"...dan boleh jadi kamu benci akan sesuatu, sedang ia lebih baik bagimu, dan boleh jadi kamu kasihi akan sesuatu, sedang ia melarat bagimu. Dan Allah mengetahui, tetapi kamu tiada mengetahui"
(Al Baqarah:216)

Tuesday, July 08, 2008

Akhirnya !!!

Petikan dari UtusanMalaysia Online

Bandar raya Melaka dan Georgetown diiktiraf tapak Warisan Dunia.
08/07/2008 4:21pm

KUALA LUMPUR 8 Julai - Bandar raya Melaka dan Georgetown berjaya mendapat pengiktirafan sebagai tapak Warisan Dunia daripada Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).

Menteri Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan (KPKKW), Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, keputusan itu telah diputuskan oleh 21 ahli negara UNESCO yang hadir pada Mesyuarat Ahli Warisan Dunia ke-32 di Quebec City, Kanada semalam.

``Keputusan itu satu yang menggembirakan setelah sekian lama kita memperjuang dan menunggunya.

``Ini secara tidak langsung menaikkan nama negara setaraf dengan bandar-bandar bersejarah lain dan ia turut termasuk di dalam peta sebagai tapak warisan di dunia,'' katanya pada sidang akhbar selepas berucap di perhimpunan bulanan Muzium Negara di sini hari ini.

Sebelum ini, Taman Hutan Negara Mulu di Sarawak dan Kinabalu Park di Sabah telah mendapat pengiktirafan tersebut. - Utusan


No comments: