"...dan boleh jadi kamu benci akan sesuatu, sedang ia lebih baik bagimu, dan boleh jadi kamu kasihi akan sesuatu, sedang ia melarat bagimu. Dan Allah mengetahui, tetapi kamu tiada mengetahui"
(Al Baqarah:216)

Thursday, July 24, 2008

Honky Tong Kosong

Aku tujukan lagu ini untuk si gunting yang berada dalam lipatan, buat si api yang membakar dalam sekam, buat si penangguk di air yang keruh juga buat si penderhaka di dalam kubu kami

Aku tahu bahawa dia tidak kan membaca blog ini..namun ini lah realiti hidup di dunia terutamanya bila Matlamat Menghalalkan Cara...




HONKY TONG KOSONG (SEARCH)
Ke hulu
Ke hilir
Bagaikan oh Pak Pandir

Ke timur
Ke barat
Aksimu tak bertempat
Kau lorat
Kau lorat

Citamu
Manggunung
Tapi kau tak tertanggung
Kerana
otakmu
Seperti tong tong kosong
TOng kosong
TOng tong kosong

Hentam keromo
Hentam saja
Hentam keromo
Hentam saja

Rewangan
Sembarangan
Semua orang
Kan memandang
Tingkah laku
Kau yang sumbang(3X)

Tong kosong
Engkau bingung
Tong kosong
Tonggang langgang
Tapi engkau
Hentam saja

Wednesday, July 23, 2008

Aduhai Bapa !!!

Keadaan di sini agak gamat
gamat bukan kerana tugasan yang bertimbun-timbun
bukan juga kerana segala macam sekatan dan halangan yang dikeluarkan oleh pihak atasan
namun kerana dia
manusia yang menyangka dirinya amat sempurna
yang sering menangguk di air yang keruh
yang sering menggunting dalam lipatan
yang sering menjadi api di dalam sekam

Ini dunia yang bersih
namun sering sering ada insan sebegini yang 'mengotorkannya'
entahlah
mungkin kerana pangkat dan kedudukan

biarlah si terjun dengan labu-labunya....

tika mengenangkan keadaan ini, aku teringat puisi Prof Hashim Yaacob ini.

aku tujukan kepada insan yang kami gelar 'bapa'
kerana beliau lah yang membenarkan sahabat ini menggunting dalam lipatan, menangguk di air keruh dan membakar di dalam sekam....


ADUHAI BAPA
Ketika mereka membedil
dan kubu kita dikepung
aku tegak membenteng
menyanggah pengangkara murka

Dan aku menggali telaga
membasuh luka-luka pembela
bila kering air di pipa

ini garisan bangsa
aku jaga
aku pertahan

Aduhai bapa
jangan kau bawa penderhaka
ke dalam kubu kita

(Hashim Yaacob, 2001: Aku Hanya Mahu Ke Seberang, Task Global (M) Sdn Bhd, Petaling Jaya)

Wednesday, July 09, 2008

Tutup Sahaja Server Tu Bro !!

Buat Bro
Bro, Aku memang tak kenal kau. Malah aku juga tak berminat untuk mengenal siapa engkau. Aku tidak kisah hal-hal kenal mengenali ini. Tetapi yang aku tau, kau ada jawatan. Jawatan yang amat penting dalam era teknologi maklumat ini. Kau adalah ’Raja’ dalam konteks teknologi maklumat di sini

Bro,
Aku sering dengar khabar khabar angin yang mengatakan bahawa kau pernah mencadangkan agar internet di sini di hadkan setakat jam 5.00 petang sahaja. Jangan takut bro, jika ia bukan cadangan kau, kau tak perlu risau. Aku juga takkan minta untuk kau membuat akuan bersumpah, malah jauh sekali untuk meminta kau bersumpah. Ini bukan kes liwat bro. Namun sumpah tetap berlaku, bukan kau, tetapi aku yang menyumpah-nyumpah kerana tidak berpuas hati dengan tindakan kau.

Bro,

Aku tahu negara kita sedang mengalami kemelesetan ekonomi. Memang kita semua disuruh berjimat. Namun bro, kau perlu ingat hakikatnya kami semua tidak pernah membazirkan perkhidmatan yang kami terima. Oleh itu bro, kau tak perlulah menjilat-jilat seperti ahli politik yang menjaga periuk nasi masing-masing dengan menamalkan sikap ’mengikut’ secara membabi buta.

Bro,
Aku ada satu cadangan, jika kau rasa semua ini menyusahkan..elo sahaja kau tUtup sahaja server tu. Biarlah kami semua hidup laksana dalam penjara tanpa dapat tahu apa yang berlaku di luar sana. Lagipun, jika ia langkah berjimat yang terbaik, maka cadangan mnutup server merupakan jilatan mu yang paling kuat...

Tutup sahaja server bro....

Tuesday, July 08, 2008

Akhirnya !!!

Petikan dari UtusanMalaysia Online

Bandar raya Melaka dan Georgetown diiktiraf tapak Warisan Dunia.
08/07/2008 4:21pm

KUALA LUMPUR 8 Julai - Bandar raya Melaka dan Georgetown berjaya mendapat pengiktirafan sebagai tapak Warisan Dunia daripada Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).

Menteri Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan (KPKKW), Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, keputusan itu telah diputuskan oleh 21 ahli negara UNESCO yang hadir pada Mesyuarat Ahli Warisan Dunia ke-32 di Quebec City, Kanada semalam.

``Keputusan itu satu yang menggembirakan setelah sekian lama kita memperjuang dan menunggunya.

``Ini secara tidak langsung menaikkan nama negara setaraf dengan bandar-bandar bersejarah lain dan ia turut termasuk di dalam peta sebagai tapak warisan di dunia,'' katanya pada sidang akhbar selepas berucap di perhimpunan bulanan Muzium Negara di sini hari ini.

Sebelum ini, Taman Hutan Negara Mulu di Sarawak dan Kinabalu Park di Sabah telah mendapat pengiktirafan tersebut. - Utusan


Thursday, July 03, 2008

Apa Sudah Jadi mahaguru ?? (1)

Dari malaysiakini:

Prestasi NC Unisel tidak memuaskan
Jun 30, 08 9:16pm

Jawatan profesor Dr Mohd Razali Agus sebagai naib canselor Universiti Industri Selangor (Unisel) ditamatkan kerana perkhidmatannya tidak memuaskan.

Beliau telah gagal menunjukkan prestasi yang dikehendaki lembaga pengarah syarikat yang mengurus Unisel, Pendidikan Industri YS Sdn Bhd (PIYSB), sehingga perkhidmatannya disambung enam bulan lagi dari 1 Februari lalu.

Tempoh percubaan pertama ahli akademik itu antara 1 Ogos tahun lalu hingga 31 Januari lalu.

"Sepanjang tempoh tersebut lembaga pengarah PIYSB membuat penilaian secara berterusan dan tidak berpuas hati dengan prestasi beliau," kata syarikat itu.

"Sepanjang tempoh percubaan kedua, perkhidmatan dan prestasi beliau masih lagi tidak memuaskan."

Mesyuarat khas lembaga pengarah PIYSB pada 26 Jun mengambil keputusan sebulat suara "untuk tidak mengesahkan jawatan beliau", kata syarikat itu lagi.

Jumaat lepas, menteri besar Selangor dilaporkan menamatkan khidmat Dr Mohd Razali Agus berkuatkuasa 31 Julai dan beliau telah diberikan sebulan cuti dengan gaji penuh.

Surat dengan sebulan notis itu dikeluarkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim selaku pengerusi PIYSB.

"Surat itu juga tidak dinyatakan sebarang alasan berhubung penamatan perkhidmatan saya," kata Dr Mohd Razali minggu lepas kepada agensi berita Bernama.

