"...dan boleh jadi kamu benci akan sesuatu, sedang ia lebih baik bagimu, dan boleh jadi kamu kasihi akan sesuatu, sedang ia melarat bagimu. Dan Allah mengetahui, tetapi kamu tiada mengetahui"
(Al Baqarah:216)

Sunday, September 27, 2009

Dah Sampai Ajalmu...


dah lama kau berkhidmat
lebih enam tahun
bukan masa yang sekejap
saban hari kau berkhidmat

tanpa komen
jemu mahupun komplen
hari ini sudah sampai ajalmu
aku faham
amat mengerti

cuma terkilan
kerana ajalmu tiba
ketika
poket ku berat dengan syiling
bukannya tebal dengan kertas

bagimana harus ku cari ganti mu
pada saat-saat begini

No comments: