"...dan boleh jadi kamu benci akan sesuatu, sedang ia lebih baik bagimu, dan boleh jadi kamu kasihi akan sesuatu, sedang ia melarat bagimu. Dan Allah mengetahui, tetapi kamu tiada mengetahui"
(Al Baqarah:216)

Monday, January 12, 2009

Aku Dalam Perjalanan Ke Seberang...

Pada 27 Dis 2007,

aku masukkan satu entri yang Berjudul Aku Hanya Mahu Ke Seberang, hasil karya Prof Hashim Yaacob. Entri itu aku masukkan dalam blog ini sebagai satu peringantan kepada diri ku sendiri bahawa aku perlu 'ke seberang' bagi meneruskan perjuangan. 'Ke Seberang' itu sangat abstrak maksudnya. Terpulanglah pada definisi dan tafsiran masing-masing. Namun pada aku 'Seberang' yang aku maksudkan ialah sebuah 'medan' tempat aku menggapai cita-cita. Samaada ia jauh atau tidak itu bukan persoalannya.

Hari ini,

12 Januari 2009, secara rasmi aku sudah dalam perjalanan 'ke seberang' walaupun tubuh ku masih di sini bagi menyelesaikan beberapa tugas namun hakikatnya perjalanan 'ke seberang' telahpun bermula kira-kira tiga minggu lalu....

Aku tahu, malah amat mengerti, perjalanan ke seberang ini bukan mudah. Ia menuntut ketabahan, pengorbanan dan kesabaran yang bukan sedikit. Namun, ini adalah pilihan ku. Tiada siapa yang memaksa. Dahulu, sembilan tahun yang lalu, aku boleh laluj alan mudah seperti mana jalan yang dilalui oleh sahabat-sahabat yang lain. Namun, aku degil. Aku percaya pada jalan yang aku pilih. Aku tidak pernah menyesal.

Perjalanan ke seberang ini amat menyakitkan, kata sahabat yang pernah melaluinya.

Aku mohon pada Allah, agar aku mampu menempuh segala dugaan dan rintangan yang mendatang.

Moga akhir nanti, aku berjaya sampai 'ke seberang' yang aku idamkan tepat mengikut masa yang dirancangkan..InsyaAllah


AKU HANYA MAHU KE SEBERANG

Kupahat cengal menjadi perahu
dayungnya teras tembusu
Layar bertingkat kapas gulung
tiangnya tegap kayu nibung

Panjinya kain suluk atma
bekas tangan tenunan
Sri di kamar waja.

Esok,
perahu akan ke air,
mengharung samudera,
meninggalkan pantai
melawan ombak dan badai.

Perahuku kecil,
lautnya ganas.
Tenanglah laut,
kuala dan muara.
Ombak jangan gila melanda.

Tiuplah bayu pada layarku laju.
Dayung jangan patah
layar jangan rekah
tiang jangan rebah
Tuhan,
Aku hanya mahu ke seberang.


KARYA
Prof Dr Hashim Yaacob
(Hashim Yaacob, 2001: Aku Hanya Mahu Ke Seberang, Task Global (M) Sdn Bhd, Petaling Jaya)


Klip Video ini aku tujukan untuk diri aku sendiri (Moga Aku Jadi Lebih Tabah dan Waras sepanjang perjalanan 'ke seberang' ini..InsyaAllah) :








1 comment:

jagoan said...

sambung study ke bang?



.