Tambahnya, perkembangan mengejutkan itu belum sempat dimaklumkan kepada canselor Unisel, Rosmah Mansor yang juga isteri timbalan perdana menteri Datuk Seri Najib Razak.

Dr Mohd Razali, sebelumnya seorang timbalan naib canselor Universiti Malaya, dilaporkan berkata beliau menimbangkan untuk mengambil tindakan undang-undang berhubung pemecatan itu.

Dalam satu kenyataan hari ini, PIYSB berkata lembaga pengarah bersetuju melantik dekan sekolah pasca ijazah pengurusan Unisel, profesor Dr Khalifah Othman, sebagai pemangku naib canselor mulai esok.

Bekas ahli akademik di Universiti Teknologi Mara (UiTM) itu telah berkhidmat sejak Mac 2005.

Unisel juga mengumumkan pembentukan satu jawatankuasa khas yang dianggotai ahli akademik dan tokoh korporat untuk
penilaian dan pemilihan naib canselor.

Salam Buat Mahaguru


Saya terlalu lambat untuk memasukkan entri ini, namun ia bukanlah satu alasan untuk saya tidak memasukkan post ini. Saya tahu ramai yang bersorak dan bergembira apabila beliau dipecat dari jawatannya. Saya mengenalinya. Dia antara orang yang amat berjasa kepada saya. Walaupun dia di 'cop' dengan pelbagai kecaman namun saya tidak akan melupai jasanya.

Saya mengenalinya sebelum beliau menjadi TNC (HEP) di Universiti lagi. Saya mengenalinya sewaktu beliau hanya berjawatan Profesor Madya. Harus diingat, saya amat kurang bersetuju jika ada yang mengatakan beliau mendapat Profesor atas sumbangannya dalam politik. Tidak, sama sekali saya tidak bersetuju. Namun jika orang mengatakan di menjadi TNC (HEP) di UM, dan Naib Canselor di UNISEL adalah atas tiket politik, saya hanya mampu menganggukkan kepala.

Beliau menjadi Profesor Madya pada usia 35 tahun dan gelaran Profesor pada usia awal 40an Ia adalah usia yang agak muda bagi ahli akademik di Fakulti Sastera dan Sains Sosial di Universiti Malaya. Saya turut hadir pada sesi Syarahan Pengkukuhan Profesor beliau yang berkisar tentang "Keserakahan Spekulator Dalam Konteks Perumahan"

Saya terputus hubung dengan beliau pada tahun 2003 bila saya kembali ke Ngeri Bersejarah. Namun saya tetap ,menghubunginya sesekali sekala dan mengkiti perkembangan beliau.

Nyata, bila politik menjadi agenda perjuangan, nampaknya ketokohan akademik beliau mula merosot. pada ketika itu kata-kata Profesor Diraja Ungku Aziz terngiang-ngiang di telinga saya. Katannya, "kenaikan pangkat yang sebenar dalam konteks akademik ialah menjadi profesor dan bukannya menjadi Naib Canselor dan sebagainya"

Hujung Jun 2008, saya dapat berita bahawa beliau telah dipecat dari jawatanya sebagai Naib Canselor di Unisel (beliau bersara awal dari UM untuk menjadi naib Canselor di Unisel). Namun, inilah fitrah kehidupan. Adakalanya pasang dan adakalanya surut.

Buat Mahaguru, secoret nota ini tanda penghargaan saya kepadanya. Walau apa orang kata. Beliau tetap mahaguru saya, kerana tanpa beliau tidak mungkin saya berada di tempat saya sekarang ini.

Buat mahaguru:

"Ketahuilah bahwa sabar, jika dipandang dalam permasalahan seseorang adalah ibarat kepala dari suatu tubuh. Jika kepalanya hilang maka keseluruhan tubuh itu akan membusuk. Sama halnya, jika kesabaran hilang, maka seluruh permasalahan akan rusak".(Ali bin Abi Thalib)