"...dan boleh jadi kamu benci akan sesuatu, sedang ia lebih baik bagimu, dan boleh jadi kamu kasihi akan sesuatu, sedang ia melarat bagimu. Dan Allah mengetahui, tetapi kamu tiada mengetahui"
(Al Baqarah:216)

Thursday, January 15, 2009

Beli Barangan Buatan Malaysia: Satu Pandangan

Foto: Sekadar Gambar Hiasan Sahaja

Aku tidak ingat bila tarikh asal kempen ini dilancarkan. Namun apa yang pasti, ia pertama kali dilancarkan pada tahun 80 an yang lalu. Tujuannya, bagi menangani krisis ekonomi yang berlaku pada ketika itu.

Hari ini, dalam senario kemelesetan ekonomi global. Rakyat masih dilunakkan dengan janji-janji manis para pemimpin bahawa ekonomi kita tetap kukuh dan tidak akan terjejas. Maka, kitab-kitab pemerintah seperti media bercetak dan elektronik pun 'mengula-gula' kan rakyat bahawa kita pasti tidak akan terjejas dengan kemelesetan ekonomi yang melanda ini.

Ada yang percaya, ramai yang tidak percaya. Ada yang kata, ekonomi meleset pun tak mengapa, asalkan kita jangan perang macam Iraq ataupun Palestin sudahlah.

Bagi yang tidak percaya, pastinya telah mengalami sendiri kesan kemelesetan ekonomi ini. Kalau yang meniaga, pendapatan mula merosot, kalau yang kerja swasta (industri) kerja mula kurang, Overtime dah tiada, cuti pun dah digalakkan malah ada pula yang telah dibuang kerja. Bagi yang berpendapatan rendah, mula meniaga kecil-kecilan semata-mata bagi menampung kos hidup kerana kemelesetan ekonomi pasti membawa kepada kenaikan kadar inflasi.

Kini, pemerintah dalam menggula-gulakan rakyat dengan hujah bahawa negara ini tidak akan mengalami kesan akibat kemelesetan ekonomi tiba-tiba melancarkan semula kempen yang pernah dilancarkan kira-kira 20 tahun lalu. Kempen merupakan sebuah dasar.

Kalau kita belajar tentang pentadbiran, dasar wujud akibat sesuatu isu. Manakala isu ini pula merupakan sesuatu yang sangat besar dan ia tidak akan boleh dipulihkan sendiri (self recovery) maka ia perlu campur tangan pemerintah. Dan memandangkan sifat sesuatu dasar itu yang tidak taman dan berkesinambungan maka ia boleh dilancarkan semula dengan imej baru.

Sebagai contoh, Dasar Bumi Hijau yang dilancarkan pada tahun 2006 ada persamaan dengan Buku Hijau dan Dasar Pertanian yang pernah dilancarkan sebelum ini. Jadi, pada hemat aku, kempen Belilah barangan buatan Malaysia ini merupakan senario yang sama.

Kenapa kempen ini dilancarkan semula???

Sudah tentu ada sebab musabab yang sangat munasabah kerana tanpa alasan yang kukuh mustahil pemerintah akan menggunapakai dasar yang silam tambahan pula dia adalah dasar hasil idea Dr Mahathir.

Pada hemat aku, ini satu petanda bahawa kemelesetan ekonomi global sudah melanda Malaysia. Pemerintah sedar namun masih tidak mahu mengaku. Maka kempen ini dilancarkan kononnya tiada kene mengena dengan kemelesetan ekonomi.

Kalau dah kempen belilah barangan buatan Malaaysia tentulah matlamat utama untuk mengurangkan import. Apa saja import akan membawa kepada pengaliran keluar mata wang. Jadi bila dapat dikurangkan import dengan membeli barangan buatan tempatan maka wang hanya akan berkita dalam negara sahaja. Bila ada wang berkitar sedikit sebanyak ia akan membawa kepada urusniaga dan pasti akan membawa kepada berlakunya aktiviti ekonomi dalam negara.

Aku tak pernah prejudis terhadap kempen ini. Apa lagi jika ia benar-benar baik untuk negara dan rakyat.

Cuma,cuba kita renung sejenak. Mungkin 3 atau 5 tahun lepas (sekadar memberi satu jangkamasa) siapa yang tidak beli barangan buatan Malaysia? Pak Ngah, Pak Utih, Bang Dolah, Mat Lebar masih beli barangan buatan Malaysia. Kopi, beras, gula, baju, selipar, sayur mayur dan lain-lain semuanya buatan malaysia.

Persoalannya siapa yang tidak beli barangan buatan Malaysia? Sudah tentu golongan yang satu lagi. Iaitu golongan yang kalau makan tengahari pun nak makan ikan salmon, kalau beg tangan pun mungkin jenama PRADA atau GUCCI.

Lalu, bila ekonomi sudah mula meleset, rakyat marhaen juga diminta beli barangan buatan tempatan. Kita sama-sama tunggu lihat, sejauhmana golongan yang satu lagi ini menyahut seruan kerajaan. Golongan ini penuh dengan GelaranFeudal masing-masing seperti Dato, Datok Seri, Tan Sri, Puan Seri dan lain-lain. Akan mereka sahutkah kempen ini???

Sesunggunhnya kempen ini baik, sperti mana kempen 'ZOOM MALAYSIA" (kempen pelancongan dalam negara) yang juga dilancarkan bagi mengatasi masala ekonomi kerana bila ekonomi merosot, sektor pembuatan dan perindustrian akatan terjejas,...atu-satu sektor yang boleh dijana ialah perkhidmatan (Quinary) dan pelancongan adalah salah satu darinya.

Maka, kita digalakkan untuk melancong dalam negara sedangkan selama ini yang melancong ke Paris, London dan New York ialah bukannya kita...

Jadi sama seperti kempen belilah barangan buatan Malaysia ini yang pasti nya kurang berjaya jika hanya 'kita-kita' sahaja yang menyahutnya...

Ketika entri ini aku sediakan, Menteri Perdangangan dalam Negeri Masih bersungguh-sungguh dan optimis dengan kempen ini dan dalam masa yang sama masih ada unsur-unsur 'penafian' dalam kata-katanya bahawa kita sedang mengalami krisis kemelesetan ekonomi seperti mana yang sedang dilalui oleh negara global....

Wallahualam

No comments: