"...dan boleh jadi kamu benci akan sesuatu, sedang ia lebih baik bagimu, dan boleh jadi kamu kasihi akan sesuatu, sedang ia melarat bagimu. Dan Allah mengetahui, tetapi kamu tiada mengetahui"
(Al Baqarah:216)

Wednesday, July 23, 2008

Aduhai Bapa !!!

Keadaan di sini agak gamat
gamat bukan kerana tugasan yang bertimbun-timbun
bukan juga kerana segala macam sekatan dan halangan yang dikeluarkan oleh pihak atasan
namun kerana dia
manusia yang menyangka dirinya amat sempurna
yang sering menangguk di air yang keruh
yang sering menggunting dalam lipatan
yang sering menjadi api di dalam sekam

Ini dunia yang bersih
namun sering sering ada insan sebegini yang 'mengotorkannya'
entahlah
mungkin kerana pangkat dan kedudukan

biarlah si terjun dengan labu-labunya....

tika mengenangkan keadaan ini, aku teringat puisi Prof Hashim Yaacob ini.

aku tujukan kepada insan yang kami gelar 'bapa'
kerana beliau lah yang membenarkan sahabat ini menggunting dalam lipatan, menangguk di air keruh dan membakar di dalam sekam....


ADUHAI BAPA
Ketika mereka membedil
dan kubu kita dikepung
aku tegak membenteng
menyanggah pengangkara murka

Dan aku menggali telaga
membasuh luka-luka pembela
bila kering air di pipa

ini garisan bangsa
aku jaga
aku pertahan

Aduhai bapa
jangan kau bawa penderhaka
ke dalam kubu kita

(Hashim Yaacob, 2001: Aku Hanya Mahu Ke Seberang, Task Global (M) Sdn Bhd, Petaling Jaya)

No comments: