"...dan boleh jadi kamu benci akan sesuatu, sedang ia lebih baik bagimu, dan boleh jadi kamu kasihi akan sesuatu, sedang ia melarat bagimu. Dan Allah mengetahui, tetapi kamu tiada mengetahui"
(Al Baqarah:216)

Thursday, July 03, 2008

Salam Buat Mahaguru


Saya terlalu lambat untuk memasukkan entri ini, namun ia bukanlah satu alasan untuk saya tidak memasukkan post ini. Saya tahu ramai yang bersorak dan bergembira apabila beliau dipecat dari jawatannya. Saya mengenalinya. Dia antara orang yang amat berjasa kepada saya. Walaupun dia di 'cop' dengan pelbagai kecaman namun saya tidak akan melupai jasanya.

Saya mengenalinya sebelum beliau menjadi TNC (HEP) di Universiti lagi. Saya mengenalinya sewaktu beliau hanya berjawatan Profesor Madya. Harus diingat, saya amat kurang bersetuju jika ada yang mengatakan beliau mendapat Profesor atas sumbangannya dalam politik. Tidak, sama sekali saya tidak bersetuju. Namun jika orang mengatakan di menjadi TNC (HEP) di UM, dan Naib Canselor di UNISEL adalah atas tiket politik, saya hanya mampu menganggukkan kepala.

Beliau menjadi Profesor Madya pada usia 35 tahun dan gelaran Profesor pada usia awal 40an Ia adalah usia yang agak muda bagi ahli akademik di Fakulti Sastera dan Sains Sosial di Universiti Malaya. Saya turut hadir pada sesi Syarahan Pengkukuhan Profesor beliau yang berkisar tentang "Keserakahan Spekulator Dalam Konteks Perumahan"

Saya terputus hubung dengan beliau pada tahun 2003 bila saya kembali ke Ngeri Bersejarah. Namun saya tetap ,menghubunginya sesekali sekala dan mengkiti perkembangan beliau.

Nyata, bila politik menjadi agenda perjuangan, nampaknya ketokohan akademik beliau mula merosot. pada ketika itu kata-kata Profesor Diraja Ungku Aziz terngiang-ngiang di telinga saya. Katannya, "kenaikan pangkat yang sebenar dalam konteks akademik ialah menjadi profesor dan bukannya menjadi Naib Canselor dan sebagainya"

Hujung Jun 2008, saya dapat berita bahawa beliau telah dipecat dari jawatanya sebagai Naib Canselor di Unisel (beliau bersara awal dari UM untuk menjadi naib Canselor di Unisel). Namun, inilah fitrah kehidupan. Adakalanya pasang dan adakalanya surut.

Buat Mahaguru, secoret nota ini tanda penghargaan saya kepadanya. Walau apa orang kata. Beliau tetap mahaguru saya, kerana tanpa beliau tidak mungkin saya berada di tempat saya sekarang ini.

Buat mahaguru:

"Ketahuilah bahwa sabar, jika dipandang dalam permasalahan seseorang adalah ibarat kepala dari suatu tubuh. Jika kepalanya hilang maka keseluruhan tubuh itu akan membusuk. Sama halnya, jika kesabaran hilang, maka seluruh permasalahan akan rusak".(Ali bin Abi Thalib)

No comments: