"...dan boleh jadi kamu benci akan sesuatu, sedang ia lebih baik bagimu, dan boleh jadi kamu kasihi akan sesuatu, sedang ia melarat bagimu. Dan Allah mengetahui, tetapi kamu tiada mengetahui"
(Al Baqarah:216)

Thursday, September 10, 2009

Sembang Gusti: 'Hard Knock':Chris Benoit Story



Anda peminat gusti?
tentu anda pernah dgr nama ini. Chris Benoit (sebutannya Ben-wah) (1967-2007)
Mati kerana membunuh diri bersama-sama isteri dan ank-anaknya

CD ini mengisahkan perjalanan yang beliau tempuhi spanjang kariernya sebagai penggusti. (ia di rakam sebelum kematian beliau). Dalam cd ini sorotan dilakukan terhadap perjalanan karier beliau yang bermula di Stu Hart Dungeon (Stempede Wrestling) -Jepun-ECW-WCW dan seterusnya ke WWE.

CD ini dipenuhi dengan pelbagai kisah tentang perjalanan karier beliau. idola , permusuhan dan seterusnya pencapaiannya.

Semasa awal kariernya, beliau sgt taksub dengan 'Dynamite Kid' dan ketaksuban ini ini yang merintis jalan untuk beliau menjadi penggusti profesional. Kemudian, beliau ke Stempede Wrestling mendalami ilmu gusti dibawah latiah Stu Hard..

Selanjutnya meneruskan karier beliau di Jepun dengan nama Pegasus Kid dan seterusnya Wild Pegasus. Di sinilah beliau bertemu dgn Eddie Gurrero dan di sini juga beliau memenangi kejuraraan Hard 10 Tournament dan juga Junior Heavyweight Champion dgn menewaskan Jushin Thunder Liger

Kemudian beliau berkelana ke ECW bersama-sama Eddie Gurrero dan Dean Malenko. Di sinilah beliau mendapat gelaran 'The Cripler' berana beliau telah mematahkan leher Sabu dalam salah satu perlawanan mereka. Oleh kerana masalah visa, beliau meninggalkan ECW dan berkelana ke WCW.

Di WCW, beliau semakin menonjol. Menganggotai The Four Horsemen dan kemuncak kejayaaanya ialah apabila memenangi kejuaraan WCW Heavyweight dengan menewaskan Phyco Sid Justice. Bosan dengan mainan politik dan karenah di WCW terutamanya Vince Russo, Kevin Nash dan Kevin Sullivan beliau mengintai peluang ke WWE

Di sini beliau bersama Saturn, eddie Gurrero dan Dean Malenko (The Radicals) mula dikenali oleh peminat. Penrsengketaannya dengan Chris Jericho dan Kurt Angle di WWE semamangnya sesuatu yang klasik. Kemuncak kejayaannya ialah apabila memperoleh gelaran Heavyweight WWE di Wrestlemania XX.

Benoit sememangnya seorang 'pure' technical wrestler. kemampuan beliau di 'mic' amat terbatas. kerana itu beliau hanya menjadi juara di WWE buat seketika sedangkan skill belaiu amat tinggi. Ini membawa kepada kekecewaan, kerana ramai mengatakan kekecewaan dalam karier merupakan punca beliau membunuh diri. Selain itu, trauma di kepala akibat geraka 'diving headbutt' juga , menjadikan beliau sering bercelaru kata pakar psikatari.

Akhirnya beliau mengambil jalan pintas dengan membunuh diri. Pemergiannya satu kehilangan dalam arena gusti terutamanya bagi 'pure wrestler' dan bukannya 'sports enterteiner'

Dalam cd ini tiada apa-apa pertarungan. hanya temubual dan sorotan clip sahaja. (Pihak penerbit, Seindi Mutiara sangat pekak dan buta dengan kehendak peminat gusti di Malaysia). Memandangkan kita di era global, tuan-tuan kalau nak tgk perlawanan benoit pergilah ke Youtube dan carilah . tengok sampai muntah

Sekian sampai sini dulu

Pak 'The Butcher' Kebun

No comments: