Air beku cairkan boleh dicairkan , otak beku apa caranya?
(Al Baqarah:216)
Thursday, April 30, 2009
Tiba-Tiba
Tiba-tiba aku yang hanya ingin hadir sebagai peserta diarahkan menjadi pembentang. Masa hanya seminggu, bagaimana hendak bersedia?
Kata
Kata Rondinelli, ada sepuluh kaedah untuk mengkur Fungsi Bandar Dalam Pembangunan Luar Bandar, itu kata Rondinelli kajiannya pada tahun 1970 an dan 1980 an.
Releven lagikah ?
Friday, April 24, 2009
Towel ???
sukan baik untuk kesihatan
sukan membentuk generasi sihat dan aktif
tak ada masalah kita semua sokong
kemudian, kita juga didedahkan dengan lagu-lagu yang bertemakan sukan
malah ada antara liriknya aku masih ingat hingga kini..
"tidak sekadar mengharap kemenangan, paling utama semangat kesukanan"
aku setuju, tetap setuju
tapi tuan,
ini bukan sukan kecil
ini sukan tahunan
bukan sukan tahunan sekolah
sukan tahunan untuk staff yang jumlahnya beribu juga
tapi....
bukan mengharap ganjaran
kalau setakat tempat pertama, kedua dan ketiga semunya hadiah towel...
koman sangat jadinya
tidak-tidak harap juga dapat medal@pingat yang boleh dibuat kenangan..
aduhai..nasib badan.....
Perlukah ???
Di pekan kecil ini yang hanya ada beberapa kilang perindustrian juga dapat dilihat kesan kemelesetan ekonomi, kilang ada yang tutup (tidak tutup apa jika ada sign board bertulis FOR RENT OR SALE di pintu pagar utamanya.
Dalam dunia pilitik juga kemelesetan ekonomi turut memberi kesan. Oleh itu marahlah beberapa ahki politik dengan beberapa pilihan raya kecil yang telah di adakan dan bakal di adakan atas alasan semuanya membazirkan wang rakyat terutamanya di zaman kemelesetan ekonomi ini..
namun terkejut juga aku kerana pada 18 April lalu ada sambutan besar-besaran meraikan Perdana Menteri...lalu aku terfikir benarkah ekonomi meleset? benarkahkita tidak membazir? dan yang paling utama ialah perlukah sambutan ini diadakan ???
tapi..siapalah aku untuk memberi pandangan....
Thursday, April 23, 2009
Anda Tahu Apa Maksudnya ???
Petikan Utusan Online
ASM kaum Cina habis
pengarang@utusan.com.my
JOHOR BAHRU 22 April - Kesemua 999 juta unit unit dana Amanah Saham Malaysia (ASM) yang diperuntukkan kepada kaum Cina dan mula dijual semalam telah habis dilanggan sepenuhnya.
Bagaimanapun daripada 1.665 bilion unit ditawarkan kepada bumiputera, hanya 7.65 juta sahaja berjaya dijual manakala 53.5 juta daripada 499.5 juta peruntukan kepada kaum India telah dilanggan.
Baki 166.5 juta unit saham diperuntukkan kepada rakyat Malaysia yang lain dengan jumlah keseluruhan 3.33 bilion unit tawaran baru.
Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan PNB, Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman dalam kenyataannya di sini hari ini menyeru semua pelabur yang layak segera mengambil kesempatan melanggan baki unit amanah itu.
"Memandangkan masih terdapat 446 juta unit lagi untuk langganan oleh kaum India, saya menyeru agar mereka merebut peluang membelinya.
"Pelabur bumiputera dan kaum India juga tidak sepatutnya melepaskan peluang melabur dalam ASM," katanya.
Isnin lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan penawaran unit tambahan ASM sebanyak 3.33 bilion ketika melancarkan Minggu Saham Amanah Malaysia 2009 (MSAM) yang dianjurkan di negeri Johor.
Langganan unit amanah itu dihadkan kepada 20,000 unit bagi setiap pemegang akaun bertujuan memberi peluang kepada ramai rakyat Malaysia melabur.
Sementara itu, Hamad Kama Piah mengingatkan orang ramai yang tidak berkesempatan untuk melabur dalam ASM, supaya merebut peluang berkenaan melalui penawaran 2 bilion unit tambahan ASW 2020 yang akan dibuka langganannya mulai 27 April ini.
Beliau berkata, tawaran unit-unit ASW 2020 itu adalah tertakluk kepada peruntukan 51 peratus kepada bumiputera dan 49 peratus kepada bukan bumiputera.
Katanya, had pelaburan sebanyak 20,000 unit bagi setiap pemegang akaun juga akan dikenakan sepanjang tempoh tawaran.
TUAN-TUAN BACA YANG BERWARNA MERAH SEBAGAI FOKUS, KEMUDIAN TUAN-TUAN FIKIRKAN, APA YANG BOLEH KITA TAFSIRKAN BERDASARKAN ANGKA-ANGKA YANG DIPAPARKAN???
ORANG BUMIPUTERA TIADA KEMAMPUAN EKONOMI?
EKONOMI MALAYSIA BUKAN MILIK BUMIPUTERA?
LALU, CUBA TUAN-TUAN FIKIRKAN PARTI YANG SERING MEMBELA KAUM BUMIPUTERA (HARUS DI INGAT BUMIPUTERA YANG TERTINGGI IALAH ORANG MELAYU)
LALU TUAN-TUAN FIKIRKAN TENTANG DASAR EKONOMI BARU, DASAR PEMBANGUNAN NASIONAL DAN DASAR WAWASAN NEGARA YANG MANA DALAM SETIAP DASAR PASTI ADA PENEKANAN UNTUK MEMBANGUNKAN EKONOMI BUMIPUTERA
LALU TUAN-TUAN TENGOK PULA PEMIMPIN NEGARA DAN NEGERI, KAUM APAKAH YANG PALING BANAYK MEMEGANG JAWATAN SAMAADA MENTERI, TIMBALAN MENTERI, EXCO DAN SEBAGAINYA?
KEMUDIAN TUAN-TUAN TANYA PADA DIRI TUAN-TUAN , TERUTAMANYA JIKA TUAN-TUAN SERING MENONTON TV, BUKANKAH SERING DIPAPARKAN ORANG BUMIPUTERA KAYA RAYA, BILA DI TELEFON CAKAP SEMUANYA TENTANG DUIT BERJUTA-JUTA...
NAH...
ANGKA DIATAS ADALAH REALITI, TUAN-TUAN BEBAS UNTUK MEMBUAT RUMUSAN DAN TAFSIRAN KENAPA UNIT BUMIPUTERA MASIH BELUM HABIS TERJUAL.....
Sunday, April 19, 2009
HEHEHEH
Raja Nazrin tekad pertahan institusi beraja daripada dipersenda
“Bahawa kemuliaan dan kedaulatan seorang Raja Pemerintah itu tidak akan anakanda redha untuk dipersendakan. Untuk itu warga perlu diinsafkan supaya jangan terlalu cepat membuang pelita, kerana riang melihatkan fajar akan menyingsing; kerana hari siang juga akan berakhir.
“Jangan nanti bila malam mendakap senja, warga dan bangsa akan hidup teraba-raba - hilang haluan, kerana diselimuti kegelapan malam tanpa pelita,” titah baginda pada istiadat menghadap sembah taat setia dan penganugerahan darjah kebesaran negeri Perak sempena ulang tahun keputeraan ke-81 Sultan Perak Sultan Azlan Shah di Istana Iskandariah di sini hari ini.
Baginda bertitah Raja-Raja Melayu bukan sekadar simbol kepada negara bangsanya, malah Kesultanan Melayu merupakan institusi penting berperanan sebagai pusat pengukuhan kepada warga dan bangsanya.
Raja Nazrin bertitah sistem pemerintahan berteraskan Kesultanan Melayu yang telah wujud selama lebih 600 tahun, telah berjaya membangunkan satu budaya dan satu tamadun yang agung.
Titah baginda kebijaksanaan pemerintahan beraja membantu berlakunya proses pengembangan intelek dan dari sumber istana itulah lahirnya karya-karya agung dalam dunia penulisan bangsa.
“Raja Melayu itu adalah lambang kedaulatan - simbol kekuatan warga - payung mahkota negara. Raja Melayu itu memberi identiti kepada negara bangsa.
“Rakyat yang memahami budaya rakyat beraja - negeri bersultan, memahami akan falsafah pemerintahan beraja, akan peranan Raja secara tersirat di sebalik yang tersurat, terutama peranan dan tanggungjawab mengekalkan identiti negara bangsa,” titah baginda.
Baginda bertitah kelangsungan sesuatu bangsa dan wajah sesebuah negara bergantung pada faktor-faktor yang telah memberikannya identiti daripada segi institusi, agama, budaya dan bahasa.
“Tindakan-tindakan menghina institusi, mempersendakan institusi, menanam kebencian terhadap institusi adalah langkah awal dalam gerakan ke arah menghapuskan institusi - lalu menghapus identiti asal negara bangsa. Di era peperangan dingin, langkah-langkah sedemikian lahir dari kumpulan yang berpegang kepada doktrin politik berfahaman kiri dan dikategorikan berunsur subversif.
“Atas nama Revolusi Budaya, di China dan indoktrinasi komunisme di Kampuchea (Kemboja) dan Vietnam, anak-anak dihasut hingga sampai ke peringkat ekstrem, membenci dan memusuhi ibu bapa kandung sendiri; pemimpin-pemimpin agama dicerca dan rumah-rumah ibadat dimusnahkan, ada rumah ibadat yang dijadikan tempat ternakan haiwan; lalu berlakulah keadaan anarki yang terpaksa dibayar dengan nyawa dan darah di samping modal sosial negara bangsa habis termusnah,” titah baginda.
Baginda bertitah hari ini dunia sedang menghadapi gelombang globalisasi yang menghempas setiap sempadan dan mahu memecahkan benteng budaya dan berkemungkinan menghanyutkan lembaran sejarah negara bangsa.
Raja Nazrin bertitah warga muda yang sedang dilambung ombak globalisasi, perlu bijaksana mengimbangkan antara tuntutan tradisi dan permintaan terhadap pemodenan supaya air tempayan tidak terlalu cepat dicurahkan kerana mendengar guruh di langit.
Titah baginda ada yang menganggap bahawa untuk maju, penekanan hendaklah ditumpukan kepada budaya yang progresif lalu menyifatkan tradisi dan sejarah akan meletakkan bangsa tertinggal dalam budaya yang statik “Globalisasi sebenarnya turut membawa gelombang kolonialisme baru untuk menghanyutkan tradisi sesebuah negara bangsa - lalu menghapuskan identiti asal negara bangsa.
“Warga perlu disedarkan, bahawa tidak semua yang berbentuk tradisi itu menghalang kemajuan kerana tradisi yang berjaya ditafsir secara bijak dan ditakrifkan secara arif dapat berfungsi sebagai pemudah cara memajukan negara bangsa. Bahawa elemen-elemen budaya bangsa yang merupakan faktor penyatuan bangsa selama hari ini, adalah modal sosial yang amat berharga yang wajib dipertahankan,” titah baginda.
Menteri Besar Perak, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir dan tiga orang lagi mendahului senarai 800 penerima darjah kebesaran dan pingat sempena ulang tahun ke-81 keputeraan Sultan Azlan, pada majlis penganugerahan hari ini.
Zambry bersama-sama Menteri Kewangan II, Datuk Ahmad Husni Hanadzlah, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Kong Cho Ha dan Orang Kaya-kaya Panglima Kinta, Seri Amar Diraja Datuk Dr Abdullah Fadzil Che Wan dianugerah Darjah Seri Paduka Mahkota Perak (SPMP) yang membawa gelaran Datuk Seri.
-Sumber: Bernama
Monday, April 13, 2009
Memang Itulah Perangainya....
Ibrahim Ali 'tunggu' dipinang Umno |
Apr 11, 09 8:26am |
Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali menunggu 'pinangan' daripada pimpinan Umno, untuk membolehkan beliau kembali menyertai parti yang pernah dianggotainya sebelum dipecat tujuh tahun lepas. "Saya tidak akan meminang Umno, kecuali Umno yang meminang saya. Hingga kini saya tidak ada ilham lagi (bila ia akan berlaku)," katanya kepada pemberita ketika ditanya kedudukannya sama ada mahu mengekalkan status sebagai satu-satunya ahli Parlimen Bebas atau ingin kembali semula kepada Umno. Bagaimanapun, beliau menegaskan tidak akan terburu-buru menerima pinangan itu, sekiranya ada, dan akan mempertimbangkannya terlebih dahulu, lapor Bernama. "Saya akan timbang semasak-masaknya terlebih dahulu kerana sebarang keputusan yang dibuat secara tergopoh-gapah akan menyebabkan seseorang cepat jatuh," katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat agung tahunan ke-7, Majlis Tindakan Rakyat Kelantan (MTRK) semalam. Ibrahim, 57, digugurkan daripada jawatan Ketua Umno Pasir Mas pada 22 November 2003 dan kemudian digantung keanggotaannya seumur hidup dalam Umno kerana bertanding sebagai calon Bebas pada pilihanraya umum ke-11, Mei 2004. Beliau bagaimanapun tewas kepada calon PAS, Ismail Noh. Beliau sebelum ini membayangkan akan membuat 'satu kejutan' terhadap senario politik dan menunggu bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad melakukannya terlebih dahulu. Dr Mahathir mengumumkan menyertai semula Umno semasa perhimpunan Agung Umno 2008 Mac lepas. Petikan Utusan Malaysia Online Henti kelirukan Satu MalaysiaOleh RAJA SYAHRIR ABU BAKAR syahrir.bakar@utusan.com.my KUALA LUMPUR 12 April - Usaha pihak tertentu termasuk pembangkang menyamakan konsep Satu Malaysia dengan Malaysian Malaysia mesti segera dihentikan bagi mengelak timbulnya kekeliruan di kalangan rakyat pelbagai kaum di negara ini. Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan pemimpin UMNO menyifatkan pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengenai konsep tersebut tidak mengetepikan hak bumiputera dan Melayu seperti termaktub dalam Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan. Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali menegaskan, bumiputera dan Melayu yang mewakili 60 peratus komposisi penduduk di negara ini sedia berdepan mana-mana pihak demi mempertahankan konsep Satu Malaysia yang menjaga kehormatan Perlembagaan itu. "Ini bukan Singapura. Ini Malaysia yang mana rakyatnya berjanji setia kepada raja dan negara. Kita mempunyai kedaulatan undang-undang, jadi jangan derhaka. "Jika ada sesiapa yang cuba samakan Satu Malaysia dengan Malaysian Malaysia, Perkasa dan kaum bumiputera akan bangkit menentang mereka," katanya ketika dihubungi di sini hari ini. Beliau berkata demikian bagi melahirkan kerisauan masyarakat bumiputera tentang cubaan sesetengah parti politik, media dan blog yang cuba memanipulasi maksud Satu Malaysia yang dibawa Najib. Menurut Ibrahim, gerakan halus itu mahu memecahbelahkan masyarakat dan dikhuatiri cubaan menidakkan kuasa raja-raja Melayu serta kedudukan agama Islam sebagai agama rasmi... |
KASIHAN ORANG PASIR MAS YANG UNDI DIA...
KASIHAN TG NIK AZIZ YANG BAIK HATI BAGI DIA GUNA LAMBANG BULAN...
Lawak Kayu Sugi..
Friday, April 10, 2009
Lagi Mau Tipu Ka ???
Petikan Malaysiakini: Masa KJ terhad jika anggotai kabinet... |
Muda Mohd Noor | Apr 10, 09 6:19pm |
Seorang orang kuat Khairy Jamaluddin menyifatkan tugas memperkasakan pergerakan Pemuda Umno adalah lebih penting kepada ahli parlimen Rembau itu, daripada memegang jawatan kabinet. Penolong Setiausaha Pemuda Umno Datuk Abdul Rahman Dahalan berkata, harapan ahli Umno lebih besar kepada Pemuda berbanding Wanita dan Puteri. Oleh itu, katanya, Khairy memerlukan tumpuan sepenuh masa untuk memperkasakan Pemuda Umno. "Jika Khairy menjadi menteri atau timbalan menteri, masa untuk memperkasakan pergerakan tersebut terhad. "Ini kerana seseorang menteri dan timbalan menteri mempunyai tugas harian yang sibuk," katanya. Abdul Rahman yang juga ahli Parlimen Kota Belud berkata demikian ketika diminta mengulas ketiadaan ketua Pemuda Umno dalam senarai kabinet Datuk Seri Najib Tun Razak. Bagaimanapun, Datuk Mukhriz Mahathir yang kalah kepada Khairy dalam merebut jawatan ketua Pemuda, dilantik sebagai timbalan menteri perdagangan antarabangsa dan industri. Manakala, naib ketua Pemuda Umno, Datuk Razali Ibrahim pula dilantik sebagai timbalan menteri kemajuan luar bandar. Elak tanggapan negatif Abdul Rahman berkata, pelantikan Mukhriz dan Razali menunjukkan Pemuda tidak hilang semua dalam kabinet Najib. "Tetapi saya berharap semua pihak kena duduk bersama secara serius untuk membantu memulihkan kerajaan," katanya. Sementara itu, Ketua Pemuda Umno Selangor, Syukur Idrus berkata, kuasa melantik menteri adalah hak mutlak perdana menteri. Katanya, bukan perkara baru jika ketua Pemuda tidak dilantik dalam kabinet. Menurutnya, Datuk Ahmad Zahid Hamidi pernah tidak dilantik dalam kabinet Tun Dr Mahathir Mohamad. Sebaliknya, kata beliau, naib ketua Pemuda Datuk Seri Hishamuddin Hussein dilantik sebagai timbalan menteri. "Saya berharap Pemuda bersikap rasional dan jangan ada anggapan negatif yang boleh memecahbelahkan perpaduan pergerakan itu. "Barangkali ada suara-suara sumbang apabila Khairy tidak ada dalam kabinet tetapi ia perlu dilihat dari sudut yang positif," katanya. |
LAGI MAHU TIPU ORANG KATA KJ NAK TUMPU PADA PEMUDA... CUKUP-CUKUPLAH MENIPU..ORANG SEMUA DAH TAHU....YANG KALAH KETUA PEMUDA DILANTIK DALAM KABINET, NAIB KETUA PEMUDA DILANTIK DALAM KABINET , KETUA PEMUDA HANYA MELOPONG...
TAKKAN TAK TAHU, ITU NAK MEMALUKAN KJ...KAN DALAM POLITIK SIAPA YANG ADA JAWATAN DALAM KABINET LEBIH 'POWER' DARI YANG LAIN, JADI DALAM PEMUDA UMNO, KETUA PEMUDA NAMPAKNYA TELAH DITIADAKAN POWERNYA..'
KAH-KAH-KAH
CUKUP-CUKUPLAH MENIPU YE...
RAKYAT MALAYSIA SEMUA DAH PANDAI FIKIR....