Lihat kiri dan kanan
lihat depan dan belakang
lihat atas dan bawah
lihat tepi dan tengah
lihat riak wajahmu
di air
lihat banyang wajahmu
di cermin
lihat matamu
lihat jiwamu
dan
tanyakan pada akalmu
tanyakan juga pada imanmu
apa sebenarnya yang kau mahu???
apa sebenarnya yang kau mahu???
apa sebenarnya yang kau mahu???
kerana
tidak sesekali kamu sesat
dalam perjalanan
dalam perjuangan
dalam pencarian
andai
kamu tahu
apa sebenarnya yang kamu mahu.....
No comments:
Post a Comment