"...dan boleh jadi kamu benci akan sesuatu, sedang ia lebih baik bagimu, dan boleh jadi kamu kasihi akan sesuatu, sedang ia melarat bagimu. Dan Allah mengetahui, tetapi kamu tiada mengetahui"
(Al Baqarah:216)

Friday, January 02, 2009

Al Kisah Kawanku Nak JAdi Guru

Foto: Sekadar kartun Hiasan Sahaja

Aku pernah kisahkan tentang seorang sahabat, yang bercita-cita menjadi guru semata-mata hendakkan pendapatan yang tetap. Padanya apa yang penting ialah dia ada kerja dan dapat gaji tetap setiap bulan. Sebelum ini, beliau bekerja sebagai ejen insurans.

Setiap kali berbual dengannya beliau seolah-oleh amat prihatin dengan kebajikan rakan-rakan dan itu adalah modal utama untuk dia melakukan jualannya.

Kali terakhir aku bersembang dengannya, dia jelaskan pada aku bahawa pendapatannya hasil jualan insuran lebih dari cukup untuk menampung kehidupan seharian. Lalu dia menambah, dia ingin menajdi guru semata-mata inginkan pendapatan tetap, manalah tahu kalau-kalau bisnesnya merosot. ada juga dia gaji bulan-bulan.

Selepas perbualan tersebut. Aku tidak pernah tanyakan khabar tentang dirinya...

Dia dengan dirinya

Aku dengan diri aku

Enam bulan lepas, aku dapat khabar dia sudah dapat masuk maktab perguruan (buat Diploma Lepasan Ijazah). Memang aku tahu, kursus diploma pendidikan lepasan ijazah ini memang Kerajaan saja buat untuk tolong orang-orang melayu.

Mana-mana melayu yang ada ijazah, tapi tidak dapat kerja setelah bertahun-tahun tamat pengajian boleh cuba memohon. InsyaAllah akan dapat akhirnya. Tidak kira apa latar belakang pendidikan anda. Lihat-lihatlah iklan tawaran DPLI/KPLI pasti ada yang sesuai.

Dikisahkan, sahabat aku masuk maktab (buatt DPLI) dalam bidang yang tak ada kena mengana dengan bidangnya di universiti dulu. Khabarnya optionnya ialah "Kajian Sosial'" . Seperti yang akau katakan tadi, cuba-cubalah tengak iklan DPLI/KPLI tentu ada yang sesuai untuk anda. Kerana ia merupakan lubuk kerja bagi orang melayu.

Tapi itu cerita lain. Fokus yang nak aku kisahkan di sini tentang kawan aku.

Berita terkini yang aku dengar dia akan posting dan mula mengajar pada 5 Jan 2009 ini.

Aku hihantui dua perasaan pertamanya takut dan perasaan takut ini ditenangkan oleh perasaan berharap

Takut jika sahabat ini masih berperasaan seperti dahulu.
Guru adalah kerjanya.
Tiap-tiap bulan pegi ATM cucuk gaji.
Apa nak jadi dengan murid-murid ? itu bukan masalah dia.
(ramai guru yang sebegini tuan-tuan).
Apa yang dia sibukkan di sekolah bukannya mendidik tetapi perniagaannya (ramai guru di sekolah yang macam ini tuan-tuan)

akhir sekali...
dia akan jadi guru yang hanya mengira-ngira masa untuk naik pangkat kerana naik pangkat bererti naik gaji (time Based)
(ramai guru sebegini tuan-tuan).
Akhirnya dia umpama parasit yang bukan memberi kebaikan kepada murid tetapi membawa kerosakan kepada murid kerana kehilangan fokus dan tumpuannya...

Aku amat risau

NAmun,
perasaaan ini ditenangkan bila datang perasaan harapan
Harapan aku dia dah berubah
Bertekad jadi guru yang berdedikasi
Pendidikan murid adalah segalanya
maruah agama, bangsa dan negara adalah segalanya

aku mula bertanya pada diri aku...masih wujudkah guru yang sebegitu? atau aku hanya bermain dengn kisah silam guru-guru zaman sebelum ini? Wallahuam

Moga semua telahan tidak baik ku itu tidak benar...

1 comment:

Zanie said...

Aku dah berbelas tahun menjadi guru. Bagi akulah guru sekarang lebih banyak kerjanya dari guru dulu. Dulu, guru wanita hanya mengepit beg tangan masuk kelas. Zaman sekarang, jangan! nanti kena tegur dalam mesyuarat yang diadakan tiap minggu. Guru dulu tak perlu mengajar lebih masa, buat kelas tambahan petang, malam dan cuti umum tapi guru sekarang kadang tak bernafas dibuatnya dengan kelas. Guru dulu tak payah key in markah bulanan dalam komputer,analisa lagi dalam buku rekod tapi sekarang kalau musim periksa tak menang tanganlah cikgu-cikgu. Kelas pun kadang tak sempat masuk, masuk pun bagi kerja kat budak..."k, buka mukasurat 78, buat" Cikgu dulu boleh lagi hisap rokok dan sembang kat kantin sekolah..sekarang dah takder sapa berani buat oii...kat sekolah akulah.