetapi kamu tiada mengetahui"
(Al Baqarah:216)

Friday, January 29, 2010

Apa Kau Cari?? (Part 3)

Cakap memang mudah
tambah-tambah lagi bukan kita yang hadapi
cakap memang mudah
bila kita tidak lalui

cakap memang murah
kerana hanya contoh diri sendiri
cakap memang murah
kerana tak terkena batang hidung sendiri
cakap memang murah
kerana cakap tak serupa bikin...


Thursday, January 28, 2010

Apa Kau Cari?? (Part 2)


Perjalanan kita tidak pernah sama
walaupun matlamat kita serupa

liku perjalanan kita amat berbeza
barangkali kau lebih berliku
barang kali aku lebih beronar..

kau lebih tahu
aku pula lebih mengerti

apa kau cari?
itu akan kau temui

apa aku cari
itu pasti akan miliki

jalan kita tak sama
laluan kita tak serupa
matlamat kita sama

lalu...
tanyalah diri kita
selepas ini
apakah kita sanggup dipertanggungjawabkan selamanya atas 'pencarian' ini?

Wallahualam...

Sapa Berani Settle?

SIAPA BERANI SETTLEKAN MASALAH NI?
DBKL?
KPDN HEP?
MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN?
MENTERI PELANCONGAN?

DAH BERTAHUN-TAHUN KISAH-KISAH SEBEGINI DIKITAR SEMULA DAN TAKKAN SELESAI SAMPAI BILA-BILA...

DULU KATA PENIAGA YANG SAMSENG IALAH WARSA ASING

SEKARANG APA PULAK JAWAPAN 'SI TOLOL'?

Petikan Hariam Metro (28 Jan 2010)

Peniaga samseng

Oleh Yusliza Yakimir Abd Talib
yusliza@hmetro.com.my
2010/01/22
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

KUALA LUMPUR: Macam samseng. Itulah keluhan pelanggan yang tidak berpuas hati terhadap sikap segelintir peniaga di sekitar Jalan Petaling di sini jika pelanggan enggan membeli barangan mereka selepas tawar menawar.

KUALA LUMPUR: Macam samseng. Itulah keluhan pelanggan yang tidak berpuas hati terhadap sikap segelintir peniaga di sekitar Jalan Petaling di sini jika pelanggan enggan membeli barangan mereka selepas tawar menawar.


Mereka dikatakan sanggup mengherdik, memaki hamun dan mengugut pelanggan, malah ada yang memaksa pelanggan membeli barangan mereka lebih-lebih lagi jika singgah berseorangan.


Seorang pelanggan yang ingin dikenali sebagai Ahmad, berkata dia serik untuk membeli barangan di situ kerana pernah dimaki peniaga gara-gara enggan membeli barang walaupun sudah tawar menawar.


“Peniaga meletakkan barang dengan harga yang sangat tinggi, selepas tawar menawar pun harganya masih tidak munasabah. Apabila tidak mahu membeli, saya pula dimarahi dengan kata-kata kesat.


“Malah, saya juga beberapa kali melihat peniaga menipu pelanggan dengan meletakkan harga jam tangan berjenama tiruan hingga mencecah ribuan ringgit dan mendakwa kononnya ia diimport dari Jepun dan berkualiti tinggi,” katanya.

KUALA LUMPUR: Macam samseng. Itulah keluhan pelanggan yang tidak berpuas hati terhadap sikap segelintir peniaga di sekitar Jalan Petaling di sini jika pelanggan enggan membeli barangan mereka selepas tawar menawar.


Mereka dikatakan sanggup mengherdik, memaki hamun dan mengugut pelanggan, malah ada yang memaksa pelanggan membeli barangan mereka lebih-lebih lagi jika singgah berseorangan.


Seorang pelanggan yang ingin dikenali sebagai Ahmad, berkata dia serik untuk membeli barangan di situ kerana pernah dimaki peniaga gara-gara enggan membeli barang walaupun sudah tawar menawar.


“Peniaga meletakkan barang dengan harga yang sangat tinggi, selepas tawar menawar pun harganya masih tidak munasabah. Apabila tidak mahu membeli, saya pula dimarahi dengan kata-kata kesat.


“Malah, saya juga beberapa kali melihat peniaga menipu pelanggan dengan meletakkan harga jam tangan berjenama tiruan hingga mencecah ribuan ringgit dan mendakwa kononnya ia diimport dari Jepun dan berkualiti tinggi,” katanya.


Katanya, kebanyakan jam tangan tiruan dijual peniaga terbabit kepada pelancong asing dengan harga yang tidak munasabah dan meletakkan harga hingga RM800.


Tinjauan Metroplus juga mendapati masih terdapat lambakan barangan tiruan seperti beg tangan, beg galas, dompet, seluar jeans dan kasut.


Antara barangan tiruan menggunakan jenama terkenal termasuk Gucci, Calvin Klein, Prada, Chanel, Nike, Levi’s, Burberry, Fendi, Louis Vuitton dan Mont Blanc.


Lebih mengecewakan, lokasi perniagaan beberapa kedai barangan tiruan terbabit hanyalah di bawah papan tanda amaran ‘dilarang menjual produk cetak rompak’ yang dipasang Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).


Peniaga cakera video digital (DVD) cetak rompak pula kini tidak lagi menjalankan aktiviti penjualan di gerai sebaliknya menggunakan taktik baru dengan mengupah pekerja menjualnya kepada orang ramai yang lalu lalang di sepanjang kawasan berkenaan.

Bagi pelajar, Mohd Rizzuan Arip, 24, kegiatan penjualan barangan tiruan sentiasa mendapat permintaan tinggi daripada pembeli, sekali gus menggagalkan usaha membanteras penjualan barangan cetak rompak.


“Kebiasaannya, pembeli terdiri daripada mereka yang mementingkan jenama tetapi tidak mampu mengeluarkan modal untuk mendapatkan barangan asli yang berharga lebih tinggi,” katanya.

Friday, January 22, 2010

...

Apa yang dinilai?
Kuantiti atau kualiti?

buat aku makin keliru....

Apa Kau Cari?? (Part 1)


Tanya pada diri mu...
Tanya pada hati mu...
Tanya pada akal mu...
Tanya pada minda mu...
Tanya pada iman mu...

apa yang kau mahu?
apa yang kau cari?

kerana..
tidak akan kamu berasa gundah
tidak akan kamu berasa resah
andai kau tahu...
apa yang kau cari....

Jaga-Jaga

Ada orang kata, negara kita ekonominya sudah meleset..kerajaan yang ada sudah kekurangan duit...lalu..diperkenalkan pelbagai cukai...

kenapa?

untuk menambah pendapatan kerajaan dan dalam masa sama kononnya tidak akan membebankan rakyat..contoh...kredit kad dah kena cukai kerajaan, dan tak lama lagi GST (Cukai barangan ) akan diperkenalkan...kita sama-sama tunggu..

Kemudian..ada yang kata lagi, kerajaan mula lepaskan subidi dan mula tidak memberi kawalan terhadap barangan-barangan tertentu..

kenapa?

Subsidi boleh ditarik ke dalam kantung negara..dan menambah pendapatan negara yang semakin kering...dan seperti biasa...rakyat tidak akan dibebankan...contoh...gula dihapuskan subsidi, roti dilepaskan dari 'kawalan' kemudian lepas ini...bahan bakar pulan akan menjadi sasaran seterusnya....

kata orang...kerana kerajaan tak ada duit..maka mana-mana sumber yang boleh mendatangkan duit akan dimaksimakan sepenuhnya...contoh...belanja makan budak2 sekolah (barangkali)..dan saman.....

betul ke?

Wallahualam..namun kebelakangan ini di TV, di radio dan di depan mata...operasi jalan raya makin kerap berbanding masa lalu....

adakah ini membenarkan kata-kata orang ramai itu???

Sembilan kesalahan trafik denda maksimum RM300 (Malaysiakini 22 Jan 2010)

Jan 22, 10 9:38am
Kesalahan tidak memakai tali pinggang keledar dan tidak memakai topi keledar adalah antara sembilan kesalahan serius yang akan dikenakan denda maksimum RM300 dalam Ops Bersepadu sempena sambutan perayaan Tahun Baru Cina yang bermula dari 8 hingga 22 Feb ini.

Menteri Pengangkutan Datuk Seri Ong Tee Keat berkata dua kesalahan itu dikenal pasti sebagai penyebab kepada kecederaan serius yang menyumbang kepada peningkatan jumlah kemalangan maut.

"Tujuh kesalahan serius lain terdiri daripada memandu melebihi had laju, memotong di garisan berkembar, memotong barisan, tidak mematuhi lampu isyarat, menggunakan lorong kecemasan, memandu secara berbahaya dan membawa muatan lebih had," katanya semasa melancarkan kempen keselamatan jalan raya sempena musim perayaan Tahun Baru Cina 2010 di Plaza Tol Sungai Besi semalam.

Beliau berkata sembilan kesalahan itu dikenal pasti oleh satu 'mini lab' penguatkuasaan yang diadakan baru-baru ini anjuran Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya (Miros).

"Ini sebagai satu amaran awal kepada orang ramai sebab biasanya bila seseorang itu didapati sabit kesalahan di sisi undang-undang trafik, ada yang kata dia tak tahu langsung tentang kesalahan yang dilakukan.

"Jadi, saya di sini nak pesan supaya semua mesti tahu sembilan kesalahan serius yang dikenal pasti," katanya.

Sementara itu kempen bersepadu yang bertemakan 'Buckle Up, It Is The Law' dianjurkan hari ini bertujuan memastikan pengguna jalan raya memandu dengan berhati-hati dan sentiasa memakai tali pinggang keledar semasa memandu, terutama pada musim perayaan.

Walaupun undang-undang mengenai tali pinggang keledar di tempat duduk belakang dikuatkuasakan setahun yang lepas, rakyat dilihat masih perlu diingatkan secara berterusan supaya memakai tali keledar itu demi keselamatan mereka.

Sehingga kini, hampir 300 kematian dicatatkan akibat kecuaian pengguna kenderaan tidak memakai tali pinggang keledar di tempat duduk belakang.

- Bernama







Wednesday, January 20, 2010

Still....


Still Fighting My Personal Demons......

Saturday, January 16, 2010

Api Mula Marak (barangkali)




Rum bottle thrown at Malaysia mosque amid tension

The Associated Press
Saturday, January 16, 2010; 6:52 AM

KUALA LUMPUR, Malaysia -- Vandals threw a rum bottle at a mosque in the first attack on a Muslim house of worship after almost a dozen similar assaults on churches in Malaysia the past week, police said Saturday.

Police have dismissed the attacks as vandalism, but they have caused disquiet in multiracial Malaysia and raised fears of more widespread religious tensions.

One Sikh temple and 11 churches have been hit - most of them with molotov cocktails - since Jan. 8. One church was partially gutted, though the others sustained only minor damages. No arrests have been made.

The unrest follows a Dec. 31 court ruling that allowed non-Muslims to use the word "Allah" to refer to God. The verdict upset Muslims who make up 60 percent of Malaysia's 28 million people. The government has argued allowing Christians to use the word will confuse Muslims and entice them to convert.

The bottle was thrown at a mosque in eastern Sarawak state late Friday and found smashed near an outer wall inside the compound, said local police chief Abu Bakar Mokhtar. He said they didn't know if it contained any alcohol when vandals threw it. Most Muslims consider alcohol illegal.

Abu Bakar blamed "naughty boys" for the incident.

In the latest church attack late Friday, vandals smashed a window of a church in southern Negeri Sembilan state, said Saiful Azly Kamaruddin, a district police chief.

He said the attack also appeared to be vandalism, and added police have stepped up patrols and deployed more plainclothes officials in the area.

The unrest centers on the court ruling, in which the Herald, the main newspaper of the Roman Catholic Church in Malaysia, argues it has the right to use the word "Allah" in its Malay-language edition because it predates Islam and is commonly used by Christians in other predominantly Muslims countries, such as Egypt, Indonesia and Syria. It is also used in Malay-language Bibles.

The government has condemned the attacks and assured Christians, who make up some 9 percent of Malaysia's population, they are safe.

But the attacks aren't abating. The office of lawyers representing the Herald in their legal fight was also ransacked earlier this week.


Duhai sahabat

Duhai saudara ku

Mari ke mari kita bersama

Menghidu harum bunga

Mencicip pahit kopi

Agar tenang jiwa

Agar suci hati


Wahai sahabat

Wahai saudara

Renunglah dalam-dalam mata mereka

Adakah kau temui kebencian di sana?


Wahai sahabat

Wahai saudara

Dengar dengan teliti

Kata-kata mereka

Adakah kau dengar tentang kebencian di sana?


Sahabat dan saudara

Gunakan akal mu nan satu

Pikir dan timbang dengan teliti

Ini bukan perkara kecil

Ini api yang makin marak


Sahabat dan saudara

Hilang pertimbanga

Kita semua akan rentung dan hangus

Bila nafsu menguasai minda


Bila hati menguasai rasa..

Tika itu sahabat dan saudara

Tika kita semua sudah rentung

Tika kita semua sudah hangus

Tika semuanya sudah musnah


Apakah masa itu baru jiwa hendak berlembut

Atau?

Kita hanya akan sedar bila terdengar gelak ketawa dari hujung lorong?


Ayuh sahabat

Ayuh saudara

Kita hidu harum bunga

Kita cicip pahit kopi

Agar jiwa tenang dari gelora

Dan kita semua kembali sejahtera....

Baik Punya..


Kesiannnn kita...
dihimpit oleh kapitalis mengaut untung berganda-ganda...
mujur ada sang lanun..yang menjual tanpa banyak modal-tanpa keringat tanpa perlu memerah otak dan idea mari kita sama-sama fikirkan..

apa bezanya kapitalis yang menagut untung berpuluh2 kali ganda dengan sang lanun yang mengaut untung tanpa perlu memerah idea?

jawapannya sama..

kedua-duanya bermotifkan wang kini sang lanun di buru... pelanggan juga turut akan didenda jika di tangkap... lalu aku bertanya.... apa hiburan untuk kita... yang makin terhimpit ini...

rasanya dahulu kerajaan pernah bagi arahan pada sang kapitalis untuk turunkan harga..bagi lawan anasir sang lanun... namun sapa yang mahu untung sedikit dan arahan hanya tinggal arahan....

mungkin pemberi arahan sudah kenyang perut dan mulut barangkali... lalu pada siapa hendak di sabitkan salah?

pada pembeli..

dan sekali lagi pembeli pembeli itu adalah kita kita rakyat di bumi tercinta sekadar perbandingan antara harga sang kapitalis berbanding dengan sang lanun untuk sekeping 'movee' digital

RM 49.95 (Sekeping)-sang kapitalis
RM 10.00 (dua kepng)- sang lanun

lalu..mana satu pilihan kita? tepuk dada tanya akal sambil kita tunggu mangsa pertama yang bakal dijerat...

Miliki satu VCD, DVD cetak rompak boleh dikena tindakan

16/01/2010 4:01pm

BUTTERWORTH 16 Jan. – Orang ramai yang memiliki walau hanya sekeping cakera video digital (DVD) atau cakera padat video (VCD) cetak rompak boleh dikenakan tindakan undang-undang selepas Akta Hak Cipta dipinda tidak lama lagi.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, perkara itu termasuk dalam rangka cadangan pindaan akta berkenaan yang sedang diteliti oleh kementerian itu.

"Di bawah Akta Hak Cipta (sedia ada), menjual salah, tetapi membeli sekeping DVD atau VCD cetak rombak tidak salah. Sepatutnya kalau jual salah, beli pun salah juga,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Program Kesedaran Kepenggunaan di sini, hari ini.

Beliau berkata, di bawah peruntukan akta sedia ada, hanya mereka yang memiliki tiga keping atau lebih DVD atau VCD cetak rompak boleh dikenakan tindakan undang-undang. - BERNAMA

Friday, January 15, 2010

Bangau oh Bangau..hahahaha

Semasa kita kecil, kita sering di dendangkan dengan pelbagai lagu kanak-kanak...dengan lagu-lagi yang dinyanyikan, hidup kita jadi gembira. lalu kita pun sama-sama menyanyi ikut bait-bait ayat dan rangkap demi rangkap. Namun, masa itu kita kana-kanak...kita tidak tahu tentang metafora, kita tak tahu tentang maksud tersirat disebalik lagu-lagu yang kita nyanyikan...

Hebatnya masyarakat melatu kita pada masa dahulu ialah mamu menyelitkan elemen-elemen tesirat disamping irama gembira untuk sama-sama kita fikirkan..

Lagu bangau oh bangau merupakan salah satu lagu yang terkanduing dalam kategori ini. Ini berlaku bila mana bangau tidak pernah mengaku kesalahannya sebalikknya tetap menyalahkan orang/perkara lain tas apa yang telah berlaku...hinggalah lagi ini ditamatkan oleh sang ular yang sangat berani berkata benar pada keputusannya...

Senaria yang dipaparkan dalam berita di bawah sama dengan lagu bangau-oh bangau. masing-masing tidak pernah mengaku dan menunding jari kononnya kesilapan itu adalah kerana pihak lain....

Siapa akan jadi ular? walahualam
cuma mintak lah kerajaan siasat siapa yang menganggur ini
jangan hanhya menyalak tentang ketuanan melayu sahaja...nah buktikan kalau benar-bnar nak berbakti...

akhir kata mungkin kita boleh sama-sama menyanyi lagu ini dengan irama bangau (sari kata ikut yang baru)

Graduan oh Graduan
kenapa engkau tak posting?

macam mana aku nak posting
KPM kata takde kosong
KPM kata takde kosong

KPM oh KPM
kenapa tak ada kosong?

Macam mana nak ada kosong
lepasan maktab berlambak
lepasan maktab berlambak

Maktab-oh maktab kenapa lepasan kau berlambak?

macam mana tak berlambak aku pun keluarkan budak2
graduan macam IPT

IPT oh IPT kenapa kau keluarkan graduan
macam mana aku tak keluarkan graduan
dulu KPM mintak
dulu KPM mintak

KPM oh KPM kenapa dulu kau mintak?

Dulu aku mintak
sekarang aku tak mintak
sebab memang dah keje aku
memang dah keje aku....


Graduan guru tiada kerja, IPTA dipersalah

Institut pengajian tinggi awam (IPTA) tidak sewajarnya menawarkan program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Sekolah Rendah),memandangkan ia telah ditawarkan oleh Institusi Pendidikan Guru (IPG), kata Timbalan Menteri Pelajaran Dr Mohd Puad Zarkashi.

Beliau berkata, penawaran program berkenaan di IPTA menjadi salah satu punca masih ada guru lepasan ijazah yang menganggur tidak mempunyai tempat di sekolah-sekolah rendah.

"Graduan program berkenaan dari IPTA tak boleh mengajar di sekolah rendah sebab kita sudah ada lulusan dari IPG. Graduan IPTA sepatutnya mengajar di sekolah menengah, tapi bila ambil opsyen ini susah nak dapat tempat di sekolah rendah" katanya kepada pemberita selepas majlis perjumpaan dengan warga pendidik daerah Kubang Pasu, di SMK Megat Dewa, dekat Jitra semalam.

Bagi mengatasi masalah berkenaan, katanya, penyelarasan perlu ada antara kementerian pelajaran Malaysia (KPM) dan IPTA bagi memastikan kursus atau program yang ditawarkan benar-benar mengikut unjuran yang telah ditetapkan.

Mohd Puad berkata, lulusan IPG tidak mempunyai masalah penempatan kerana mereka telah dilatih untuk ditempatkan di sekolah-sekolah rendah, sebaliknya masalah hanya timbul apabila membabitkan guru lepasan IPTA.

Katanya, sebagai kementerian yang bertanggungjawab, pihaknya akan cuba menyelesaikan masalah penempatan berkenaan demi masa depan graduan terbabit.

"Saya menerima satu senarai yang mengandungi nama 20 graduan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang memilih program berkenaan, Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Sekolah Rendah]) dan ada di antara mereka masih menganggur walaupun sudah hampir setahun tamat belajar," katanya.

Sementara itu, mengenai isu pendaftaran sekolah bagi anak-anak warganegara asing, Mohd Puad berkata masih ramai ibu bapa tidak memahami serta keliru dengan peraturan yang telah ditetapkan KPM.

Beliau menjelaskan, bagi warganegara Myanmar atau Rohingya yang mempunyai permit pekerjaan di negara ini, mereka boleh mendaftarkan anak mereka di sekolah kerajaan, tetapi mesti berpendapatan melebihi RM3,500 serta mempunyai dokumen yang sah dan dikenakan yuran sebanyak RM120 bagi sekolah rendah, manakala RM240 untuk sekolah menengah.

Katanya, bagi pelarian atau pemegang kad Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu Untuk Pelarian (UNCHR) pula, mereka tidak boleh mendaftarkan anak mereka di sekolah kerajaan, manakala bagi rakyat asing yang berkahwin dengan warganegara ini, dokumen pengesahan daripada ketua kampung atau penghulu sudah mencukupi, tetapi masih perlu membayar jumlah yuran yang sama.

- Bernama


Wednesday, January 13, 2010

Apa Cerita?


Buat Yang Mengerti....
kalau dah kerap benor tak de air cond dan wifi..
elok korang tutup sahaja khutub khanah ni...

Monday, January 11, 2010

Harum bunga dan Pahit Kopi



Mari ke sini sahabat

Kita hidu harumnya bunga


Mari sini sahabat

Kita cicip secawan kopi


Mari sini sahabat

Sambil kita nikmati harum bunga

Sambil kita nikmati pahitnya kopi


Kita duduk bersama

Membuka minda

Menyerah jiwa

Pada Yang Maha Esa


Buka minda kita sahabat....

Dalam keperitan kita menghadapi bahana ekonomi

Yang semakin meleset


Kenapa kita tiba-tiba dimarakkan

Dengan api ‘keagamaan’

Kenapa kita tiba-tiba dimarakkan

Dengan api ‘perkauman’


Adakah ini gula-gula ‘pahit’ untuk kita?

Adakah ini ‘candu’ untuk kita?

Agar timbul usaha ‘perpaduan’

Kemudian akan muncul ‘penyelamat’


Mari sini sahabat

Kita hidup harum bunga

Mari sini sahabat

Kita cicip kopi pahit


Agar harum bunga dan pahit kopi

Jadi ‘penawar’ kepada ‘kebodohan’ yang sedang ditabur..


Gereja Dibakar, Kewibawaan Pemerintah Diuji...
(Petikan Mstar)

JUMAAT lalu, Malaysia sebuah negara yang tersohor di seluruh dunia dengan rakyatnya yang hidup harmoni, saling hormat-menghormati dan bersatu digegarkan dengan kejadian perbuatan khianat membakar gereja.

Terkini awal hari ini, gereja Sidang Injil Borneo di Seremban 2 dikatakan cuba dibakar selepas polis menemui kesan hangus di bangunan rumah ibadat itu.

Insiden itu menjadikan kesemuanya sebanyak lapan kes dalam tempoh tiga selepas yang pertama apabila gereja Metro Tabernacle di Desa Melawati, Kuala Lumpur musnah sama sekali pada Jumaat lalu.

Kalau boleh kita katakan, semua insiden tersebut berlaku sebaik sahaja pemimpin masyarakat Islam pelbagai peringkat secara lantang membantah keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur baru-baru ini, membenarkan Herald-The Catholic Weekly menggunakan kalimah Allah dalam penerbitannya atas alasan ia mempunyai hak dalam Perlembagaan.

Hakim Datuk Lau Bee Lan semasa membuat keputusan kontroversi itu menegaskan, Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah bertindak secara salah ketika mengenakan larangan penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan akhbar mingguan itu.

Terus baik golongan ulama, pemimpin Umno, badan bukan kerajaan (NGO) Islam, ahli akademik dan pemimpin pembangkang termasuk PAS menyuarakan bantahan mereka.

Ternyata perbuatan membakar gereja ini sengaja dilakukan kerana mungkin hasrat pelaku mahu melaga-lagakan orang Islam dan Kristian di negara ini, umpama mahu menjolok sarang tebuan. Perpaduan dan keharmonian hidup pelbagai agama di negara ini sengaja mahu diuji.

Kewibawaan kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak kelihatannya mahu dicabar termasuk polis. Dalam situasi begini kebijaksanaan Perdana Menteri sangat-sangat ditagih apatah lagi media-media asing sentiasa menanti peluang mahu melaporkan yang 'buruk-buruk' sahaja mengenai Malaysia.

Malah ada di kalangan media asing menganggap terbakarnya gereja akibat perbuatan khianat di negara ini umpama orang mengantuk yang disorong bantal kerana mahu mencetuskan berita sensasi yang negatif supaya nama baik Malaysia tercemar. Itu agenda mereka yang bukan lagi rahsia.

Agak lama Malaysia tidak dihimpit krisis kaum dan agama, dan apa yang berlaku ketika jangan dipandang enteng. Kemakmuran negara ini mampu hancur lebur jika sentimen agama diambil mudah oleh pihak-pihak tertentu.

Dalam menangani krisis ini, pucuk pimpinan negara mahu seluruh rakyat bertenang berdepan dengan situasi seperti ini - mungkin ada yang terfikir bagi mengelakkan peristiwa berdarah seperti 13 Mei 1969 tidak berulang.

Polemik itu turut menarik perhatian Istana Negara sehinggakan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin menitahkan semua pihak supaya sentiasa menghormati kesucian ajaran dan kedudukan Islam sebagai agama rasmi Persekutuan Malaysia.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Istana Negara pada Sabtu lalu, Seri Paduka yang memandang serius isu penggunaan kalimah Allah dan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur berhubung perkara itu, juga meminta rakyat menghormati tempat ibadat agama masing-masing tanpa mengira kaum. Di sebalik kecaman yang dilontarkan terhadap keputusan mahkamah itu, ada juga pemimpin yang bersikap menongkah arus dengan menyatakan sokongan terhadap penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan akhbar mingguan katolik itu.

Bukan mahu menuding jari kepada Yang Dipertua PAS Shah Alam, Khalid Samad kerana mengeluarkan pandangan berbeza dalam isu itu.

Namun kenyataan Khalid yang juga adik kepada Ahli Parlimen Johor Bharu, Datuk Shahrir Samad itu bukan suatu yang mengejutkan kerana beliau sering menyatakan pendirian berbeza dengan pucuk pimpinan PAS dalam beberapa isu tertentu lewat kebelakangan ini.

Bagaimanapun, pandangannya itu dikecam hebat oleh pelbagai pihak termasuk Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Nordin yang menggesa Ahli Parlimen Shah Alam itu supaya keluar PAS.

Persoalannya sekarang, adakah perbezaan pendapat yang wujud itu dengan anggapan orang Kristian tidak menyalahgunakan kalimah suci itu atau ia sudah menjadi agenda politik parti tertentu?

Dan siapa pula yang harus dipersalahkan apabila isu penggunaan kalimah Allah yang digunakan dalam al-Quran dan buku-buku agama dituntut haknya oleh orang Kristian?

Adakah kesalahan itu wajar digalas oleh pihak kerajaan, golongan ulama atau parti politik yang meletakkan Islam sebagai asas perjuangan?

Soal benar atau salah pendapat seseorang itu agak sukar ditafsir, bak kata pepatah jika tidak pandai lebih baik kita berdiam diri dan usah berlagak seperti ‘tikus yang cuba membaiki labu’. Memetik kata-kata Mufti Perak, Tan Sri Dr Harussani Zakaria yang berkata, semua ini terjadi berpunca daripada kelemahan dan perpecahan umat Islam itu sendiri.

Menurutnya, sudah tiba masanya Majlis Raja-Raja bertindak mempertahankan kesucian agama Islam daripada dihina oleh agama lain.

Jelas tokoh agama ini, soal agama atau akidah tidak boleh dibawa berkompromi sebaliknya harus diselesaikan segera.

“Pemahaman Islam dan Kristian tentang tuhan adalah berbeza dan merupakan dosa besar jika membenarkan perkara itu berlaku.

“Dalam konteks ini, memang tidak boleh menyamakan penggunaan kalimah Allah oleh penganut Kristian kerana orang Kristian berpegang kepada konsep trinity iaitu God the Father, God the Son and The Holy Ghost,” katanya kepada mStar Online.

Tegas beliau, konsep itu sememangnya berbeza kerana dalam agama Islam kerana kita berpegang kepada konsep Allah itu tunggal dan tidak beranak dan diperanakan.

“Kalau penganut agama Kristian pakai kalimah Allah, bermakna mereka menghina Islam. Ini tidak boleh dibiarkan,” ujarnya.

Justeru itu, beliau menyeru umat Islam bersatu tanpa mengira fahaman politik demi menegakkan akidah dan kesucian agama Islam.

Hakikatnya, apa jua pandangan kita dalam isu kontrovesi ini, wajarlah kita bersikap rasional dan mengetepikan soal emosi.

Cara terbaik untuk menyelesaikan kemelut ini adalah dengan mengadakan forum ilmiah golongan ulama dan pakar agama perlu dipanggil untuk berbincang dan berdebat menggunakan kaedah yang betul.

Alhamdulillah, cadangan Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) ingin mengadakan forum untuk mendebatkan isu ini wajar dipuji.

Semoga forum yang bakal diadakan nanti dapat menyelesaikan kekusutan yang berlaku dikalangan umat Islam.

Biarlah al-Quran dan as-Sunnah menjadi rujukan dalam mendebatkan isu ini.

Sama ada kita sedar atau tidak isu ini perlu segera diselesaikan kerana ia bakal mengundang masalah yang lebih besar dalam konteks Malaysia sebagai sebuah negara majmuk.

Prinsip kemakmuran yang diamalkan selama ini perlu dipertahankan.

Rasanya peristiwa 13 Mei 1969 masih lagi segar dalam lipatan sejarah. Peristiwa berdarah itu harus menjadi azimat yang perlu diingati oleh mereka yang bergelar anak Malaysia.

Kita tidak mahu peristiwa hitam itu berulang, jangan sekali-kali kita meletakkan emosi melebihi prinsip keadilan kerana ia pasti mengundah padah. Sama-sama kita fikirkannya...

Sunday, January 10, 2010

Kesian...


Eye on Malaysia at Malacca..dah kena sita...
nasib baik aku dah naik.....
hahahahaha

Thursday, January 07, 2010

Renung Sejenak...

Tahun 2010 baru seminggu bermula..namun kita di kejutkan dengan tragedi-tragedi yang menyayat hati....
kisah kisah kejam disajikan kepada kita sepanjang minggu ini...
kita semakin kejam
kisah penggunaan nama 'ALLAH' yang semakin hangat dan menjadi kontroversi..
Kisah rasuah yang semakin menjadi-jadi...
kita juga dikejutkan apabila sisatan kehilangan enjin jet pejuang mendapati yang bersalah hanay dua orng yang berpangkat rendah..
begitu juga dengan kisah ekonomi kita yang semakin hari semakin memeritkan memeritkan...

Ya tirai 2010 dimulakan dengan senario yang sangat memilukan...
apakah ada sinar di sepanjang tahun 2010 ini?
Wallahualam

(nota: video clip ini dipaparkan bukan atas tujuan politik tetapi hanya sekadar memohon untuk tuan-puan memikir dengan mendalam isi yang cuba dipaparkan...tq)




Friday, January 01, 2010

Baru aje aku berniat untuk berhenti marah..tiba-tiba aku dikejutkan dengan dua hadiah isitmewa 2010 iaitu kenaikan harga gula dan kerajaan tak kawal harga roti...
hahaha...terima kasih
pasti akan ada 'kesan pengganda' terhadap kedua-dua hadiah istimewa itu....

Ketika melayan Teh O suam bagi meredakan kemarahan, aku terbaca pulak berita ini:


Mstar Online
Ekonomi Negara Akan Lebih Kukuh Pada 2010 – Najib

KUALA LUMPUR: Malaysia akan mencatat pertumbuhan lebih kukuh dan positif pada tahun 2010 dengan inisiatif jangka panjang dan jangka pendek yang akan diperkenalkan oleh kerajaan, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.

Perdana Menteri berkata, kerajaan berharap defisit fiskalnya akan dapat dikurangkan daripada 7.4 peratus kepada 5.6 peratus pada tahun depan.

Oleh itu, katanya, pada 2010, kerajaan akan mengemukakan dua inisiatif penting.

Najib berkata, salah satu daripada inisiatif jangka panjang ialah menyediakan satu model ekonomi baru yang akan digunakan sebagai panduan untuk arah mencapai wawasan 2020 dan tahun-tahun akan datang, sementara insiatif iangka pendek ialah Rancangan Malaysia ke-10 (RMK-10).

“Sesungguhnya, kejayaan dua inisiatif ini memerlukan peranan proaktif daripada setiap rakyat Malaysia. Memang benar dalam menghadapi cabaran ekonomi itu, kita pernah mencapai kejayaan dan ia bukannya satu kebetulan tetapi kita berjaya kerana dapat membuat pilihan bijak dalam mengatasinya.

“Saya percaya kunci kejayaan kita pada masa depan bukan hanya bergantung kekayaan sumber asli namun lebih penting adalah melahirkan modal insan yang berilmu dan mempunyai semangat keusahawanan dalam menjana kekayaan baru untuk negara,” katanya dalam ucapan sempena Tahun 2010 yang disiarkan secara langsung oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM) malam tadi.

Bagaimanapun, Najib berkata, matlamat negara dalam tempoh jangka masa panjang bukan sekadar pulih daripada krisis ekonomi kerana yang lebih penting ialah menjadikan Malaysia sebuah negara yang makmur dengan proses transformasi yang berterusan.

Beliau berkata, proses tersebut penting demi menjamin kemakmuran negara dalam menghadapi cabaran ekonomi global.

“Kita perlu melahirkan mereka yang pakar dalam bidang penciptaan terutamanya bidang ekonomi berasaskan pengetahuan dalam usaha merealisasikan budaya inovasi dan mereka mempunyai kreativiti tersendiri dalam pelbagai bidang,” ujarnya.

Najib berharap rakyat Malaysia dapat meraikan sambutan tahun baru 2010 dalam suasana aman dan harmoni.

Beliau turut menyeru semua lapisan masyarakat untuk bergerak ke hadapan bagi mencapai kejayaan bersama-sama, ‘di sana masih banyak jalan untuk mengembaradan banyak lagi cabaran yang perlu dihadapi’.

“Kita perlu bersama-sama mendukung semangat itu, saya percaya saya tidak keseorangan dalam menjayakannya. Saya tahu rakyat di negara ini sangat berwibawa, berbakat dan dan mempunyai tahap kenyakinan yang tinggi.

“Marilah kita bersikap optimistik dalam mengharumkan nama Malaysia,” katanya dan berharap tahun 2010 akan membawa kemakmuran, keselamatan, kesihatan yang baik serta rezeki yang melimpah ruah kepada Malaysia dan rakyatnya.

Najib menganggap tahun 2009, sebagai tahun yang mencabar dengan pelbagai isu seperti krisis pemanasan global yang mengancam negara di dunia.

“Sumbangan setiap warga Malaysia amat penting dalam memastikan kejayaan.Setiap sumbangan mereka tidak akan dipinggirkan. Kerajaan sentiasa mengalu-alukan jasa yang telah mereka berikan.

“Ia bukannya satu pembaziran jika bakat yang diasah di negara ini digunakan untuk membawa kemakmuran kepada negara-negara lain?” katanya.

Di bawah pentadbirannya, kerajaan telah mewujudkan enam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) membabitkan usaha mengurangkan kadar jenayah, memerangi rasuah, meluaskan akses kepada pendidikan berkualiti, meningkatkan taraf hidup rakyat berpendapatan rendah, memperkasa prasarana luar bandar dan penambahbaikan pengangkutan awam dalam jangka masa sederhana.

“Saya berharap bahawa NKRA dan KPI (Penunjuk Prestasi Utama) tidak akan lengkap tanpa maklum balas dan sumbangan idea serta pendapat daripada orang ramai.

“Saya percaya dengan hubugan antara kerajaan dan rakyat, kami akanmeneliti idea serta cadangan yang diberikan dalam usaha memperbaiki kelemahan kita,” katanya.

aDUHAi...
apa harus aku lakukan...
perlukah aku memaki hamun lagi?
perlukah aku mencarut sepuas hati?
atau ketawa terbahak-bahak meliaht aksi 'sang badut' membuka tirai 2010 ini?

Wallahualam