"...dan boleh jadi kamu benci akan sesuatu, sedang ia lebih baik bagimu, dan boleh jadi kamu kasihi akan sesuatu, sedang ia melarat bagimu. Dan Allah mengetahui, tetapi kamu tiada mengetahui"
(Al Baqarah:216)

Tuesday, January 20, 2009

Hari-Hari Terakhir

Hari hari terakhir di sini
masih banyak lagi yang perlu diberesi
borang itu, borang ini semua perlu diisi
surat itu, surat ini semua perlu ditandatangani

Hari-hari terakhir di sini
kepala pening
rasa macam tak sedap hati
mana tempat untuk aku buat kerja
mana tempat untuk aku membaca
mana tempat untuk aku melayari internet

rasanya semuanya macam dirampas
hilang dengan tiba-tiba

tetapi bagus juga
kalau selama-lamanya di sini
tentu tidak berubah sampai bila-bila

Thursday, January 15, 2009

Beli Barangan Buatan Malaysia: Satu Pandangan

Foto: Sekadar Gambar Hiasan Sahaja

Aku tidak ingat bila tarikh asal kempen ini dilancarkan. Namun apa yang pasti, ia pertama kali dilancarkan pada tahun 80 an yang lalu. Tujuannya, bagi menangani krisis ekonomi yang berlaku pada ketika itu.

Hari ini, dalam senario kemelesetan ekonomi global. Rakyat masih dilunakkan dengan janji-janji manis para pemimpin bahawa ekonomi kita tetap kukuh dan tidak akan terjejas. Maka, kitab-kitab pemerintah seperti media bercetak dan elektronik pun 'mengula-gula' kan rakyat bahawa kita pasti tidak akan terjejas dengan kemelesetan ekonomi yang melanda ini.

Ada yang percaya, ramai yang tidak percaya. Ada yang kata, ekonomi meleset pun tak mengapa, asalkan kita jangan perang macam Iraq ataupun Palestin sudahlah.

Bagi yang tidak percaya, pastinya telah mengalami sendiri kesan kemelesetan ekonomi ini. Kalau yang meniaga, pendapatan mula merosot, kalau yang kerja swasta (industri) kerja mula kurang, Overtime dah tiada, cuti pun dah digalakkan malah ada pula yang telah dibuang kerja. Bagi yang berpendapatan rendah, mula meniaga kecil-kecilan semata-mata bagi menampung kos hidup kerana kemelesetan ekonomi pasti membawa kepada kenaikan kadar inflasi.

Kini, pemerintah dalam menggula-gulakan rakyat dengan hujah bahawa negara ini tidak akan mengalami kesan akibat kemelesetan ekonomi tiba-tiba melancarkan semula kempen yang pernah dilancarkan kira-kira 20 tahun lalu. Kempen merupakan sebuah dasar.

Kalau kita belajar tentang pentadbiran, dasar wujud akibat sesuatu isu. Manakala isu ini pula merupakan sesuatu yang sangat besar dan ia tidak akan boleh dipulihkan sendiri (self recovery) maka ia perlu campur tangan pemerintah. Dan memandangkan sifat sesuatu dasar itu yang tidak taman dan berkesinambungan maka ia boleh dilancarkan semula dengan imej baru.

Sebagai contoh, Dasar Bumi Hijau yang dilancarkan pada tahun 2006 ada persamaan dengan Buku Hijau dan Dasar Pertanian yang pernah dilancarkan sebelum ini. Jadi, pada hemat aku, kempen Belilah barangan buatan Malaysia ini merupakan senario yang sama.

Kenapa kempen ini dilancarkan semula???

Sudah tentu ada sebab musabab yang sangat munasabah kerana tanpa alasan yang kukuh mustahil pemerintah akan menggunapakai dasar yang silam tambahan pula dia adalah dasar hasil idea Dr Mahathir.

Pada hemat aku, ini satu petanda bahawa kemelesetan ekonomi global sudah melanda Malaysia. Pemerintah sedar namun masih tidak mahu mengaku. Maka kempen ini dilancarkan kononnya tiada kene mengena dengan kemelesetan ekonomi.

Kalau dah kempen belilah barangan buatan Malaaysia tentulah matlamat utama untuk mengurangkan import. Apa saja import akan membawa kepada pengaliran keluar mata wang. Jadi bila dapat dikurangkan import dengan membeli barangan buatan tempatan maka wang hanya akan berkita dalam negara sahaja. Bila ada wang berkitar sedikit sebanyak ia akan membawa kepada urusniaga dan pasti akan membawa kepada berlakunya aktiviti ekonomi dalam negara.

Aku tak pernah prejudis terhadap kempen ini. Apa lagi jika ia benar-benar baik untuk negara dan rakyat.

Cuma,cuba kita renung sejenak. Mungkin 3 atau 5 tahun lepas (sekadar memberi satu jangkamasa) siapa yang tidak beli barangan buatan Malaysia? Pak Ngah, Pak Utih, Bang Dolah, Mat Lebar masih beli barangan buatan Malaysia. Kopi, beras, gula, baju, selipar, sayur mayur dan lain-lain semuanya buatan malaysia.

Persoalannya siapa yang tidak beli barangan buatan Malaysia? Sudah tentu golongan yang satu lagi. Iaitu golongan yang kalau makan tengahari pun nak makan ikan salmon, kalau beg tangan pun mungkin jenama PRADA atau GUCCI.

Lalu, bila ekonomi sudah mula meleset, rakyat marhaen juga diminta beli barangan buatan tempatan. Kita sama-sama tunggu lihat, sejauhmana golongan yang satu lagi ini menyahut seruan kerajaan. Golongan ini penuh dengan GelaranFeudal masing-masing seperti Dato, Datok Seri, Tan Sri, Puan Seri dan lain-lain. Akan mereka sahutkah kempen ini???

Sesunggunhnya kempen ini baik, sperti mana kempen 'ZOOM MALAYSIA" (kempen pelancongan dalam negara) yang juga dilancarkan bagi mengatasi masala ekonomi kerana bila ekonomi merosot, sektor pembuatan dan perindustrian akatan terjejas,...atu-satu sektor yang boleh dijana ialah perkhidmatan (Quinary) dan pelancongan adalah salah satu darinya.

Maka, kita digalakkan untuk melancong dalam negara sedangkan selama ini yang melancong ke Paris, London dan New York ialah bukannya kita...

Jadi sama seperti kempen belilah barangan buatan Malaysia ini yang pasti nya kurang berjaya jika hanya 'kita-kita' sahaja yang menyahutnya...

Ketika entri ini aku sediakan, Menteri Perdangangan dalam Negeri Masih bersungguh-sungguh dan optimis dengan kempen ini dan dalam masa yang sama masih ada unsur-unsur 'penafian' dalam kata-katanya bahawa kita sedang mengalami krisis kemelesetan ekonomi seperti mana yang sedang dilalui oleh negara global....

Wallahualam

Kita dan Kopi Tenaga

Ini Hanya Sekadar Gambar Hiasan (Foto Dikutip dari Laman Web Kopi Janda)

Macam-macam jenis kopi

kopi arabica, robusta, cappucino, mocca, kopi o, kopi susu dan macam-maam lagi. Aku yakin kita semua minum kopi. Kalau pun kita bukan penggemar, setidak-tidaknya kita pernah meminumnya. Aku? minum kopi..sama seperti rakyat Malaysia yang lain.

Namun, samaada sedar atau tidak, kebelakangan ini, kita di'banjiri' dengan produk-produk kopi yang ada 'tenaga'. Untuk menjadikan kopi itu seolah-olah benar-benar bertenaga, maka diwar-warkanlah bahawa ia diadun dengan tongkat Ali, ubi jaga serta pelbagai macam herba yang dipercayai boleh menambahkan 'keperkasaan'. Mangsanya siapa? Orang Lelaki. Bangsa Apa? Melayu...

Lucu sangat, bila tiba-tiba kita dilambakkan dengan macam-macam produk kopi tenaga ini. Dari kopi jantan hingga ke kopi janda (klise orang Melayu suka sangat minum kopi mak janda) semuanya ada nilai tambahan 'tenaga'...

Banyak persoalan yang perlu di rungkai tentang kopi tenaga ini. Persoalan pertama ialah benar-benarkah kopi ini memberikan tenaga? Manakala persoalan kedua ialah dari mana datangnya sumber yang digunakan sebagai bahan campuran untuk kop-kopi tenaga ini. Bolehkan dipercasyai bahawa segala macam herba yang di tempelan di iklan itu ada dalam campuran kopi tersebut ????

Pada pandangan aku, yang paling nyata ialah kandungan gula agak tinggi pada semua produk sebegini. Akhirnyanya, tenaga tak dapat, bala yang datang. Sebab itu kata Prof di Raja Ungku Aziz kita akan menang pingat emas di olimpik jika bertanding acara penghidap kencoing manis terbanyak....

Jadi apa pandangan anda??? benar-benarka bertenaga? atau ada bala yang bakal menimpa kemudian?? Wallahualam

Masing-masing ada akal, sama-sama la fikir....

Wednesday, January 14, 2009

Selamat Datang Krisis Ekonomi !!!!

Kata penganalisis ekonomi, ekonomi global sudah merosot
Kata pemimpin, asas negara masih kukuh untuk menghadapi kemelesetan ekonomi

Apa pula kata anda???


Monday, January 12, 2009

Aku Dalam Perjalanan Ke Seberang...

Pada 27 Dis 2007,

aku masukkan satu entri yang Berjudul Aku Hanya Mahu Ke Seberang, hasil karya Prof Hashim Yaacob. Entri itu aku masukkan dalam blog ini sebagai satu peringantan kepada diri ku sendiri bahawa aku perlu 'ke seberang' bagi meneruskan perjuangan. 'Ke Seberang' itu sangat abstrak maksudnya. Terpulanglah pada definisi dan tafsiran masing-masing. Namun pada aku 'Seberang' yang aku maksudkan ialah sebuah 'medan' tempat aku menggapai cita-cita. Samaada ia jauh atau tidak itu bukan persoalannya.

Hari ini,

12 Januari 2009, secara rasmi aku sudah dalam perjalanan 'ke seberang' walaupun tubuh ku masih di sini bagi menyelesaikan beberapa tugas namun hakikatnya perjalanan 'ke seberang' telahpun bermula kira-kira tiga minggu lalu....

Aku tahu, malah amat mengerti, perjalanan ke seberang ini bukan mudah. Ia menuntut ketabahan, pengorbanan dan kesabaran yang bukan sedikit. Namun, ini adalah pilihan ku. Tiada siapa yang memaksa. Dahulu, sembilan tahun yang lalu, aku boleh laluj alan mudah seperti mana jalan yang dilalui oleh sahabat-sahabat yang lain. Namun, aku degil. Aku percaya pada jalan yang aku pilih. Aku tidak pernah menyesal.

Perjalanan ke seberang ini amat menyakitkan, kata sahabat yang pernah melaluinya.

Aku mohon pada Allah, agar aku mampu menempuh segala dugaan dan rintangan yang mendatang.

Moga akhir nanti, aku berjaya sampai 'ke seberang' yang aku idamkan tepat mengikut masa yang dirancangkan..InsyaAllah


AKU HANYA MAHU KE SEBERANG

Kupahat cengal menjadi perahu
dayungnya teras tembusu
Layar bertingkat kapas gulung
tiangnya tegap kayu nibung

Panjinya kain suluk atma
bekas tangan tenunan
Sri di kamar waja.

Esok,
perahu akan ke air,
mengharung samudera,
meninggalkan pantai
melawan ombak dan badai.

Perahuku kecil,
lautnya ganas.
Tenanglah laut,
kuala dan muara.
Ombak jangan gila melanda.

Tiuplah bayu pada layarku laju.
Dayung jangan patah
layar jangan rekah
tiang jangan rebah
Tuhan,
Aku hanya mahu ke seberang.


KARYA
Prof Dr Hashim Yaacob
(Hashim Yaacob, 2001: Aku Hanya Mahu Ke Seberang, Task Global (M) Sdn Bhd, Petaling Jaya)


Klip Video ini aku tujukan untuk diri aku sendiri (Moga Aku Jadi Lebih Tabah dan Waras sepanjang perjalanan 'ke seberang' ini..InsyaAllah) :








Hari-Hari Terakhir Di Sini


HARI-HARI TERAKHIR DI SINI


Hari-hari terakhir di sini
Banyak lagi yang perlu di selesaikan
dokumen, fail dan tugas tertunggak
semua perlu di siapkan

hari-hari terakhir di sini
Terasa jiwa terlalu kosong
Terasa kehilangan
Entah kenapa
Semuanya berlaku tanpa di duga

Hari-hari terakhir di sini
Semuanya perlu di selesaikan
masa pula makin singkat
menghambat tanpa ada belas kasihan

Hari-hari akhir di sini
Merupakan
hari-hari permulaan di sana....

Monday, January 05, 2009

Kawan-kawan

Kebelakangan ini wajah beberapa orang sahabat sering terbayang di ingatan ku, aku tak tahu kenapa , tetapi bila aku teringat kata-kata ini aku tahu kenapa aku ingat sangat pada kawan-kawan ku itu.....

"KITA SERING MENGINGATI SESEORANG YANG BERHUTANG ATAU YANG MEMINJAM SESUATU DARI KITA SELAGI DIA BELUM MENYELESAIKAN HUTANGNYA ATAUPUN MEMINJAMKAN BARANG YANG DIPINJAMNYA"

Apa kata anda???

Sibuk


Hari ini semua sibuk

kalau ada yang tak sibuk kena buat-buat sibuk



Makcik kantin pun dah mula sibuk

budak-budak lagi sibuk

kerani kaunter pun sangat sibuk

Ketua Jabatan sibuk

Timbalan turut sibuk

Pak Guard lagi sibuk

(dengan buku saman di tangan)



Yang nak 'tukar kapal'?

pun sibuk juga

(tapi dengan wajah yang sangat serius)



Kawan-kawan

ramai yang sibuk

fotocopy, cetak, menghadap notebook



aku?


tidak tahu apa yang hendak aku sibukkan

Perjalanan telah bermula dua minggu

namun aku masih belum mampu sibuk


masih terfikir dan tertanya-tanya

bagaimana hendak bermula...

Friday, January 02, 2009

Al Kisah Kawanku Nak JAdi Guru

Foto: Sekadar kartun Hiasan Sahaja

Aku pernah kisahkan tentang seorang sahabat, yang bercita-cita menjadi guru semata-mata hendakkan pendapatan yang tetap. Padanya apa yang penting ialah dia ada kerja dan dapat gaji tetap setiap bulan. Sebelum ini, beliau bekerja sebagai ejen insurans.

Setiap kali berbual dengannya beliau seolah-oleh amat prihatin dengan kebajikan rakan-rakan dan itu adalah modal utama untuk dia melakukan jualannya.

Kali terakhir aku bersembang dengannya, dia jelaskan pada aku bahawa pendapatannya hasil jualan insuran lebih dari cukup untuk menampung kehidupan seharian. Lalu dia menambah, dia ingin menajdi guru semata-mata inginkan pendapatan tetap, manalah tahu kalau-kalau bisnesnya merosot. ada juga dia gaji bulan-bulan.

Selepas perbualan tersebut. Aku tidak pernah tanyakan khabar tentang dirinya...

Dia dengan dirinya

Aku dengan diri aku

Enam bulan lepas, aku dapat khabar dia sudah dapat masuk maktab perguruan (buat Diploma Lepasan Ijazah). Memang aku tahu, kursus diploma pendidikan lepasan ijazah ini memang Kerajaan saja buat untuk tolong orang-orang melayu.

Mana-mana melayu yang ada ijazah, tapi tidak dapat kerja setelah bertahun-tahun tamat pengajian boleh cuba memohon. InsyaAllah akan dapat akhirnya. Tidak kira apa latar belakang pendidikan anda. Lihat-lihatlah iklan tawaran DPLI/KPLI pasti ada yang sesuai.

Dikisahkan, sahabat aku masuk maktab (buatt DPLI) dalam bidang yang tak ada kena mengana dengan bidangnya di universiti dulu. Khabarnya optionnya ialah "Kajian Sosial'" . Seperti yang akau katakan tadi, cuba-cubalah tengak iklan DPLI/KPLI tentu ada yang sesuai untuk anda. Kerana ia merupakan lubuk kerja bagi orang melayu.

Tapi itu cerita lain. Fokus yang nak aku kisahkan di sini tentang kawan aku.

Berita terkini yang aku dengar dia akan posting dan mula mengajar pada 5 Jan 2009 ini.

Aku hihantui dua perasaan pertamanya takut dan perasaan takut ini ditenangkan oleh perasaan berharap

Takut jika sahabat ini masih berperasaan seperti dahulu.
Guru adalah kerjanya.
Tiap-tiap bulan pegi ATM cucuk gaji.
Apa nak jadi dengan murid-murid ? itu bukan masalah dia.
(ramai guru yang sebegini tuan-tuan).
Apa yang dia sibukkan di sekolah bukannya mendidik tetapi perniagaannya (ramai guru di sekolah yang macam ini tuan-tuan)

akhir sekali...
dia akan jadi guru yang hanya mengira-ngira masa untuk naik pangkat kerana naik pangkat bererti naik gaji (time Based)
(ramai guru sebegini tuan-tuan).
Akhirnya dia umpama parasit yang bukan memberi kebaikan kepada murid tetapi membawa kerosakan kepada murid kerana kehilangan fokus dan tumpuannya...

Aku amat risau

NAmun,
perasaaan ini ditenangkan bila datang perasaan harapan
Harapan aku dia dah berubah
Bertekad jadi guru yang berdedikasi
Pendidikan murid adalah segalanya
maruah agama, bangsa dan negara adalah segalanya

aku mula bertanya pada diri aku...masih wujudkah guru yang sebegitu? atau aku hanya bermain dengn kisah silam guru-guru zaman sebelum ini? Wallahuam

Moga semua telahan tidak baik ku itu tidak benar...

Sebelum dan Selepas

Sebelum dapat kerja
semuanya boleh
buat itu? boleh
buat ini? boleh
Gred gaji macam ni? boleh
pintu kecil? boleh
sebab kepala pun masih kecil

Selepas dapat kerja
semuanya jadi lain
ini tak boleh
itu pun tak boleh
semua orang salah
pintu bilik makin kecil
nak masuk pun tak muat
kenapa?
sebab kepala 'makin besar'

semuanya
sebab lupa pada apa yang berlaku sebelumnya...

Wallahualam