"...dan boleh jadi kamu benci akan sesuatu, sedang ia lebih baik bagimu, dan boleh jadi kamu kasihi akan sesuatu, sedang ia melarat bagimu. Dan Allah mengetahui, tetapi kamu tiada mengetahui"
(Al Baqarah:216)

Wednesday, September 16, 2009

Salam Aidifitri


Tak sampai seminggu
Aidilfitri bakal menjelang
tiada siapa tahu
akan ditemui lagikah Ramadhan tahun hadapan
tanya pada diri mu
bagaimana puasa tahun ini?
bagaimana ibadat di Ramadhan ini?
bagaimana Solat tarawikh mu?

tanya juga
bagaimanakah Syawal kali ini?
Persiapan bagaimana?
berapa modal yang akan terbang?
bonus pun tiada
duit tambahan pun tiada
namun Aidilfitri tetap menjelma

Tanya juga
beraya bagaimana tahun ini?
duduk rumah sahaja?
atau keluar ?
kalau keluar bagaimana?

ah...
bosannya hendak beraya
bertahun-tahun tidak "bercahaya"
berdua-berdua-berdua-berdua-berdua-berdua-berdua
kali ke tujuh

Aidilfitri
datang dengan keberkatan
disambut dengan kesyukuran
namun tak mampu mengisi 'kekosongan'
yang bertahun-tahun ditunggu
tak juga 'muncul'
entah berapa Aidilfitri lagi agaknya
atau memang tidak akan menjelma

tanya juga
siapa yang telah tiada
Makcik Gemuk telah 'pergi'
tiada lagi soto
tiada lagi kueh mueh
tiada lagi rendang dan ketupat
ya..
tahun ini Makcik Gemuk telah 'tiada'

Mat Hakim dan Adik ain pula
jauh dari mata
tiada lagi gelak dan ketawa
letupan mercun
percikan bunga api

siapa ada di Aidil fitri ini?
tiada siapa kecuali ayah dan bonda

apa yang berlaku
apa yang berlaku
Aidilfitri tetap menjelma

tak kira bagaimana ia aku sambut
bagaimana aku raikan
ia tetap menjelma

bertemukah lagi kita selepas Aidilfitri ini?
Wallahualam




No comments: